Mudah Aje Buat Kek Kukus Guna Sukatan Cawan Ni. Patutlah Gebu Dan Rasa Sedap Macam Di Kedai.

Share

Kek coklat kukus memang kegemaran ramai.  Terdapat pelbagai resipi untuk membuatnya. Menariknya resipi yang dikongsi ini, ia begitu gebu dan lembut seakan makan dikedai. Malah turut menggunakan sukatan cawan. Apa kata cuba resipi mudah ni.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Kek coklat kukus ringkas, lembut dan sedap. Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cwan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8

bahan-bahan: 
2 cwan serbuk koko
2 cwan gula
2 cwan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bgi sebati ketepikan.

8 biji telur gred B diblander dn ketepikan.

2 cwan tpg gandum
2sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
ketiga bahan ni diayak.

CARA PENYEDIAAN 

Kukus kek

Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diblander berselang seli dgn tepung yg telah diayak terlebih dahulu.nk senang blander semua bgi sebati.sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dn curahkan adunan yg diblander.panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

topping coklat
coklat masakan
sedikit Planta
masak secara double boile.

Selamat mencuba.
Sumber: Noriza Awang Hamat