Penjagaan Anak

‘Mommy sebak…’ Anak Autisme Catriona Ross Miliki MyKad

Share

Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak kini sudah menginjak remaja.

Pemilik nama Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross itu turut berkongsi video memperlihatkan anaknya, Raess, 12, yang mengalami Gangguan Spektrum Autisme atau autisme mengunjungi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara bagi urusan pembikinan kad pengenalan diri.

Menerusi video yang dikongsikan, Raees yang turut ditemani bapa, Shaharuddin Mokhtaruddin memberikan bekerjasama dengan baik ketika proses rakaman foto dan menurunkan cap jari.

“Janji temu MyKad untuk anak istimewa kami. Mommy sebak.

“Kami membayangkan hari ini kami akan stres. Namun semuanya berjalan lancar.”

“Anak istimewa kami menerima MyKad. Bangga, Alhamdulilah.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat cara pelakon itu menguruskan anak istimewanya. Antara komen adalah

“Be strong mummy & daddy. Terbaik!”

”Bujang dah anak mummy.”

”Well done Raess. Goof Job parents!.”

 

Sumber: IG Catrionabrianross

IKLAN