Jika bulan Ramadan ni, tak lengkap jika tiada hidangan bubur lambuk. Hidangan ini enak di makan ketika berbuka puasa. Rasa aroma rempah ratusnya pasti membuka selera.
Hidangan ini wajib ada di bulan puasa. Biasanya dibuat secara bergotong-royong di masjid-masjid atau di perkarangan kawasan komuniti yang kemudiannya diagih-agihkan kepada orang ramai.
Kini bubur lambuk banyak versi. Jika versi simple, bahan-bahan yang digunakan pun hanyalah sedikit dan mudah sahaja. Yang paling penting, sedap dan mudah dibuat.
Buat penggemar bubur lambuk, apa kata buat menggunakan resipi ini. Jom cuba!
Resepi Bubur Lambuk
Bahan-bahan:
2 mug beras ( rendam dlm 20min).
Daging ( 1/2 kg…campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Cara-cara:
Blend bwg2 & halia…tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup….tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging…gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika…masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Sumber: Jamal & Asmahan