Buat ibu yang baru mula nak mencuba menyemai tanaman, ini ada cara yang cukup mudah, praktikal dan menjimatkan untuk dicuba. Umumnya apa yang kita tahu, kalau hendak menyemai benih mesti perlu ada pasu untuk ditempatkan di kawasan teduh sebelum dialihkan ke tanah atau ke dalam pasu bersaiz besar.
Jadi apa kata, sebagai langkah pertama untuk bercucuk tanam di laman rumah, ada baiknya mencuba cara yang dikongsikan oleh saudara Matt Fauzi ini.
“Teknik mudah dan jimat nak mula tanam sayur2. Beli tanah dalam beg besar (rm10) dah boleh tanam sayur sebatas tak perlu beli pasu atau perlukan kawasan luas. potong bahagian atas bentuk kotak, lipat bahagian atas sebagai penutup. setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga utk org muda2 berkebun”
–Matt FauziCARA-CARANYA:
1.Bawah plastic cucuk dengan pensil dalam 30 lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inch dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.
Ekstra info :
Dulu sye buat tebung lubang bulat2 dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan, boleh tanam pokok rapat2.
Plastic akan mereput dalam 1 tahun, lepas tu guna balik tanah tu, dia akan lebih byk organic matters.
sumber : Matt Fauzi Edison via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri