Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
IKLAN
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
IKLAN
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
IKLAN
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih ada ingat lagu Flora Cinta? Sudah tentu ada yang mengenali pemilik penyanyi bersuara lantang ini iaitu Min Malik.
Dia merupakan seorang penyanyi pop yang terkenal pada tahun 1995 dengan lagu hitsnya ketika itu seperti Flora Cinta dan Perjalanan Duka.
Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi ini. Terbaru menerusi perkongsian pengacara popular, fedtriyahya berkongsi gambar bersama dengan penyanyi itu.
Apa yang menarik perhatian adalah penyanyi berkenaan memakai baju beruniform. Min Malik kelihatan kemas berpakaian rasmi ATM.
“Dalam mesyuarat tadi, ada pegawai tentera duduk paling jauh tapi punyalah kuat suara dia. Orang lain terpaksa guna mic. Dia tak perlu. Semulajadi kuat!
“Rupa-rupanya… penyanyi lagu Flora Cinta! Sekarang sudah sepenuh masa sebagai penjawat awam. Pegawai tentera! Tahniah Min Malik.-“ fedtriyahya
Perkongsian itu telah meraih perhatian peminat penyanyi bersuara lantang itu yang terkejut dengan perubahan imejnya.
Setiap orang punya cara tersendiri kan dalam menyimpan. Ada yang memilih untuk menyimpan di bank ada juga selesa di rumah. Yang penting hasilnya kan. Tak kisah banyak atau sedikit janji ada untuk simpanan masa depan.
Cara yang dikongsikan oleh Norziela Zielaini paling unik dan simple tapi menjadi. Dia yang merupakan seorang surirumah mengakui tiada sebarang bisnes. Sebaliknya hanya bergantung kepada pemberian suaminya.
Tetapi, dia bijak menggunakan wang belanja yang diberikan suami. Setiap kali selepas membeli barang dapur, bakinya akan dijadikan tabungan. Selain itu, duit yang ditemui sewaktu menggunakan mesin basuh juga dimasukkan di dalam tabung berkenaan.
Hasilnya, hampir setahun, dia berjaya mengumpul hampir RM1 ribu. Cukup mengagumkan idea yang dipraktikkan wanita ini.
Hasil tabungan hampir setahun🥰🥰🥰
Ni jelah cara sy menyimpan duit selain di bank.. 😎😎😎.
Mmg agk lama menyimpan..Sy juga dah ajar ank2 dr kecik supaya menabung..🥰🥰🥰
Anak2sy semua suka menabung🥰🥰🥰
Ni semua sy dpt dr baki ke pasar,duit beli brg dapur dan paling sy suka kalau terjumpa duit dimesin basuh😂😂😂😆😆😆
Cara sya senang jer.. Kalau duit syiling masuk jer dlm 1tabung😉😉😉
Rm 1 satu tabung
Rm5+10+20+50 satu tabung(50tu selalu suami bg buat belanja tapi sy simpan)
Total hampirRM 1000 lebih.. syiling sy tak kira lagi.. Tengah termenung nak kira.. 🥰🥰
P/s Saya hanya suri rumah takda bisnes apa2..Sumber kewangan sy mmg dari suami sya 100%
Tataplah seorang demi seorang anak-anak kita yang kini berada di depan mata dan cuba imbas kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka sepanjang masa ini. Adakah itu yang terbaik yang mampu kita lakukan sebagai ibu dan ayah. Allahu Akbar!
Tanpa sedar kita sebenarnya telah banyak berhutang dengan mereka walau di hati kata sayang namun apa yang kita buat untuk mereka sebaliknya pula. Contoh paling mudah dan kerap terjadi, umpamanya cuba bayangkan satu keadaan di mana bila kita terasa penat bekerja, pantang anak buat bising habis kita marahkan mereka.
Itu belum lagi bila anak hendak bercerita dengan kita, seringkali kita acuh tak acuh sahaja dengan apa yang ingin disampaikan. Hingga ada waktunya kita sendiri tidak tahu hujung pangkal perbualan dengan anak-anak dek kerana tidak memberi tumpuan kepada mereka.
Kita sentiasa mengatakan apa yang kita kerjakan atau lakukan untuk memberi kebahagiaan pada anak-anak hingga menyebabkan tanpa sedar kita telah banyak berhutang masa dengan anak-anak.
Malah ini dijelaskan dengan detail lagi melalui perkongsian daripada Ustaz Ahmad Nasir, semoga perkongsian ini dapat menginsafkan kita untuk menghargai setiap detik waktu yang dikurniaan, perlu disyukuri dan diisi dengan penuh makna bersama insan yang kita sayangi.
Tanpa Sedar, Kita Banyak Berhutang Dengan Anak-Anak Kita
Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Tetapi seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.
Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya…
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita…
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap bila saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Memang kita selalu berhutang kepada anak-anak kita…
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia. Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan. Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520