
Menarik perkongsian lelaki ni tentang langkah pencegahan sentuhan ketika di bank atau stesten minyak.
Ikuti caranya.
“PREVENTION IS BETTER THAN CURE” Beribu orang akan guna Bank & Stesen Minyak setiap hari.
Amalkan Hand Sanitizer sebelum & selepas pakai glove.
p/s : Corona Virus hanya merebak melalui sentuhan.
Abg skang mmg ON mood ‘Paranoid’ sebab hakak korg tgh mengandung 8 bulan ni.. Doakan kami semua selamat ya.. Take care gais.
Note : Ramai tanya kenapa pegang duit guna tangan kosong??
Sebab aku dah pegang pintu bank, keyboard atm & screen atm guna tangan glove.. jadi selepas selesai semua boleh cuci dan sanitized Tangan serta Duit ya..
Boleh cuba cara ni. Bagus jadi panduan bersama.
Sumber: Syafiq Shukri
Anak Hidap Penyakit Yang Jarang Berlaku, Ayah Ni Ikhtiar Cari Penawar Dengan Bina Makmal Sendiri!

Kita selalu mendengar ungkapan bahawa kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Begitulah yang telah dilakukan oleh seorang bapa ini , berusaha tanpa mengenal jemu untuk mencari penawar penyakit anaknya disebabkan masalah genetik yang jarang berlaku iaitu sindrom Menkes.
Pun begitu, penutupan sempadan antarabangsa menyebabkan usaha merawat penyakit anaknya yang tiada di China sukar dilakukan hingga akhirnya ayah ini memaksa dirinya memulakan penyelidikan dan belajar mengenai farmaseutikal.
Memetik kisah hebat seorang ayah ini di myMetro, difahamkan anaknya yang diberi nama Haoyang yang berusia dua tahun mungkin boleh hidup beberapa bulan lagi.
Bina Makmal Sendiri
Maka, Xu Wei – bapanya yang terdesak mahu melihat anaknya menjalani kehidupan lebih baik, membina makmal perubatan di kediaman mereka untuk menghasilkan penawar.
“Saya tiada masa berfikir sama ada cara ini berhasil atau tidak. Saya tahu ia perlu dibuat,” katanya.
Sindrom Menkes memberi kesan bagaimana kuprum yang juga bahagian penting otak dan perkembangan sistem saraf diproses dalam badan.
Penghidap sindrom ini biasa hidup tidak melebihi usia tiga tahun.
Namun, Xu yang hanya memiliki tahap pendidikan sehingga sekolah tinggi dan menjalankan perniagaan dalam talian tidak berputus asa demi anaknya.
“Walaupun dia tidak boleh bergerak atau bercakap, dia masih ada jiwa dan perasaan,” katanya sambil memangku Haoyang untuk memberikannya madu dicampur air.
Usaha Selagi Boleh
Selepas mengetahui ubat mengurangkan gejala dihadapi anaknya tiada di China, Xu memulakan penyelidikan dan mengajar diri sendiri mengenai farmaseutikal.
Kebanyakan dokumen dalam talian berkaitan sindrom berkenaan dalam bahasa Inggeris, namun Xu menggunakan perisian penterjemahan untuk memahami bahan bacaannya.
Apabila mendapati histadin kuprum boleh membantu, dia menyediakan peralatan dan menciptanya, mencampurkan kuprum klorida dihidrat dengan histidin, natrium hidroksida dan air.
Xu kini memberi Haoyang dos harian ubat buatan sendiri yang memberikan kanak-kanak itu sebahagian daripada kuprum yang hilang pada tubuhnya.
Ahli kimia amatur itu mendakwa, beberapa ujian darah kembali normal dua minggu selepas memulakan rawatan.
Kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, tetapi dia tersenyum apabila bapanya mengusap kepala.
Tetapi enam minggu selepas membabitkan diri dalam projek itu, Xu menghasilkan botol histidin kuprum pertamanya.
Untuk mengujinya dia terlebih dahulu bereksperimen dengan arnab dan kemudian menyuntik ramuan itu ke dalam badannya.
“Arnab itu kelihatan baik, saya juga tiada masalah, maka saya cuba pada anak saya,” katanya.
Dia kemudian meningkatkan dos secara beransur-ansur. Tetapi ubat itu bukan penawar.
Profesor Annick Toutain, pakar penyakit jarang jumpa di Hospital Universiti Tours di Perancis berkata, rawatan itu hanya berkesan terhadap anomali genetik tertentu jika ia diberikan sejak awal, iaitu dalam tiga minggu pertama kehidupan.
Katanya, selepas itu rawatan hanya mengurangkan gejala, tanpa membawa kepada pemulihan.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Anak Kena Ekzema Teruk, Suami Cerita Isteri Istiqomah Jaga Pemakanan Hingga Berat Turun 11kg.

