Ibu mana yang tak gembira apabila anak menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke pusat tahfiz.
Itulah yang dirasai pelakon Anita Baharom apabila anak lelakinya yang juga pelakon cilik, Mohamad Dhia Iskandar berbuat demikian.
Menurut Anita lagi, jika arwah suaminya masih Ada,pasti dia juga akan gembira.
“Yang.. @ismadiismail Dadar @dhiaiskandar_ofc saya dah masukkan ke Tahfiz atas kemahuan dan persetujuan Dadar juga. Alhamdulillah MasyaAllah.
“Allah bukakan hati dia. Alhamdulillah. Semoga Dadar diterangkan hati dalam menghafal kalam Allah terus tersemat di jiwa sanubari,” kongsinya di kapsyen.
Dia turut berharap pembelajaran anaknya akan sentiasa dipermudahkan sepanjang berada di pusat tahfiz kelak.
“Baik adabnya, baik kelakuan, anak soleh mummy daddy penenang, pengejuk dan dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat kelak.. ameen ya mujib.
“Semoga awak tenang dan happy di sana yangg. Rumah sunyi tinggal bertiga huhuhu,” kongsinya lagi.
Suami kepada Anita yang juga merupakan pengarah Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Dadar akan sentiasa menjadi anak yang soleh.
Berhenti merokok adalah keputusan terbaik yang anda buat untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang.
Nak tahu apa perubahan yang terjadi sebaik saja anda memadamkan puntung rokok terakhir anda?
KESAN PEMULIHAN TUBUH
?Dalam masa 30 minit: Paras gas karbon monoksida dalam darah akan turun. Tahu tak gas ini ialah gas yang digunakan untuk membunuh diri dalam kereta? Inilah pembunuh pertama yang akan lenyap terlebih dahulu.
?Dalam masa 6 jam: Nadi dan tekanan darah anda akan menjadi stabil.
?Dalam masa 24 jam: Tubuh akan bersih dari nikotin dan oksigen akan sampai ke jantung dengan lebih mudah.
?Dalam masa seminggu: Deria bau dan deria rasa akan kembali normal dan tajam. Anda akan perasan betapa harumnya tubuh tanpa asap rokok. Makanan terasa lebih lazat.
?Dalam masa 3 bulan: Pernafasan anda akan lebih baik dan kahak berkurangan. Anda akan rasa lebih kuat dan bertenaga bila bersenam.
?Dalam masa 6 bulan: Paras stress anda akan berkurang. Kahak akan hilang sepenuhnya.
?Dalam masa 2-5 tahun: Risiko serangan jantung akan berkurang
?Dalam masa 10 tahun: Risiko kanser paru-paru akan berkurang
?Dalam masa 15 tahun: Risiko kematian akibat rokok menjadi sama seperti orang yang tak pernah merokok.
Selain dari tubuh bertambah stamina dan tenaga, tahap kesuburan anda juga akan pulih.
Adalah baik jika anda tahu kesan awal ketagihan yang bakal anda hadapi apabila mula-mula berhenti merokok supaya lebih bersedia.
KESAN KETAGIHAN WAKTU MULA BERHENTI ROKOK
1. Ketagihan: Ketagihan paling teruk akan berlaku bermula hari ketiga. Ia hanya terjadi beberapa minit saja pada waktu tertentu anda merokok dan akan berkurangan dengan masa.
2. Gelisah dan kurang tumpuan. Sukar tidur. Elakkan kafein ketika ini kerana kafein membuatkan anda semakin resah dan sukar tidur.
3. Rasa nak marah dan hilang mood.
4. Pertambahan selera makan. Boleh naik berat badan. Usah risau kerana berat boleh diuruskan kemudian sebaik ketagihan berhenti.
Ketahuilah bahawa kesan-kesan ketagihan ini akan hilang sepenuhnya dalam masa 2-4 minggu. Jadi Ramadhan ini adalah waktu terbaik untuk anda buat azam baru.
Ramai isteri amat mengharapkan suami mereka berhenti merokok. Mereka tak harapkan anda menghadiahkan intan permata atau rumah kereta. Tetapi cuma inginkan suami mereka berhenti merokok.
Bayangkan betapa gembiranya pasangan anda apabila anda berjaya berhenti merokok. Cenggini ???? bangganya.
Selama ini mereka menahan bau memeluk anda bagaikan memeluk tong bakar sampah, mengucup anda bagaikan menjilat ashtray.
Berilah peluang mereka untuk mendekati anda berbau harum wangi, rupa tampan tanpa gigi hitam belerang dan gagah bertenaga sepanjang masa.
Tidak dinafikan semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Memang benar tugas mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.
Sebagaimana perkongsian cikgu ini, menjelaskan bagaimana petingnya mendidik anak sikap bertanggungjawab dalam hidup termasuk sikap berterus terang untuk mengelak anasir negatif dalam hidup anak.
