Tular sebelum ini video jari Neelofa dipenuhi inai, yang menguatkan lagi tekaan selebriti ini bakal mengakhiri zaman bujangnya.
Terbaru pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi ucapan seakan mengiyakan perkhabaran mengenai perkahwinan bekas pengacara MeleTOP itu.
Beliau memuat naik ucapan tersebut menerusi facebooknya usai selesai program bersama Neelofa dan Nabil Ahmad Ramadan nanti.
Ads
NtoN (Nabil to Neelofa) . Alhamdulillah selesai hari ni shooting dengan 2 orang insan hebat yg Allah pilih mereka atas kehebatan mereka, Nabil & Neelofa.
. Untuk Nabil Ahmad my brother, saya doakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah, dilindungi daripada fitnah, selamat daripada bala bencana, dijauhkan daripada tangan-tangan yg tidak bertanggungjawab, sentiasa dalam circle yang diredhai Allah.
Ads
Ads
Credit kepada kumpulan tabligh, Sri petaling, maulana2 yg banyak bagi kesan kepada sahabat saya ini. Brother, I love u.
. Untuk Neelofa , saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yg baik, semoga Neelofa menjadi isteri solehah, dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yg baik yg Allah bagi ini.
. Jangan lupa tonton rancangan NtoN, Nabil to Neelofa, Ramadhan ini di Astro Ria
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menambah koleksi resipi biskut untuk persiapan di hari raya ini,ada baiknya sediakan resipi yang menjadi kegemaran keluarga. Antaranya resipi Cornflake Crunchy bersama choclate chips yang enak ini. Ranggup dan bercoklat, pasti rasanya tidak mengecewakan.
Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan :
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara-cara:
• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.
Selamat mencuba
Dek kerana minat dengan bunga-bunga comel yang penuh warna warni seperti bunga Ros Jepun ini pastinya ibu-ibu suka jika dapat ditanam bagi menghiasi laman rumah. Jadi apa kata kita fahami dahulu tip dan cara untuk pastikan keratan batang pokok Ros Jepun yang disemai tidak rosak dan seterusnya boleh hidup dengan subur dan sekali gus mengeluarkan bunga yang sarat berkembang.
Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian daripada Encik Mohd Shaifful ini semoga bermanfaat untuk kita semua.
KENAPA SAYA TANAM ROS JEPUN SELALU KERATAN BURUK?
Untuk Ros Jepun yang di tanam dan letak tempat redup. Siram sekali sahaja. Letak tempat redup 3 atau 4 hari. Jangan siram. Jangan risau. Tanah tidak akan kering. Kerana jauh dari cahaya matahari. Dalam 4 hari pokok akan mula segar. Bermakna akar telah tumbuh dan kuat untuk di alih kan tengah panas.
Kalau anda siram hari-hari tanah sentiasa basah dan akar pokok Ros Jepun boleh buruk. Kadar kematian pokok lebih tinggi. Alih ke tengah panas selepas 4 hari. Siram setiap pagi kecuali hari hujan.
Untuk Ros Jepun yang di tanam tempat panas terus. Perhati kan tanah. Jika kering baru siram. Kalau tanah tidak kering sangat, jangan siram. Selepas 4 hari pokok dah tumbuh akar dan sehat. Boleh lah siram setiap pagi kecuali hari hujan.
Elak kan siram pokok waktu malam kerana tanah akan basah sampai ke pagi. Kadar untuk pokok di jangkiti kulat tinggi. Elakkan guna tanah hitam bersabut tanpa di campur tanah-tanah jenis lain.
Jangan lupa letak baja pada pokok anda SEMINGGU SEKALI (MAKANAN POKOK). Pokok sehat. Anda suka hati. Anda boleh menggunakan baja super untuk kesan cepat atau baja-baja lain.
Ramai yang tanya. Bila masa sesuai nak letak baja?
Bila-bila masa anda suka. Sama ada masa penyediaan tanah atau selepas tanam pokok.
Baja organik
Palet najis ayam proses. Baja kopi. Humus. Elok di gaul semasa sediakan tanah. Kalau anda beli tanah organik 6 in 1. 8 in . Tidak perlu gaul baja lagi.
Baja kimia
Seeloknya letak pada Rose Jepun yang dah ada akar untuk mengelak pembaziran. Baja di tabur awal boleh terjadi pembaziran di mana terbebas ke udara atau hanyut jika hujan.
Baja kimia berbiji jangan di larut dalam air. Kerana buat khas untuk larut secara perlahan-lahan semasa proses siraman. Baja akan meresap ke dalam tanah untuk membekalkan nutrisi yang berterusan pada pokok. Kalau nak larut kan juga pun boleh.
Sembur racun brogard seminggu sekali untuk pokok terhindar dari penyakit virus dan kulat. Juga penyakit daun kerinting dan pokok hangus daun kehitaman.
Semoga kawan-kawan dapat tanam Rose Jepun yang cantik-cantik. Selamat maju jaya. Yang kurang datang dari saya. Yang baik semua dari Allah.
Mak ayah mana yang tidak mahu menambah zuriat. Seronok rasanya bila rumah meriah dengan anak-anak ditambah bila memikirkan anak-anak menjadi tiket pahala apabila besar nanti.
Soalkan adakah mak ayah sudah bersedia untuk menambah anak? Sebenarnya ada beberapa perkara perlu difikirkan sebelum membuat keputusan menambah jumlah anak.
Banyak perkara perlu dinilai sebelum sebarang keputusan diambil seperti usia anda dan anak sulung (jika merancang untuk anak kedua) dan keadaan kewangan.
1. Pendapat pasangan sebelum mengandung lagi
Anda dan pasangan perlu mempunyai pandangan yang sama mengenai isu menambah zuriat ini. Mungkin anda mahukan 2 orang anak, tetapi pasangan sebaliknya.
Sekiranya pasangan masih tidak bersedia, apa kata beri mereka sedikit masa.
2. Soal bajet dan kewangan
Menjadi kewajipan untuk setiap ibu bapa memberikan kehidupan yang stabil dan selamat kepada anak-anak.
Jika keadaan kewangan semasa tidak mengizinkan untuk menambah bilangan ahli keluarga, tahan keinginan anda buat sementara. Kos untuk membesarkan anak semakin meningkat saban tahun.
Anda perlu menilai kos dan sekiranya mampu untuk menyediakan kehidupan yang selesa dengan pertambahan anak lain, teruskanlah perancangan tersebut.
3. Anak sulung bersedia?
Sekiranya si sulung masih terlalu kecil serta memerlukan perhatian dan bantuan sepanjang masa, keadaan tersebut pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran untuk anda menguruskan anak yang lain.
Umumnya, jurang ideal antara dua orang anak adalah 3 tahun, tetapi dalam beberapa kes, walaupun jaraknya 7 tahun, ia masih tidak mencukupi.
Anak mungkin berasa teruja untuk mengetahui mereka bakal mempunyai adik atau rasa dikhianati. Jadi amat penting untuk memastikan anak sulung anda bersedia dengan kehadiran adiknya.
4. Kuantiti bilik dan rumah besar?
Menambah bilangan ahli keluarga bermakna anda perlu menyediakan ruang untuk mereka juga. Perhatikan jika keadaan rumah memerlukan sebarang perubahan atau perlu berpindah.
Sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi untuk menyediakan ruang buat anak baharu, teruskan perancangan anak. Jangan dek kerana anak baharu, anak-anak yang semakin membesar hilang hak dan keperluan dalam rumah. Pastikan cukup bilik untuk anak-anak membesar dengan baik.
5. Bersedia rutin semula
Sekian lama ‘berehat’ paling penting pastikan anda bersedia dengan rutin menjaga bayi semula seperti berjaga malam, menyusukan anak dan menguruskan bayi sekali lagi. Jika anda bersedia dengan cabaran ini, teruskan sahaja niat anda dan suami!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.