Muat Naik Gambar Raya, Ashraf Muslim Bahagia Raikan Bersama Dua Isteri

Share

Semasa hari raya, selain bersalam-salaman dan eratkan semula hubungan antara kekeluargaan, tak salah untuk meluangkan sedikit masa untuk bergambar sekadar untuk kenang-kenangan masa akan datang. Bukan hanya itu, gambar yang diambil juga akan dikongsikan di laman sosial masing-masing.

Tidak lepaskan peluang, pelakon Ashraf Muslim turut berkongsi gambar rayanya di laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Yang mencuri perhatian orang ramai apabila gambar yang dimuat naik itu memaparkan kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Menerusi hantaran tersebut, keluarga itu telah mengenakan busana sedondon berwarna kelabu ketika meraikan di kampung dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga serta memohon maaf andai mempunyai salah silap.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tumpang rasa gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.

Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim