Kek coklat kukus memang kegemaran ramai. Terdapat pelbagai resipi untuk membuatnya. Menariknya resipi yang dikongsi ini, ia begitu gebu dan lembut seakan makan dikedai. Malah turut menggunakan sukatan cawan. Apa kata cuba resipi mudah ni.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kek coklat kukus ringkas, lembut dan sedap. Kalau ikut resepi 1 cawan untuk 1 adunan, cikza gandakan jadikan 2 cwan nak kek yang lebih besar.. cikza guna loyang 8×8
Ads
bahan-bahan:
2 cwan serbuk koko
2 cwan gula
2 cwan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bgi sebati ketepikan.
8 biji telur gred B diblander dn ketepikan.
Ads
2 cwan tpg gandum
2sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
ketiga bahan ni diayak.
CARA PENYEDIAAN
Ads
Kukus kek
Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diblander berselang seli dgn tepung yg telah diayak terlebih dahulu.nk senang blander semua bgi sebati.sapu Planta dekat loyang terlebih dahulu dn curahkan adunan yg diblander.panaskan air kukusan terlebih dahulu..kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
topping coklat
coklat masakan
sedikit Planta
masak secara double boile.
Biskut semperit ini antara kuih sedap dan mudah untuk dibuat. Ia merupakan biskut klasik. yang wajib ada masa raya. Ia juga adalah kuih tradisional tempatan yang biasanya dihidangkan tanpa mengira masa.
Bagi beginner yang baru nak belajar buat kuih, boleh cuba resipi oleh peniaga ini.
Kata Puan Rose resipi itu yang digunakan untuk perniagaannya. Boleh cuba kepada siapa yang nak buat bisnes kuih raya nanti.
MasyaAllah.. Betullahkan, bila ada 1 orang yg nak jatuhkan kita.. akan ada 9 orang pulak yg akan naikkan kita semula… Sungguh rezeki itu rahsia Allah..
Tak terkata saya, bila tiba2 dapat oder yg sangat diluar jangkaan daripada ahli group.. Untuk itu, saya nak share resepi semperit turun temurun kluarga saya yang saya buat niaga ni..
Saya halalkan untuk sesiapa yg nak menggunakannya Cuma doakan saya, untuk sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan☺️
Selalu kalau buat popia goreng, wktu menggulung intinya habis, popianya banyak lagi baki. Betul tak?
Nak repeat buat dah rasa bosan pula makan benda yang sama je!
Haa apa kata cuba resipi mudah ni, popia begedil resipi dari ceksal kitchen. Bahan-bahannya mudah je, yang penting tak payah susah-susah nak beli tauhu kering dah sebab guna kulit popia tu je! Jom cuba!
RESEPI POPIA BEGEDIL
Bergedil daging
Bahan-bahan:
300 gram kentang
100 gram daging kisar @ daging burger
sudu teh lada sulah
Serbuk perasa
Setangkai daun bawang – hiris
Garam secukup rasa
bawang goreng
Minyak masak untuk goreng terendam
kulit popia
bahan salut:
2 biji telur – pukul
Cara Penyediaan:
Rebus kentang hingga empuk klo nak goreng dlu pun boleh..goreng nty begedil tak.lembik sangat..
Setelah sejuk, lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah lenyek dengan daging kisar, daun bawang dan garam ke dalam mangkuk.
Gaul hingga rata. balut dgn kulit popia..
Panaskan minyak dalam kuali.
celup dalam telur dan goreng hingga masak.
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..