Pengiktirafan dan penghargaan tentunya membuatkan diri kita berasa puas dan bangga dan pencapaian yang dilakukan. Begitu juga yang dirasai oleh anak seni ini, Mubarak Majid. Siapa sangka bakatnya dalam lakonan mendapat perhatian bukan hanya di tanah air malah mendapat pengiktiran di luar negara dengan dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.
Memetik berita yang dilaporkan di Harian Metro, dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd.
“Saya baru diberitahu berkenaan kemenangan ini oleh produksi dan setakat ini belum dapat sijil yang akan diberikan dalam bentuk digital selepas ini.
“Saya dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India baru-baru ini.”
Demikian kata pelakon Mubarak Majid mengulas kemenangan pertama yang diraih sepanjang empat dekad pembabitannya dalam industri lakonan tanah air.
Bercerita berkenaan wataknya, Mubarak, 66, berkata, dia memegang watak sebagai bapa kepada seorang model.
Ads
“Ia mengisahkan kehidupan keluarga yang susah di mana isterinya jatuh sakit dan anak perempuannya kemudian membantu mencari wang dengan bekerja sebagai model.
“Namun, bapanya salah sangka dan menganggap anaknya buat kerja yang tak elok. Bapanya tak tahu rupa-rupanya di tolong bapanya cari wang untuk biaya perubatan emaknya. Itu yang tajuknya ada perkataan Sexy Dress,” katanya.
Filem terbitan Buffalo Orange Production Sdn Bhd ini menemui penonton menerusi YouTube.
Menurutnya, kemenangan ini amat memeranjatkan kerana setakat ini namanya hanya tersenarai dalam Top 5 pencalonan anugerah di tanah air seperti Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin.
“Ia sesuatu yang amat membanggakan kerana dah lama saya dalam ini dan ada juga penghargaan walaupun bukan diperolehi dalam negara sendiri.
Ads
“Saya tak sedih dan tak nak kata apa jika dianggap tak dihargai di negara sendiri kerana itu bukan matlamat saya.
“Saya hanya buat yang terbaik dan penghargaan itu datang daripada penilaian pihak mereka. Saya tak ada perasaan kecil hati kerana dah buat kerja saya,” katanya yang ditemui pada Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang berlangsung di MOTAC hari ini.
Pada majlis terbabit Mubarak serta beberapa selebriti tempatan iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Jaclyn Victor, Amran Nasaruddin dan Zuhairi Ibrahim menerima pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Badan Peneraju Seni Budaya yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.
Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Dr. Santhara J.P, Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop, serta barisan Pengurusan Tertinggi MOTAC dan JKKN.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul dalam Pengumuman bajet 2022 memaklumkan, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih.
Menurutnya, bantuan tersebut akan diterima oleh keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan.
“Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.#Bajet2022 #KeluargaMalaysia.
Gambar hiasan.
Selain daripada Itu, sebanyak RM500 akan diberikan kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000 sebulan.
Ini bermakna ibu bapa tunggal yang mempunyai tiga orang anak atau lebih layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.
Gambar hiasan.
Sebelum itu, beliau memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan Bajet 2022 adalah RM332.1 bilion yang dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu RM233.5 bilion untuk belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan, RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Dalam pada itu, Bantuan Awal Persekolahan akan mendapat peruntukan sebanyak RM450 juta dan dijangka akan memanfaatkan 3 juta murid-murid.
Gambar hiasan.
“Setiap awal tahun tentunya ibu bapa yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
“Bagi tahun 2022, kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, iaitu meningkat sebanyak RM100 sebelum ini,” katanya.
Tidak sekadar itu, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaran dan pembaikan sekolah.
Intipati lain Dalam Bajet 2022:
– Bajet 2022: Bantuan tambahan RM300 kepada isi rumah warga emas
– Bajet 2022: BKM manfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion
– Bajet 2022: Syarat kelayakan kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169.
