Kek buah antara kek yang sangat popular dan menjadi kegilaan ramai terutamanya para mak-mak. Kek buah juga sinonim dengan bahan-bahan yang menyihatkan seperti kekacang dan buah-buahan.
Tahukan anda cara nak buat kek buah yang lembut dan gebu ini sangatlah mudah dan pantas. Dengan adanya resipi yang dikongsikan Marlyssa Pariss anda boleh buat sahaja di rumah.
Kek Buah Kayangan
Bahan-Bahan:
- 600 gram tepung gandum
- 4 sk baking powder
- 2 sk soda bikarbonat
- 500 gram kismis campuran
- 500 gram kismis hitam
- 150 gram gajus
- 150 gram badam
- 150 gram ceri merah
- 150 gram ceri hijau
- 100 gram red tutti fruiti
- 50 gram mix peel
- 100 gram coklat chip/cadbury/beryls/coklat masakan (dicincang, boleh skip jika tak mahu)
- 100 gram hawflakes (boleh skip jika tak mahu)
- 500 gm pure butter
- 6 biji telur ayam size A
- 300 gm gula halus
- 1 cwn air panas mendidih
- 2 sk esen vanilla
Cara-Cara:
– Panaskan air dalam kukusan. Masukkan gula ke dalam kuali. Masak guna api kecil hingga cair dan perang. Jangan sampai perang gelap, nanti pahit. Masukkan air panas dengan hati-hati. Kacau sampai gula tak berketul.
– Masuk butter dan biar mencair. Masukkan badam dan gajus dulu, biar dalam 1/2 minit. Kemudian masukkan buah kismis dan buah-buah yang lain dan esen vanilla. Kacau smpai buah nampak sebati dengan gula.
– Masukkan tepung smbil kacau laju-laju. Masukkan telur yang di blender atau dipukul sampai berbuih.
– Alaskan loyang dengan kertas baking paper dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung.
– Tuang adunan kedalam loyang (9×9 inci) dan pastikan air kukusan mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil atau plastik wrap dan kukus selama 4 jam.
– Kukus dengan api sederhana. Kek buah ni akan lebih moist dan lebih cantik rupanya jika dibiar diluar selama seminggu. Potong guna pisau tajam.
Sumber: Marlyssa Pariss