“Moga Diganti Rezeki Yang Lebih Indah.” Hamil Luar Rahim, Shima Anuar Selamat Jalani Pembedahan & Masih Di ICU!

Share

Impian pelakon Shima Anuar untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan hamil  luar rahim.

Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Pelakon berusia 31 tahun itu masih berada dalam unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan di sebuah hospital, semalam.

“Ia sangat menyakitkan. Masih dalam ICU. Saya kehilangan darah ketika pembedahan semalam dan saya kehilangan bayi dalam kandungan kerana kehamilan di luar rahim (ektopik).

“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik saja Insya-Allah,” tulisnya dengan memuat naik sekeping foto sedang dirawat di ICU.

Sebelum ini,  Shima memaklumkan  dirinya sedang berbadan dua dan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada melakukan sebarang aktiviti seni.

Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet berkongsi ucapan takziah dan menitipkan doa semoga Shima kembali sembuh dan sabar dengan dugaan tersebut.

aarondwiaziz ALLAHUAKHBAR Innalillahwainailaihirojiun I’m so sorry to hear about this dik. I don’t know the right words to help you overcome your grief but your child awaits you in Jannah and Semoga ALLAH merahmati dan berkati Shima and your family a spot in Jannah atas dugaan yg kamu hadapi dengan penuh redha. ALLAH knows best. Pls take care n stay safe.
zulinaziz Get well soon shima. Kami syg ko!!💪🏽💪🏽💪🏽💪🏽❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
kakifoto_ Semoga Shima diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah
ameliahassanfd Ya Allah.. semoga cepat sembuh my dear Aamiin 🤲
wark36.9 Shim kuat!!!! Allah syg u…Semoga dipermudahkan segala urusan & cpt sembuh ok…
juliafarhanamarin Salam takziah dearest. Get well soon tough cookie. Sending you love ❤️
kakaazraff Allahuakbar! Salam takziah buat you dan Keluarga. Im so sorry for your loss. Semoga diberi kekuatan dalam mengharungi hari-hari akan dtg. Stay strong Mummy! ❤️

Sumber: shimaanuar