Revolusi gaya rumah serba moden nyata makin digilai wanita zaman sekarang. Sebolehnya kita berusaha nak nampakkan rumah dengan gaya moden. Mungkin nampak lebih selesa dan cantik serta tak sarat barat gaya hiasannya. Sederhana.
Tapi nak sempurnakan konsep yang satu ni harus ada ilmu dan paling penting sedikit bajet untuk lengkapkan konsep yang dimahukan. Sepuluh elemen ini ibu-ibu wajib tahu ketika nak menghias.
Gaya moden dilihat lebih ringkas gaya susun aturnya dan paling penting nampak cantik serta bertahan lama. Tak lapuk dek zaman. Bagi menjadikan syurga anda bercitarasakan moden, apa elemen yang perlu ada? Begini caranya.
1. Bentuk Ringkas
Paling utama gaya moden dilihat daripada senibina bangunan dan rekaan yang bersifat ringkas. Tidak menjurus kepada mana-mana bentuk tetapi ringkas. Kalau ada bajet lebih, bolehlah ubah rumah kita yang sedia ada supaya nampak lebih ringkas.
2. Cat
Itu cerita luar rumah. Hiasan dalam rumah moden juga tidak keterlaluan. Cat adalah perkara paling utama kita nampak ketika masuk ke sesebuah rumah. Nak nampak moden, jangan cat rumah dengar warna sembarangan.
Ads
Banyak kajian mengatakan supaya elakkan warna hijau, ungu atau oren di dalam ruang tamu. Pemilihan warna asas putih dan hitam, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik adalah citarasa moden.
3. Perabot Kena Ringkas
Selain cat, perabot pun memainkan peranan. Elakkan pakai sofa dan perabot lain dengan kemasan yang sarat dan berkerawang. Pilih sahaja rekaan perabot yang ringkas tanpa kemasan sarat dengan pemilihan elemen warna yang bersesuaian konsep.
4. Besi, Kaca & Cermin
Kalau nak nampak lagi moden, waktu pilih gaya hiasan suntik sedikit elemen besi, kaca atau cermin dalam rumah. Mungkin boleh pakai sofa dengan besi di bawahnya atau besi pada pencangkuk langsir dan bingkai gambar. Pasu berkaca telus pandang yang besar misalnya menampakkan gaya moden.
Ads
Cermin besar di ruang yang sempit buat serlah ilusi moden. Nak tambah moden kontemporari, campurkan sedikit elemen kayu-kayuan.
5. Tukar Pencahayaan
Pencahayaan juga kena tepat. Rumah citarasa moden selalunya jarang gunakan pencahayaan terus seperti lampu kalimantang. Tukarlah pencahayaan asas downlight digabung pencahayaan aksen warna warm light. Mood pasti berubah.
6. Hiasan Dinding
Kena berani dan tak kekok menampal pelbagai hiasan pada dinding. Tapi janganlah gantung gambar yang kurang sesuai. Berikan nafas moden ikutkreativi sendiri seperti gambar hitam putih. Nak buat sendiri corak geomatrik pun boleh.
7. Langsir Tanpa Corak
Langsir pun memainkan peranan penting. Jangan pakai langsir yang sarat dengan corak. Less is more. Gunakan warna polos dan moden sepertikelabu, putih atau warna pastel. Kalau suka warna terang, kena berani mainkan warna dinding supaya lebih seimbang.
Ads
8. Kabinet Ringkas
Kalau di dapur, kabinet citarasa moden memang selalu jadi pilihan. Warna ringkas seperti hitam dan putih menampakkan gaya ekslusif dan moden.
Nak cantik lagi, jangan pakai warna yang banyak di dapur, baik pada kabinet dan keseluruhan perkakasan seperti pinggan mangkuk dan gaya hiasan lain.
9. Teknologi
Teknologi kenalah seiring. Di dapur, kalau dah pasang kabinet, gunakanlah dapur moden dengan hud lengkap serta dapur rata berkaca yang selari. Tapi terpulanglah pada kemampuan anda.
10. Bunga Segar
Kalau suka dengan bunga, elakkan bunga jenis artificial atau jenis plastik. Bunga segar lebih menampakkan gaya alami dan moden. Tapi kalau anda bukan kategori yang rajin nak menjaga, boleh sahaja gunakan artifical tetapi belilah jenis bunga yang nampak mahal. Belanja lebih sedikit untuk nampak cantik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Alangkah bagusnya bila kita mengetahui ada cara dan petua untuk pastikan bukan sahaja sayur-sayuran yang dibeli bertahan lama apabila disimpan, malah ada cara juga untuk simpan halia, daun sup, cili, bawang, kentang dan sebagainya.
Jadi dapatlah dijadikan stok dan tidaklah perlu membeli bahan-bahan masakan tersebut setiap hari untuk pastikan kesegarannya terjamin. Untuk itu, ini dikongsikan oleh Azlin Safena Azihar di akaun fbnya. Perkongsian yang sungguh bermanfaat, jom semak.
“Ni cara kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ni paling mudah dan bagus.”–Azlin Safena.
SAYUR-SAYURAN
Step 1 : Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain sebab bayam atau kangkung berpasir. Tak perlu potong pun akar dia, potong masa kita nak guna je.Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
Step 2 : Campurkan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita itu.
Tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
Step 3 : Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
Step 4 : Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air. Isi air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
DAUN SUP
Untuk daun sup, akak simpan dalam botol air je tapi kalau tak ada boleh guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Simpan di dalam peti sejuk. Cara akak simpan daun sup ni, in sha allah boleh bertahansampai sebulan.
TOMATO
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
BAWANG & KENTANG
Jangan simpan bawang bersama kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
CILI MERAH & CILI HIJAU
Sebelum simpan cili merah dan cili hijau di dalam peti ais, cabut terlebih dahulu tangkainya. Sebab tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi selepas patahkan tangkai, wrapkan dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami situasi anak kecil menangis dengan kuat. Bukan itu sahaja, kelakuannya berubah, matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib?Pasti membuatkan anda cemas dan bingung apakah yang berlaku bukan?
Ini berlaku disebabkan oleh rumah anda mungkin dimasuki jin. Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Jin bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.
Mengulas mengenai isu tersebut, Dr Taufiq Razif berkongsi mengenai anak perempuannya yang mengalami situasi yang sama.
Mungkin panduan yang diberikan oleh doktor ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Maryam Soolihah pernah menangis dengan memandang siling rumah. Tangisan dia masa tu memang dasyat!
Dengan mata bulat memandang ke atas memang buat saya rasa tak sedap hati. Saya tahu tangisan bayi ni kebanyakannya normal kecuali tangisan yang disertai :
– demam tinggi
– jadi taknak menyusu langsung
– muntah-muntah
– penafasan laju
– sawan
– perut kembung
– tak berak dan tak kencing
– cirit birit yang cair ataupun beserta darah
Kalau yang ni memang sebaiknya kena bawa bayi jumpa doktor tapi si Maryam ni normal je cuma tangisan dia tu melampau-lampau dan mata dia selalu pandang ke atas.
Saya jenis tak percaya bab syaitan, jin dan alam ghaib ni kecuali yang ada dalam Al Quran dan Hadis. Rupanya memang ada sejenis jin pengganggu anak kecil yang disebut dalam Hadis. Namanya Ummu Sibyan.
Hadis Ummu Sibyan tu Hadis daif tapi larangan untuk tak bagi anak-anak keluar waktu senja, tutup pintu waktu senja dan tak digalakkan buka pintu pada waktu senja ni memang ada dalam Hadis Sahih.
Nak tahu anak kita kena gangguan ‘luar’ waktu senja ni senang je. Kalau ada tanda ni mungkin dia tengah diganggu :
1. Menangis pada waktu senja
2. Ada pintu yang terlupa nak ditutup
3. Anak normal dan takde sakit apa-apa
4. Cuba gerakkan badan dan kepala anak kita masa dia menangis. Kalau dia tetap pandang pada satu tempat, ada kemungkinan kena gangguan la tu.
Kalau dah jadi camtu cepat-cepat cari pintu atau tingkap yang tak tertutup tu dan tutup segera dengan baca Bismillah. Amik air, baca Ayat Kursi 3x dan hembus pada air. Sapu air tu sambil usap pada wajah anak kita. Kalau tak reda jugak cuba azan dalam rumah ye.
p/s : Jangan pulak ingat semua tangisan bayi ni sebab gangguan. Kebanyakannya normal je insyaAllah. Biasa la budak-budak nak membesar tapi ilmu tentang tangisan bayi ni semua mak ayah wajib tahu. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu sebab sangat ramai mak ayah yang tahu tentang info ni.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat orang lain hidup diulit kemewahan, keluarga kecil ini pula tak punya apa-apa. kKmiskinan yang membelenggu menyebabkan hidup mereka serba kekurangan.
Sangat menyentuh hati tatkala membaca kisah mereka yang dikongsikan oleh Qaseh Syima. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan perasaan sebak apabila berkongsi kisah mengenai seorang wanita, Siti Aisyah yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan.
Dia yang turut bersalin kebetulan berada di sebelah katil Siti Aisyah di sebuah hospital di Taiping, Perak sebelum mengetahui kepayahan wanita tersebut.
“Sedihnya dengar akak sebelah katil ni.. Baru bersalin czer, suami datang naik motor je.. Kalau balik tak tau nak balik dengn apa..
“Bila cakap naik grab dalam RM5, dia cakap RM5 pun takde. Nak bayar bil hospital lagi. Anak macam tak cukup susu, doktor cakap campur susu, dia kata nak makan pun susah.. Allah…
“Aku ingat aku susah, rupanya dia lagi susah. Ingat kalau boleh balik kami yang katil sebelah2 offer diri nak tumpangkan balik… Tapi bila doktor tahan lagi biar hospital bagi susu diorang sampai anak turun kuning..
“Moga Allah permudahkan urusan dia… Duduk tak jauh pun dengan rumah. Yang duduk sekitar Taiping tu ada tau mana2 bagi bantuan dapur ke apa bagitahu saya,” tulisnya.
Posting berkenaan tular di Facebook dengan mendapat lebih 5,000 perkongsian serta pelbagai komen yang rata-rata meluahkan rasa prihatin dan berharap supaya urusan wanita tersebut akan dipermudahkan.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.