– Bayaran balik pinjaman PTPTN . Diskaun 15 peratus untuk bayaran penuh pinjaman. Diskaun 12 peratus untuk bayaran 50 peratus pinjaman. Diskaun 10 peratus untuk bayaran secara ansuran gaji dan debit
Ibu mana yang tidak bersedih bila anak yang menjadi harapan keluarga pergi buat selamanya. Bukan mudah untuk menerima kenyataan tersebut namun perlu reda dengan takdir Ilahi.
Begitulah yang dirasai oleh Puan Razilah Daud, ibu kepada Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia, anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan harapan keluarga kerana banyak berjasa terhadap kedua ibu bapanya, Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52.
Belikan Rumah & Beri Duit Belanja
Razilah berkata, rumah didiaminya bersama suami serta dua orang lagi anaknya di Taman Redan Perdana di sini dibeli oleh Mohamad Affendi.
Sebelum ini katanya, suami yang bekerja sebagai buruh dan dia mengambil upah menjahit pakaian tinggal menyewa di Felda Keratong 3 dan Keratong 5.
“Sudah tiga tahun kami duduk sini (Taman Redan Perdana) sejak 2017, arwah beli rumah ini dan dia maklum emak duduk sini, anggap seperti emak dan abah berpencen. Duduk berehat.
“Kelengkapan rumah semua lengkap dan disediakan oleh arwah. Duit belanja pun setiap bulan arwah beri. Arwah memang banyak berjasa pada keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana, di sini semalam.
Nahas Pesawat Hawk
Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.
Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.
Razilah berkata, anak keduanya itu yang menetap di Labuan, Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus atau latihan penerbangan di situ.
“Kebiasaannya jika ada peperiksaan atau ujian, arwah biasanya akan hubungi makcik, tapi semalam tidak. Cuma sebelum ini dia ada maklum akan ada periksa paling susah sekali, namun dia tidak cakap periksa apa,” katanya.
Razilah berkata, dia dan suaminya sebak ketika menerima perkhabaran itu namun menerima ketentuan ilahi.
“Pada awal pagi tadi (semalam) mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga,” katanya.
Bercucuk tanam di laman rumah bagi mengisi masa terluang akan bertambah seronok dan puas hati dirasakan bila melihat pokok yang ditanam subur dan menghijau daunnya.
Namun untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyiram, membaja, merumput dan sebagainya terkadang masa yang ada juga terbatas.
Oleh itu, apa kata amalkan seminggu sekali untuk menyiram dengan baja roti sebagaimana yang dikongsikan oleh Mazlin Mazlan ini.
Semua tanaman di rumahnya kelihatan subur dan rahsianya hanya dengan siraman baja roti. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsiannya ini.
Ni tanaman saya yang lain, menggunakan baja roti, ada lagi, tapi tak sempat nak snap pic.. hujan makin lebat..Saya pun masih belajar cara menanam, semoga berjaya untuk semua.. bayam, kangkung, terung,daun kari, cili padi, cili merah tiada dalam gambar.. kacang panjang(jenis renek,hanya tinggi daun kunyit dan tidak menjalar)
Cara penyediaan baja roti
bahan yang di perlukan
1. Roti 2 keping
2. Bekas simpan / botol 1.5Liter
Mula-mula masukan roti kedalam botol dan masukkan air, simpan 24jam. (Harus 24jam) (selalu, saya blend roti dengan air bagi hancur,memudahkan untuk siram)
Selepas 24jam, saya masukkan ke dalam baldi, isi air penuh baldi+baja berisi roti 1.5l .. dan siram seperti biasa.. (saya siram seminggu sekali sahaja,coz saya bekerja)
Untuk semua jenis tanaman saya pakai baldi sederhana besar, untuk siram semua tanaman saya..
Menghijau daunnya nampak subur.
Saya beli kat diy sahaja tanah tu.. cuma baja roti, buat dia gemok.. banyak kali tanam, tak menjadi.. sejak pakai baja roti.. alhamdulillah..
Sumber : Mazlin Mazlan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sembilan sekeluarga bakal tunai haji, doa bapa di Arafah termakbul. Impian seorang bapa untuk membawa seluruh anak-anaknya menunaikan ibadah haji akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau bersama lapan ahli keluarganya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.