Ekzema adalah penyakit kulit di mana proses radang menyebabkan gejala seperti kulit gatal, menebal dan merah-merah. Ia membuatkan penghidapnya akan menggaru untuk melegakan rasa gatal.Malah ada yang menggaru sehingga berdarah.
Bagi anak kecil yang menghidap ekzema tentunya ia sesuatu yang amat mencabar buat ibu bapa. Ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengelak ia menjadi lebih teruk.
Begitulah pengalaman yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila anaknya seawal usia dua bulan telah mengalami ekzema. Namun istiqomah merawat masalah itu, akhirnya anaknya bebas dari penyakit kulit itu.
Sebagaimana perkongsian saudara, Mohd Yazid Ismail bercerita tentang kisah anaknya menghidap ekzema dan isterinya yang banyak bersabar untuk menguruskan anaknya itu hingga berat badan pernah turun hingga 11kg!
Ikuti kisah inspirasi ini. Moga menjadi manfaat buat ibu bapa yang turut mengalami masalah yang sama.
Tadi ada orang tanya tentang proses penyembuhan eczema anak saya, Saeed. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya dari eczema ketika umur 1 tahun 5 bulan.
Sekarang umurnya dah 5 tahun. Tak pernah datang semula eczemanya. Saeed mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa beberapa doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Yang kelakarnya ada doktor pakar A menyalahkan doktor pakar B sebab bagi ubat yang tak sesuai, katanya bayi tak elok guna ubat tersebut, bahaya. Dua-dua doktor pakar kulit.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect.
Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level. Begitulah yang biasanya berlaku kepada pesakit eczema, sentiasa kena naikkan dos steroid.
Yang peliknya, doktor kata ubat steroid tak elok guna lama lebih dua minggu, tapi setiap kali appointment dengan doktor yang sama, dia bagi ubat steroid bersambung-sambung. Ada orang dah guna steroid bertahun-tahun.
Bila rawatan hospital didapati hanya berkesan sekejap sahaja malah lebih teruk selepas itu, maka kami cuba rawatan aliran natural. Hanya guna ubat natural sahaja dan jaga pemakanan. Kami dah baca bila berhenti ubat steroid eczema akan mengamuk jadi sangat teruk. Kami bersedia.
Kalau tengok gambar Saeed yang eczema teruk ni berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Guna kaedah pemakanan rawat ekzema
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan dan kaedah ubat natural, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari pada tahun 2018 dan 2019.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli keledek Cilembu dari Indonesia. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Ada doktor kata pemakanan ibu yang menyusu tak memberi kesan kepada anak eczema. Malah doktor perli kami sebab amalkan diet gluten free. Dia kata tak perlu lah ikut trend. Nasib baik kami tak ikut nasihat nasihat doktor tu.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi Mama Saeed tetap istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg.
Hehe.. tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka .
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network.
Selain pemakanan dan guna ubat natural kami juga selalu jemur Saeed bawah cahaya matahari setiap pagi. Alhamdulillah setiap pagi saya berjemur bersama Saeed tanpa gagal.
Yang sedihnya ramai yang kami dapati anak mereka tak sembuh eczema dah bertahun-tahun. Malah kami dulu pun ada doktor bagitau “tak apa jangan risau nanti eczema akan sembuh bila anak dah sekolah rendah”
Ya Allah eczema seminggu pun dah nampak azabnya. Tak kan lah nak tunggu anak umur lebih 8 tahun baru sembuh, lagi terseksa.
Sekarang sangat ramai anak-anak yang kena eczema. Semoga Allah menyembuhkan eczema mereka semua. Sangat ramai yang PM Widyana hingga tak sempat nak reply.
Saya letak gambar-gambar perkembangan eczema Saeed dari umur 4 bulan hingga sembuh. Alhamdulillah ‘ala kulli haal
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Malam Ni Terawih Rumah Mama Ye.” Warganet Puji Cara Dato Vida Santuni Anak Tahfiz.

SAHAM AKHIRAT SAYA · Jarang jarang saya tunjuk anak anak tahfiz saya. dah makin membesar semuanya . Tiada Yuran. Semua saya tanggung. Tiap malam datang rumah saya untuk solat tarawih sama sama.
Sumber: Instagram Datoserivida