Hari ini dalam sekitar 9 pagi ini, kedua-dua selebriti ini Fattah Amin dan Fazura dijangka muncul di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, bagi menjalani prosiding kedua.
Namun apa yang menarik perhatian adalah status Instagram story milik Fazura seakan membayangkan luahan hatinya.
“Selalu percaya kepada perancangan Allah. Sentiasa meletakkan sepenuh pergantungan, harapan dan tawakkal pada perancangan Allah. Kita mungkin tidak melihatnya sekarang, tetapi ketahuilah bahawa Allah sedang mengarahkan anda ke kebahagiaan yang lebih besar. InsyaAllah
“Kita perlu menerima apa yang bukan milik kita, begitu juga cara kita menerimanya.”
Terdahulu, pada 13 September lalu, Fazura, 41, memfailkan permohonan cerai. Tindakan itu, tegas Fattah, 33, tidak langsung diketahuinya, sebaliknya, dia hanya mengetahui berita itu melalui media sosial.
Pelbagai reaksi daripada peminat terhadap dua selebriti kesayangan mereka ini. Bagaikan tidak percaya apabila pasangan ‘sweet’ ini mengalami masalah keretakan rumah tangga.
Apa yang pasti, kita doa-doa baik dengan keputusan yang akan dicapai pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling akan menjawab segala persoalan sama ada rumah tangga pasangan itu akan diteruskan atau sebaliknya.