Perkongsian doktor ini mengenai ketabahan seorang ibu yang hampir mengugurkan kandungannya ini sungguh motivasi buat kita ibu bapa dalam membesarkan anak-anak seadanya. Hakikatnya hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas, kadang di bawah.
Namun segala cabaran dan kesukaran yang mendatang harus ditempuh dengan tabah. Jangan mengambil jalan singkat yang salah untuk menyelesaikan masalah. Setiap musibah ada hikmahnya.
Seorang ibu yang hampir menggugurkan kandungannya dulu, kini anak itu menjadi anugerah dan kekuatan buat dirinya. Ketabahannya semasa hamil sehinggalah bayi lahir begitu motivasi sekali. Biarpun wanita ini tidak kaya harta, namun jiwanya kaya untuk memberikan yang terbaik buat anak tersayang.
Kongsi cerita seorang doktor di laman facebooknya Alifnunwau Nymous begitu motivasi untuk dibaca. Semoga sempena tahun baru di bulan Muharram, kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dari hari ke hari.
“Doktor, harini ambil pulut udang eh” Aku lihat sebungkus pulut udang dibawa masuk. “Uihh banyaknya. Mana dapat?” “Patient X tu la bagi” Misi menjawab. Sengih. Terus aku terbayang pesakit yang berkenaan. Pesakit yang sama hadiahkan aku rambutan.
Pesakit yang mahu gugurkan anaknya dahulu semasa awal kandungan. Kemudian dihadiahkan dengan dua nyawa dari Tuhan.
“Rajinnya masak pulut udang” Aku mengusik. “Tak rajin pun doktor.. saja ja buat.. tu pun cek malas nak bakaq. Doktor bakaq sendiri na” Aku tergelak. Comel je sebab dia bahasakan diri dia ‘cek’. Dalam bahasa kedah, cek bermaksud saya. “Tak bakaq pun sedap ja”
Jujur aku maksudkannya. Pulut udang paling sedap pernah dirasa. Aku yakin ada nilai yang besar di sebaliknya. Sambil melihat keadaan dia, aku memesannya beberapa perkara. “Puan kalau ada tanda bersalin, jangan tunggu. Kena pi hospital” “Uih tapi cek baru 33 minggu.. awai lagi” Dia seloroh. “Haaa awai lagi tapi puan anak kembaq. Boleh beranak awai” Aku tambah. “Pastu jangan duk pi naik moto pulak pi hospital. Jauh nu. Satgi terberanak atas moto” “Pi naik kereta” Aku maksudkan kereta saudaranya. Sebab aku tahu pesakit aku ini tiada kereta.
Dia datang klinik sarat dengan perut besar menaiki motosikal sahaja.
Aku pesan berkali-kali jangan pergi hospital naik motosikal kalau nak bersalin. Hospital besar negeri aku ini jaraknya 40 minit dari rumah.. bahaya. “Kalau rasa tadan, takdak kereta, pi ja hospital X (hospital district / kampung), nanti depa tolak naik ambulans” Dia angguk-angguk. Aku memang kena terangkan beberapa kali pada pesakit ini. Sebab dia agak ‘kurang’ dari satu segi. Rendah IQ dan slow learner. Memang dari sebelum ini, dia perlu diberitahu banyak kali untuk faham. Agak mencabar untuk kami. “Okay nanti cek pi naik kereta pak cik X (saudaranya)”
Ads
BERSALIN Esoknya. “Doktor, pesakit x dah bersalin” “Eh” Belum sempat aku bersuara. “Dia bersalin normal doktor.. dua-dua dalam NICU tapi sihatt. Tunggu berat ja naik” Rupanya dia sakit bersalin malam berkenaan. Dan ke hospital, terus bersalin normal keduanya. “Dia pi naik apa kak?” “Moto” ?
BERPANTANG Dan hari ini, dia masih dalam pantang. Tapi masih gigih naik motosikal ke hospital besar yang jauhnya 40 minit (mungkin 1 jam kalau dengan motosikal), untuk lawat anak dan beri susu pada mereka di NICU. Boleh bayang tak dalam pantang bersalin dua orang naik motor ? Gigih. Semoga Allah merahmatinya.
Anak yang dahulu mahu digugurkan, kini menjadi anugerah dan kekuatan.
KAYA JIWA
Wallahi saat aku teringat wajahnya. Aku lihat di mata manusia, dia mungkin ‘miskin’ segala-galanya.
Miskin harta, Miskin rupa, Miskin teman hidup, Miskin kemampuan akalnya.
Ads
Namun ternyata ada benih kekayaan dalam dirinya. Kaya jiwa. .
Bahagianya jiwa itu bukanlah apabila kita memiliki semuanya. Namun apabila kita merasa cukup dengan apa yang Allah beri pada kita. Pada kadarnya.
Betapa ramianya manusia yang ‘miskin’, Yang lebih miskin dari wanita ini saat mereka kaya harta, kaya rupa, kaya anak, kaya kemampuan dari segala segi,
Kerana apa? Kerana mereka miskin jiwa. Walaupun telah memiliki hampir segalanya.
Mana mungkin jiwa yang sempit akan merasakan luasnya rahmat dan pemberian Tuhan?
Hari ini. Tahun baru.
Ads
Apa azam kita tahun ini? Apa yang mahu kita hijrahkan? Apa yang mahu kita korbankan?
Hidup ini bukanlah hanya berkisar pada apa yang Allah berikan pada kita sahaja.
Hingga kita sibuk-sibuk menghitung dan ‘memaksa’ Allah berikan semuanya, Sedangkan kita pula ‘kedekut’ dan lokek untuk berikan diri kita pada Allah.
