
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
sumber : Farizah Rahman
“1 In A Billion, Untung Akak.” Ozlynn Dedah Johan Tiada Telefon Sendiri & Tak Suka Keluar Lepak, Netizen Puji Suami Yang Baik!

Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Mungkin ramai yang kenal dia jenis ‘cakap lepas’ tetapi di sebalik itu, dia rupa-rupnya seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab dan prihatin.
Hasil perkongsian hidup bersama Ozlynn Wati, pasangan ini semakin bahagia dengan lima orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan tiga lelaki.
Setiap kali memuat naik perkongsian di Instagram, pasti mendapat perhatian waeganet. Tidak seperti pasangan lain yang memiliki instagram sendiri, pasangan ini berkongsi media sosial yang sama dengan menggunakan nama Jozlynnhanania.
Sehingga kini, instagram mereka telah diikuti 4.8 juta folowers dimana rata-ratanya menjadikan mereka sebagai inspirasi dalam membesarkan anak-anak
Baru-baru ini Ozlynnn mendedahkan bahawa suaminya tidak mempunyai telefon dan hanya mengunakan telefonnya.
Reaction Bila ko tgh rancak borak ngan kengkawan tetibe laki ko bgn n jawap fon jaoh jaohhhhhhh.. sape mcm tu?? Ngaku cpt…aku sb laki xde fon.. dia pakai fon aku jek.. so kengkwn game yg ajak bertarung tgh mlm tu jgn lupa.. text korg masok aku yg pantau dulu.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Perkongsian Ozlynn nyata mengejutkan ramai pengikutnya. Tak kurang kagum dan bertanyakan bagaimana jika Johan mahu bertemu atau ingin berhubungan dengan kawan-kawannya.
Tak sangka ada geng
miss_am85 kalau die kje ke kuar ngn kawwn2 nk contact die cmne sis??
ina_asrie1112 mcm laki aq xda fonble beli tpi dia ckp xda keprluan jgkso laki aq mmng tumpang fon aq jenak suh beli fon untk kol je pn..dia xnk
mournie_iera @jozlynnhanania eh sama xsangka ada gak geng. suami sy pon xde phone y pelik dia boleh hidup xde phone. kalau ada pon dia mmg xguna . sudahnya dia share dgn sy hahahah. heran manusia y boleh hidup xguna phone mcm suami sy . bos ke kawan kawan ke semua akan wasap kt no sy. kadang isau dia p keja selamat ke x.
salisalia81 Omg susah nak jumpa nie..x leh bayangkan
eismataisyah xpe kak. mak aku pn xde phone dlu. baru dlm 7 8 tahun ni kot dh tua br pakai. tlepon abah la tlepon die.. ssh? xssh pn sbb ms dh ad tlpon abh xkua melepak pn. klo keluo erek mak aku sekali
afzanrashid7300 Suko tgk cara @jozlynnhanania didik anak2 dan kak ozlyn jaga family serius suko tgk
Mem tapis dulu
rabil_rahman Aman hidup Johan tak ada gangguan. Mem tapis dulu
shieraijoy Ya allah naik sunggih johan takde fon?hebat kamu jozlyn
aidadriannairadyanna jozlynnhanania 1 in a billion kak.. untung akk
Suami kepala keluarga
hxnnxrraifairah @jozlynnhanania uishh kak. Sama dgn laki sy kak. Susah sgt skrg dia nk lepak2 mnum dgn kwn2. Kdg tu halau jgk dia lepak, dia jwb dia mls baik duduk rumah lyn ank bini. Sy pulak yg risau tkt kwn2 dia cop sy kaki control suami. Pdhl kite takkk..
narra.nro X perlu phone bila ada bilik gaming yg completed ..sape je perlukan hp hihihi
mnfaezbnoordin Bak kata @jepsepahtu , suami kepala keluarga , tapi isteri tu tengkuk keluarga , tengkuk kalau pusing kepala kene ikut pusing . Hahahahahha @jozlynnhanania
Sumber: IG jozlynnhanania
Nak Didik Anak Jadi Seorang Yang Sempurna Dengan Cemerlang. Ini 9 Petuanya.

Isi Kandungan
ToggleMendidik anak bukan hanya dengan memberikan mereka pendidikan yang sempurna. Ia juga merangkumi pendidikan akhlak sepaya anak boleh membesar menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Ingat, anak adalah amanah dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak mereka.
Ikuti 9 petua yang boleh diamalkan ibu bapa untuk didik anak yang cemerlang rohaninya.
1) Jangan marah anak di hadapan orang ramai
Anak yang sering kena marah ada potensi untuk memberontak. Begitu juga dengan memarahi anak dikhalayak ramai. Tindakan anda boleh buat anak hilang keyakinan diri. Sebaliknya, beri nasihat atau tegur anak ketika anda berdua bersama mereka.
2) Jangan banding-bandingkan anak
Ibu bapa harus ingat bahawa setiap anak ada potensinya sendiri. Jangan bandingkan anak dengan orang lain atau adik beradik hanya kerana mereka berbeza.
Sikap suka membanding akan buat anak berhadapan konflik diri dan kurang yakin.
3) Jangan merendahkan kemampuan anak
Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu atau bapa adalah doa. Cuba cari kebaikan anak dan tegurlah secara berhemah sekiranya anak melakukan kesalahan.
Jika anak tidak cemerlang dalam akedemik dan lebih menonjol dalam bidang lain seperti sukan atau kraf, asah bakat anak supaya mereka dapat pergi lebih jauh dengan minat yang ada.Ingat, kecemerlangan akedemik bukan jaminan untuk jadi ‘manusia berguna’.
4) Belajar jadi pendengar setia
Luahan dari anak adalah cara mereka berkongsi dengan anda emosi dan perasaan mereka. Jangan sekat! Sebaliknya, belajar mendengar dan hargai luahan rasa anak.
Ibu bapa harus belajar jadi ‘rock’ atau ‘support base’ untuk anak. Jangan biar mereka mencari ‘bantuan’ luar atau percaya orang lain lebih dari anda sendiri.
5) Jangan terlalu manjakan anak
Jangan manjakan anak secara keterlaluan. Ia boleh merosakkan masa depan mereka dan keadaan itu akan menjadikan anak ‘keras kepala’ dan sombong. Apabila terlalu dimanjakan, mereka akan ambil mudah semua perkara dan gagal berdikari.
6) Rumah bukan kem askar!
Peraturan, peraturan, peraturan! Anak yang dikongkong dengan terlalu banyak undang-undang dan peraturan mempunyai kecenderungan memberontak bila menginjak usia remaja.
Sebaliknya, ibu bapa perlu ‘give and take’ dengan anak-anak. Tetapkan peraturan asas dan bertegas bila perlu.
7) Tunjukkan tauladan yang baik
Jagan meleteri anak itu dan ini sekiranya anda tidak boleh mengotakan apa yang dikata. Jangan biar anak fikir ibu bapa hanya pandai bercakap. Setiap percakapan perlu disusuli tindakan. Jangan ajar anak berbohong!
8) Jangan bertengkar di hadapan anak
Anak yang sering terdedah dengan pertengkaran ibu bapa akan menjadi murung dan kurang berkeyakinan diri.
Anak yang sentiasa berdepan situasi itu lebih suka menyendiri daripada bermesra dengan keluarga.
Diy Permainan Anak-Anak, Guna Bahan Rumah Sahaja, Mak-Mak Kena Buat Ni!

Anak-anak yang membesar perlukan bahan sokongan untuk buat minda mereka berkembang. Mainan adalah salah satu alat untuk mengasah daya kreatif, menguji imaginasi dan minda anak-anak.
Pun begitu harga permainan yang semakin mahal buat kita berfikir beberapa kali untuk membelikan mainan buat mereka. Rasa rugi melaburkan sejumlah wang yang banyak, apa kata anda cuba kreatifkan diri dan buat permainan sendiri kepada anak-anak.
Perkongsian oleh Siti Robeah Siti Ruby di facebooknya ini patut kita kongsi. Paling penting, jom lapangkan masa dan buat sendiri untuk anak-anak sementara cuti masih lagi berbaki beberapa hari ini.
Jom buat!
” Nak belikan permainan buat anak-anak kena sentiasa ada bajet. Nak bercuti kena ada bajet. Duduk rumah tak tahu nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk anak-anak? Jom buat aktiviti DIY sendiri.
Dengan kos bawah rm10! Boleh cari di kedai RM 2, kedai alat tulis atau kedai-kedai serbaneka yang lain. Walaupun tidak semahal barangan berjenama. Apa yang penting ialah dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.
1. Fur-Sticks
Boleh cari di kedai alat tulis. Cucuk-cucuk pada penapis sayur je.
2. Ping-pong Belon
Kalau ramai anak lelaki ni confirm meriah. Tapi jangan sampai bergaduh.
3. Lumba Guli Guna ‘Noodle’
Beli ‘noodle yang digunakan untuk berenang, kemudian belah dua. Kemudian ouma guni!! Yeay
4. Papan Gelongsor
Kalau ada kotak peti sejuk tu, boleh buat ‘giant’ gelongsor. Bagi je anak-anak main sampai lembik lunyai.
5. Laser Benang
Ikat benang ala-ala agen ali. Mesti excited.
6. Litar In The House
Kereta atau motor mainan yang banyak tu boleh ajak anak-anak berlumba di rumah. Feeling-feeling macam litar sepang gitu.
7. Ring Tower/Colour Block
Susun besar di bawah, kecil di atas
8. Fur-balls
Beli fur-balls dan biarkan anak-anak berimaginasi mengikit kretiviti. Kenali warna-warna.
9. Getah Ikat Rambut /Hair Bandy
Susun getah ikut kretiviti sendiri.
10. Batang Aiskrim
Boleh warnakan dulu batang aiskrim atau boleh beli yang dah siap. Ajar anak-anak asingkan warna dan mengukuhkan ingatan tentang warna.
11. Jenga DIY
Asah skill anak-anak membina bangunan. Yang bagusnya, jenga diy sendiri tak mudah patah. Boleh dicampak-dicampak dan diguna banyak kali.
12. Bubble-wrap
Jom main cop-cop kaki!
13. Toilet Paper Roll
Hanya tampal di dinding. Masukkan fur balls. Gerenti anak-anak akan ulang-alik bermain.
Sumber: Siti Robeah Siti Ruby