Selain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentleman.
Terbaru, Hanis berkongsi video mengejutkan Yusuf untuk bangun bagi bersiap ke sekolah.
Abang kepada Alisa Aisyah ini sememangnya seorang anak yang baik, walaupun nampak dia masih mengantuk namun tetap memberikan respond kepada ibunya membuatkan ramai yang melting. Malah, dia terus bagun apabila diminta untuk memberikan ciuman buat mommynya.
Namun yang lebih melucukan, Yusuf juga sempat membuat permintaan untuk mommynya menyediakan sarapan yang diingininya. Comel!
Rata-rata memuji cara Hanis membangunkan anaknya.
Turut berkongsi rasa yang sama, Hairul Azreen memberi respond kepada perkongsian isterinya itu.
Kejap je @theyusufiskandar dah sekolah bangga ada happy ada
Perkongsian suami isteri ini mendapat reaksi ramai. Ada yang mengakui sebak tak kurang yang mendoakan yang terbaik buat Yusuf.
Sumber: theyusufiskandar & haniszalikha