“Mommy Minta Maaf Sayang, Berpeluh & Panas.” Percutian Mewah Rosak Gara-Gara Aircond, Ika Nabella Luah Rasa Kecewa!

Share

Ika Nabella baru-baru ini berkongsi pengalaman yang mengecewakan apabila percutian pelakon ini bersama keluarga sepatutnya disambut gembira, namun menjadi sebaliknya.

Ini berikutan aircond di villa yang diduduki Ika Nabella sekeluarga tiba-tiba sahaja mengalami masalah tidak berfungsi. Yang paling terkesan dengan insiden itu adalah anak lelakinya, Noah yang terpaksa tidur dalam keadaan berpeluh dan panas.

Ika Nabella memuat naik pengalaman tersebut di Instagram Story miliknya baru-baru ini. Menurutnya lagi, percutian tersebut membuatkan dirinya berasa seperti ibu yang teruk kerana tidak dapat melakukan apa-apa hanya disebabkan kecuaian pihak lain.

Lebih mengecewakan apabila pihak pengurusan villa seolah-olah tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga berpanas sehingga jam 4 pagi.

“Dah tempah sebuah villa cantik di Janda Baik semuanya berjalan lancar sehinggalah kami perasan pendingin hawa di bilik Noah rosak. Panas. Allah uji bukan hanya pintu kaca saja rosak tak boleh kunci.

“Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.

“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa.

Servis yang sangat teruk apabila anda membiarkan pelanggan menunggu lima jam tanpa tindakan apa-apa. Akhirnya kami menukarkan bilik Noah dan meletakkan dia bersama-sama dengan sepupunya.

“Bayangkan kalau ada bayi yang tidur dalam satu bilik seorang mengigau dan menangis, apa akan jadi kepada mereka semua?” kata Ika lagi.

Ika yang telahpun membayar lebih RM3000 demi menghadiahkan percutian khas tersebut untuk anak lelaki tunggalnya bersama sepupu yang lain. Bukan itu sahaja, Ika juga turut membuat pembayaran penuh ketika pendaftaram masuk.

“Noah terjaga pukul 2 pagi dan baru tidur balik. Allahu, untuk pertama kali dalam hidup saya pasang kartun untuk menenangkan dia daripada menangis sebab tidur bilik berkongsi ramai-ramai.

“Saya rasa seperti ibu yang teruk. Saya tak mampu lakukan apa-apa apabila anak saya kurang selesa kerana sikap orang lain yang pentingkan diri.

“Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah membelanjakan RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa,” tambahnya yang memberitahu anaknya tidak selesa tidur tanpa penghawa dingin.

Hanya sempat melelapkan mata kurang daripada tiga jam, kongsi Ika lagi Noah bangun seawal pukul 7 pagi disebabkan keadaan tempat tidurnya yang kurang selesa.

“Rasa nak termuntah tak tidur lagi. I yang tua pun nak termuntah terus rasa tak sihat bila tak cukup tidur inikan budak dua tahun yang berjaga lebih pukul 2 pagi. Sedihnya…” tambahnya lagi.

Sumber: Gempak & ikanabella

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!