“Mohon Doa Untuk Anak Syurga Saya.” Anak Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan, Edrie Hashim Mohon Titipkan Doa!

Share

Mungkin ramai yang tidak mengetahui gitaris dan produser terkenal Edrie Hashim mempunyai seorang anak istimewa.

Menurut Edrie, anak sulungnya Darren Haikal disahkan autistik dan baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian ususnya.

Berita tersebut dikongsikan oleh Edrie menerusi laman instagramnya. Di dalam perkongsian tersebut, Edrie memohon warganet menitipkan doa moga dipermudahkan buat anaknya.

Darren @darrenhaikaledrie akan menjalankan operation untuk membuang ketumbuhan dalam usus dia.

Mohon doa kawan2 untuk anak syurga saya ni, moga operation berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya… Aamin YRA.

Edrie sebelum ini pernah memuat naik perkongsian mengenai keadaan anaknya itu yang dimasukkan ke hospital dan disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian ususnya namun tidak bahaya.

Perkongsian Edrie mendapat tumpuan warganet, rata-rata memberikan kata semangat dna mendoakan semoga dipermudahkan buat Darren.

rottwmagazine Semoga berjalan lancar.dan sentiasa dilindungi
ayah_cdak_4 Semoga dipermudahkan and selamat smuanya aamiin yra ya Allah
yusnitaly Semoga operation nya berjalan dengan baik,💪 💪 darren.
dharma.i Smoga di permudah kan Allah swt, sgala sgala nya dan lancar operation putra Nye sebaik mungkin. Amin
emkazey Semoga Allah swt lancarkan dan permudahkan operation anak tuan dan didoakan akan segera sembuh..amiinn. in shaa Allah.
mama_mazen72 Semoga allah mempermudahkan segalanya…dan kembali sihat seperti sediakala…aamiin…Be strong darren…💪

Edrie Hashim mendirikan rumah tangga bersama vokalis kumpulan Candy iaitu Patricia Robert. hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Darren Haikal dan Dylan Haidar.

sumber :  edriehashim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club