Ikuti perkongsian ini.
Wow terkejut saya bila dapat screenshot ini. Seorang anak memohon izin untuk menonton filem. Filem adaptasi kartun jer. Dora and Lost City of Gold. Tapi anak Ini masih menghormati ibunya.
Benda simple, hanya Nak tonton sahaja tetapi dia sangat percaya pada ibunya. Cuba lihat anak-anak kita, adakah hendak tonton satu-satu filem, drama atau kartun perlu pengesahan dari kita? Saya rasa tak kot.
Saya yakin dan percaya Puan Raudzah Arippin telah didik anaknya Widaad dari awal lagi. Cikgu Ini Kongsikan 5 Cara Didik Anak Sikap Suka Berbincang Sebelum buat Keputusan.
DIDIK ANAK SIKAP TANGGUNGJAWAB
Saya Kongsikan 5 perkara cara awal ajar anak untuk bertanggungjawab seperti Widaad.
1. Ajar minta izin
Anak-anak perlu ditekankan mengenai mohon keizinan. Tak kisah nak minta barang atau nak buat sesuatu. Janji minta izin. Biasakan anak-anak mohon keizinan jika barang itu bukan hak kepunyaan kita.
Sebelum nak ajar anak-anak mohon izin, kita sebagai ibu ayah juga perlu mohon izin jika nak ambil barang anak, masuk bilik anak atau pinjam barang anak.
Bila kita mohon izin pada anak, anak-anak sendiri akan ikut contoh kita sebagai ibu ayah dalam berkomunikasi.
2. Berikan kepercayaan
Kita biasa melarang anak buat sesuatu. Kita takut dan risau jika beri kesan yang buruk kepada anak. Itu sangkaan kita.
Sebenarnya anak-anak kita hendak mencuba sesuatu benda yang baru. Walaupun benda baru itu kita dah lalui. Bagi saya biar mereka lalui dengan seliaan dan kepercayaan kita.
Dari situ jika ada baik buruk, kita terangkan dan rasional kan mengapa boleh, mengapa tak boleh. Anak-anak ini bila dia hadapi kesan buruk ada seperti sakit barulah mereka faham.
3. Raikan minat anak
Anak-anak kita ada minat masing-masing. Ibu ayah berperanan cari dan cungkil minat anak. Selami minat anak dan tunjukkan bersama dalam minat anak.
Sampai satu masa, si anak akan ada persoalan terhadap minat dia. Maka mereka akan tahu ibu ayahnya tempat rujuk. Sebab itu jangan sesekali nafikan minat anak atau paksa anak supaya meminati minat kita. Padah akan menjelma.
4. Jadikan rakan sembang
Tadi saya ada tuliskan, ibu ayah perlu menyelami minat anak. Kesannya anak akan tanya soalan kepada kita. Pelbagai persoalan akan dihujani. Lebih banyak komunikasi maka kita akan lebih rapat dengan anak.
Jangan harapkan anak sahaja bertanya. Sesekali kita perlu turunkan IQ kita. Tanya anak tu, kenapa begini hadi begini. Ini adalah untuk latih anak-anak agar berani menyatakan sesuatu dan yakin diri.
Percayalah bila kita dan anak selalu menyembang. Pertalian kita dan anak lebih dari seorang sahabat.
5. Percepatkan permohonan anak.
Seperti Puan Raudzah ini, beliau menunjukkan minat dan berusaha akan menonton dahulu filem Dora sebelum memberi keizinan anaknya menonton.
Maka bila Puan Raudzah sahut permintaan anaknya dan berikan respon secepat mungkin secara tak langsung anaknya sangat percayainya. Saya yakin selepas ini apa sahaja anaknya ingin tonton, pasti keizinan itu di minta dan di respon oleh ibunya.
Secara tak langsung anak akan percaya si ibu. Bayangkan jika Puan ini lambat-lambat respon atau tak respon langsung. Rasa-rasa dengan siapa si anak akan rujuk? Pasti kawan-kawan atau orang yang kita tak kenali latar belakangnya.
Tahniah kepada Puan Raudzah Arippin kerana berjaya groom anak sehingga jadikan puan sebagai rakan karib paling dipercayai.
Ibu ayah,
Sahutlah hasrat anak-anak. Setiap apa hasrat anak-anak kita sahut dengan berhemah dan berhikmah. Jangan terus larang atau menafikan. Cari baik buruk dan rasionalkan. Anak-anak kita sedang belajar, dan kitalah gurunya.
Semoga bermanfaat, Hujung minggu ini nak bawa anak tengok wayang cerita apa?
Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Apa tu?
DIRI KITA SENDIRI!
Isteri kita macam lukisan yang saya buat ni la. Nampak comot kalau tak berseni, bernilai ribuan ringgit pada yang pandai menghargai.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...