Sudah hampir 20 tahun memiliki rumah idaman, tentu ada yang bercadang untuk melakukan ubah suai rumah. Antara yang turut menjadi tumpuan adalah tangga dalam rumah.
Sebagaimana perkongsian Puan Aina Syafiqka telah melakukan makeover tangga dirumahnya.
Menariknya hanya bermodalkan RM200, berjaya menjadikan tangga kelihatan menarik.
Bacaan lanjut: Duit Asyik Tak Cukup Saja Tengah Bulan, Rupanya Salah Teknik Menyimpan, Ambil Peduli 6 Tip Ni.
Jom ikuti perkongsian ini.
Makeover Tangga Dirumah Bermodalkan RM200 Sahaja
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Cara Untuk Makeover Tangga
1. Bersihkan dahulu tangga untuk pastikan ia kering sebelum melakukan undercoat.
2. Selepas itu, undercoat dahulu kesemua 2 layer
3. Habis semua 2 layer, barulah pergi ke proses mengecat colour. Start dengan warna putih dan hitam.
4. Disebabkan cat itu kena mix dengan hardener untuk tidak membazir kuantiti cat tersebut, saya bahagi kan jumlah cat untuk mix dengan hardener.
5. Saya tak bancuh terus 1 tin sebab kalau dah bancuh dan mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu. So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat saya bahagi2kan ratio.
Hasil Selepas Cat
Inilah dia hasil selepas kesemua cat selesai digunakan. Lepas ni nak turun atau naik tangga pun nampak cantik dah. Tak perlu nampak macam tangga biasa lagi.
Sumber : Aina Syafiqka