Minggu hari kanak kanak di sekolah bertema kan cowboy.. bermodal kan rm4.20 untuk 2 keping apron kedai eco maka terjadilah jaket cowboy ini. Jangan mintak pola baju ni tau sebab kita takde basic menjahit pun.. pakai tekap guna t shirt je. Jahit pun guna tangan je.. Ikut kreativiti yang terlintas dalam kepala-
Qaseh NafishaIni satu lagi contoh betapa kita sebagai ibu akan lakukan apa sahaja untuk anak-anak, walaupun hakikatnya skil yang ada pada diri tidak sehebat profesional namun dengan kasih sayang dan semangat yang ada dalam diri maka ibu ini membuktikan itu bukan penghalang untuk dirinya mengilhamkan baju koboi bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang dianjurkan pihak sekolah anaknya denga bertemakan cowbow.
Maka siapa sangka baju cowboy yang diilhamkan dengan bajet yang cukup rendah namun nampak begitu sempurna. Hanya RM 4.20 dan selebihnya adalah kreativiti ibu itu sendiri. Jom kita lihat apa yang dilakukannnya untuk hasilkan baju yang wow ini!
Bahan-bahan: Topi, Apron, pensil, gunting, jarum dan benang
Step 1 : Buat lakaran dengan menggunakan baju t shirt, gunting dan di jahit tangan.
Step 2 : Buatkan poket di kiri kanan baju dan jahit kemas. Kemudian gunting bahagian bawah baju untuk membentuk rambu ramba seperti di dalam gambar.
Step 3 : Ambil 6 pin baju dan sematkan di bahagian depan. Siap!
Kemudian jahitkan pula sarung pistol dan hias topi dengan menggunakan apron yang sama.
sumber : Qaseh Nafisha via Kelab Kaki D.I.Y