Persoalannya, apa yang kita berikan pada Allah sebagai tanda tunduknya seorang hamba? Apa yang kita sanggup hijrahkan untuk Dia?
Count your blessing, Feel bless with anything, And give your heart to serve Him.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” -2:218
Remaja lemas dalam tali air, “Bapa naikkan jasad anak perempuan sambil menangis.” Itu yang diceritakan oleh Ahmad Azizi Azeman, 24, abang kepada Ainul Mardiah, 14, yang lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Pisang, Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Remaja Lemas Dalam Tali Air
Gambar kenangan Ainul Mardiah bersama rakannya.
“Ayah menyentuh sesuatu di bawah motosikal dan ia tubuh Mardiah yang tertindih dan sudah tidak sedarkan diri. Ayah menaikkan jasad adik sambil menangis,” kata Ahmad Azizi Azeman.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Ainul Mardiah ditemukan dalam keadaan tertindih dengan motosikal Yamaha Ego yang ditungganginya.
Ahmad Azizi berkata, sebelum itu, adiknya keluar dari rumah jam 4.40 petang untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah.
“Setengah jam selepas itu ayah menerima panggilan dari orang kampung mengatakan ternampak motosikal kami dalam air kira-kira 500 meter dari rumah dalam keadaan lampu terpasang serta enjin masih hidup.
“Bapa Naikkan Jasad Anak Perempuan Sambil Menangis”
“Sebelum itu penduduk cuba mengangkat motosikal terbabit tapi gagal sebelum ayah sendiri ke lokasi dan turun ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Ahmad Azizi berkata, Ainul Mardiah segera dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas dijalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).
Menurutnya, jenazah adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
Ahmad Azizi menunjukkan foto arwah adiknya, Ainul Mardiah.
“Dalam masa yang sama, ibu juga dimasukkan ke wad di hospital sama sejak malam tadi kerana pengsan disebabkan terlalu tertekan dengan kejadian yang menimpa ini.
“Ini kali ketiga kami diberi ujian kematian apabila dua beradik saya juga dijemput Ilahi akibat kemalangan jalan raya serta lemas di paya,” katanya.
Jenazah Ainul Mardiah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Pisang, selepas selesai proses bedah siasat. Mangsa anak ke sembilan daripada orang 10 adik beradik.
Sementara itu, sepupu mangsa, Najwa Adina Abdul Ghani, 14, berkata, beberapa hari kebelakangan ini, Ainul Mardiah dilihat banyak termenung dan pendiam berbanding sikap sebenarnya yang agak aktif.
“Kami belajar di sekolah serta kelas yang sama dan tak sangka perubahan itu adalah petunjuk dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan dakwaan mengenai isu pembelian gelaran Datuk palsu termasuk suami kepada selebriti popular, Datin Fouziah Gous.
Meskipun lama menyepi daripada menjawab persoalan netizen, nyata Datin Fouziah Gous merasakan tiada keperluan untuk membuktikan bahawa suaminya iaitu Datuk Zhafran Md Yusof adalah dipihak yang betul.
Ini memandangkan menurutnya dia memiliki gelaran Datuk kerana memang mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima dari Istana Pahang pada 2016.
Memetik laporan akhbar, Fouziah ketika ditemui berkata, suaminya menerima jemputan dari Istana Pahang pada 2016, namun Zhafran menghadiri pertabalan pada hujung 2017.
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah.
“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu tapi nama mereka tiada dalam sistem,” katanya.
Terdahulu, status gelaran Datuk milik suami beberapa selebriti tanah air didakwa palsu.
Selain suami Fouziah, gelaran Datuk Seri dan Datuk suami Datin Seri Heliza Helmi dan Datin Paduka Eina Azman turut didakwa palsu.
Isu itu timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Individu terbabit juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.
Fouziah juga meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya itu menyemak perkara itu dengan pihak bertanggungjawab.
Katanya, jika gelaran Datuk itu palsu, tidak mungkin ia boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa ia boleh?
“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit. Ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Saya takut nak cakap lebih,” katanya.
Sumber : myMetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak risau apabila anak tersayang dijangkiti penyakit. Jika anak sebelum ini aktif, tetapi disebabkan kesihatan yang merosot menyebabkan aktiviti anak-anak terganggu.
Bagi ibu bapa, tentunya situasi yang dialami oleh anak menyebabkan hati tidak menjadi keruan. Lebih lagi anak masih kecil.
Beberapa hari lalu anak Penyampai Hot FM, Haziq Hussni iaitu Heidy Nufael, yang hampir mencecah satu tahun telah dimasukkan ke wad akibat muntah dan cirit- birit sehingga dihydrate. Malah menerusi perkongsiannya, beliau melahirkan rasa kerisauan dan fobia mengenai kesihatan anak sulungnya itu. Lebih-lebih pengalaman lalu anaknya Chayra pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit batuk kokol.
Aku fobia betul bila anak sakit ni sbb Chayra Auliya dulu berapa lama batuk kokol dia tu kan. Td Heidy muntah & cirit non stop smp taik yg keluar pun warna cantik mcm air kencin. Dah dehydrated. Lembik teruk. Diri pun tak larat. Sbb dia makan je yakyak. Minum je muntah. Doc kata nasib baik cpt dtg hosp sbb dia dah nak kering dah. And now tgh masuk air n kumpul balik tenaga. Nak membesar kan. GWS sayang & Stay hydrated guys!
Bapa penyanyang
Seorang bapa yang penyayang. Walaupun sibu dengan kerja, beliau sempat membuat video call ketika anak berada di hospital.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.