Kalau tak kenal ragam oven sendiri itu ruginya, sebab bila membakar kek atau biskut tidak sempurna masaknya.
Rungutan seperti masak kek atau biskut mesti hangus, tak pun ada juga terjadi kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan macam-macam lagi. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi.
Kenapa ye?
Masalah-masalah sebegini memang biasa dihadapi terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek atau biskut. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
Beli penanda suhu termometer (klip)
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Ads
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
Kenali ‘hotspots’ oven
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Ads
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ads
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
Sentiasa panaskan oven sebelum membakar kek dan pastri. Ini adalah peraturan paling asas. Jika kita siapkan adunan kek kemudian baharu masukkan ke dalam oven kemudian baru mahu panaskan oven, ini akan menyebabkan tekstur luar lebih keras dan dalamnya mungkin kurang masak.
Sentiasa letakkan kek betul – betul di tengah rak dalam ketuhar. Kepanasan suhu lebih setara dan seimbang.
Sentiasa menggunakan api atas dan bawah, kecuali jika resipi meminta hanya menggunakan api atas sahaja, atau api bawah sahaja. Contoh, ada beberapa resipi cheesecake yang meminta menggunakan api bawah sahaja untuk mengelakkan permukaan kek merekah. Mengapa menggunakan api dan atas bersekali? Supaya kepanasannya seimbang.
Loyang hitam lebih panas berbanding loyang yang berwarna cerah. Ingat itu. Penyerapan haba lebih pantas. Jadi, mahu buat biskut/cookies selalu gunakan talam/tray hitam atau perak? Ingat tentang ini.
Bawah 160 darjah ia menunjukkan suhu yang kurang panas. Sesuai untuk bakar kek yang memerlukan suhu rendah seperti kek keju, atau kek yang tekniknya ‘slow baking’. Selalunya, resipi kek kebanyakannya dibakar menggunakan suhu 170 darjah Celsius ke atas sehingga 180 darjah selsius. 200 darjah ke atas selalunya digunakan untuk membakar muffin atau kek chiffon. Suhu ini amat panas.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ketentuan Dia Yang Satu, sebagai hambaNya kita tak mampu menidakkan takdir tersebut. Namun kita tidak boleh sekadar pasrah sahaja, sebaliknya kena ada persediaan untuk semua ini.
Justeru, bagi mereka yang sudah berkeluarga harus ada persediaan untuk anak-anak dan isteri. Bagaimana nanti apabila ketua keluarga pergi buat selama-lamanya, dengan siapa mereka harus bergantung harapan.
Tidak kira orang biasa mahupun selebriti, soal begini tidak dapat lari dari dibahaskan. Lebih-lebih lagi pelbagai kes berlaku masa ini. Kematian tidak mengenal usia, pangkat dan juga keturunan.
Terkesan dengan kes kematian mengejut pada usia muda dua rakan selebriti iaitu Allahyarham Abam dan Allahyarham Ashraf Sinclair, membuatkan, hos dan pelakon terkenal, Alif Satar menyuarakan kebimbangan tentang nasib dan masa depan ahli keluarganya.
Justeru, dalam satu perkongsian bersama mStar Online, Alif mengambil langkah awal dengan membuat pelan perwarisan harta semasa hidup bagi memudahkan isteri dan anak-anaknya meneruskan kehidupan apabila dia sudah tiada suatu hari nanti.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.
“Macam saya sendiri sudah sediakan wasiat sejak ada anak pertama. Sebab kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup,” katanya.
Ajal tidak mengira usia dan kematian datang bila-bila masa. Apa yang dilakukan Alif ini sememangnya sangat tepat kerana bimbang apabila sudah tiada nanti nasib isteri dan anak-anak akan teraniaya jika wasiat tidak dibuat lebih awal.
Apam Gula Hangus, Menu simple untuk minum petang. Cukup mudah cara buat dan simple bahan yang digunakan. Tak perlu banyak step hanya blender dan kukus. Hasilnya memang sedap.
Mesti ramai boleh cuba. Mudah je buatnya ni. Cepat, mudah cara ini, tahu-tahu dah siap. Hasilnya memang sedap dan gebu.
Resipi perkongsian daripada puan Yati Yati ini di ‘shared’ 3k menerusi page Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi ini. Pasti tak mengecewakan!
Apam gula hangus gebus pkpd menu k. Bidan hr ..ada yg suka ke.. Mudah je buatnya ni.. Blend je.. Cepat je.ni k. Bidan bg resepi senang ckit nk buat kan…jommm… Kita.
Bahan 1
1 cawan gula – Masak dan jadikan gula hangus. -warna macam madu.
1 cawan Air panas
2 sudu marjerin
Bila gula dah hangus masukan air panas kacau sampai gula hancur dan campurkan marjerin.. Sejukan ya
Bahan 2
1 1/2 cawan tepung gandum+ 1 sudu lagi takut cair sangat
2 biji telur
2 sudu susu pekat
1 sudu soda bikabonate
Cara membuat:
Bahan 1 + bahan 2 Blend je. Boleh lah kukus selama 15 minit.
Lepas tu masukkan ke dalam adunan. Jangan penuh sangat sebab nanti ia akan mengembang lebih kurang sekali ganda. Kukus selama 15 minit.
Banyak-banyak sayur, rasanya peria yang ramai tak pandang kerana rasanya yang pahit tu. Termasuklah orang yang menaip ni! Hehe.
Tapi siapa sangka, sayur yang asyik dikatakan pahit tu bila di R&D kan, menjadi rebutan orang pula! Bukan takat boleh makan dengan nasi sahaja, malah dijadikan snek sihat yang boleh dimakan begitu sahaja!
Haaa yang tertanya-tanya “betul ke sedap?” “tak pahit ke?”.. Apa kata cuba buat sendiri guna resipi dari Khairolmunira Abdul Kadir ni. Memang terbaik!
Peria Goreng Rangup
Bahan-bahannya :-
5 biji peria
3 biji cili kering
1 labu bawang putih
#cili Dan bawang suka2 je… Tak nak masuk pun OK je..
Tepung bestari pedas
Tepung beras, (kalau tepung bestari saja masin sangat)
Cara-caranya :-
1) Belah peria kepada dua dan korek biji peria menggunakan sudu.
2) Sagat peria menggunakan penyakat yang selalu kita guna untuk sagat pisang.
3) Basuh dan rendam peria yang telah disagat bersama air garam lebih kurang 30 minit. Kemudian toskan.
4) Campur tepung bestari pedas dengan tepung beras, salutkan pada peria tadi.
5) Panaskan minyak, masukkan peria yang sudah bersalut dengan tepung tadi. Masukkan sekali cili kering dan bawang hiris jika suka. Goreng hingga peria jadi keras rangup di dalam kuali. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.