
MK K-Clique timang cahaya mata perempuan, isteri selamat bersalin bayi perempuan. Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertamanya, seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan tengah hari semalam.
MK K-Clique Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Selamat Bersalin Bayi Perempuan
Dalam hantaran di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkongsi khabar gembira itu.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mengumumkan isterinya, Siti Hajaar sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Terbaru, MK memberitahu bahawa isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semalam.
MK berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya. Menurut MK, dia sangat bersyukur kerana bergelar bapa.
ALHAMDULILLAH YA ALLAH! HARI INI 3 OGOS 2024 ISTERI SAYA (HAJAR) SELAMAT MELAHIRKAN SEORANG PUTERI. INI ANUGERAH TERBESAR DARIPADA ALLAH.
Ruangan komen hantaran itu dihujani ribuan komen daripada rakan-rakan dan pengikutnya yang tidak melepaskan peluang bagi mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu.
Turut disertakan klip video memaparkan video majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.
Untuk info, MK dan isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023 selepas empat tahun berkenalan.
Sumber: Instagram MK K-CLIQUE
Baca artikel lain juga: Jangan Beri Tekanan Pada Anak Sulung, Emosi Kena Jaga!
Anak Sulung Eyra Hazali Bengkak Usus, Terpaksa Tahan Wad Sakit Perut Cirit -Birit
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Anak Disahkan Selective Mustism, Bapa Ini Kongsi Rawatan Terapi Pakar Untuk Anaknya

Isi Kandungan
ToggleAnak yang telah di diagnosis mempunyai masalah Selective Mutism oleh pakar, pastinya membuatkan ibu bapa rasa susah hati.
Jangan panik atau terlalu risau memikirkan masa depan anak anda kerana masih belum terlewat untuk mendapatkan rawatan untuk mereka.
Lagi cepat dikesan lagi cepat rawatan boleh diberikan oleh pakar yang bertauliah.
Baca sini: Kalau Anak Senyap Membisu Di Sekolah, Mungkin Dia Menghidap Selective Mutism
Perkongsian daripada Khairul Abdullah, bapa tunggal yang banyak menulis tip keibubapaan di Facebook tentang rawatan dijalani oleh anak bongsunya yang disahkan ada Selective Mutism boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.
Anak Ada Selective Mutism
Anak bongsu aku Khaleed sedang menjalani terapi dengan psikologist di HUKM.
Dia didiagnos sebagai Selective Mutism (SM).
Selective Mutism adalah satu kondisi di mana anak yang petah bercakap memilih untuk diam membisu.
Di rumah kemain annoying lagi dengar dia bercakap, di sekolah senyap sunyi. Nak dengar sepatah pun payah yakmat. Jadi ini menyukarkan pembelajaran dia.
Punca SM ni adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah berpunca dari anxiety dan juga trauma. Jumpa pakar nanti barulah diorang boleh korek dan tahu punca.
Ini Rawatan Dari Pakar Bertauliah
So, takpe, benda boleh rawat maka kita rawat. Kalau dibiarkan ia akan terus melarat sehingga dewasa. Rawatan dilakukan secara terapi oleh pakar melalui:
1. Pendedahan berperingkat (Graded Exposure)
Anak anak didedahkan kepada stranger atau orang luar secara berperingkat. Pertama of coz therapist dia akan make connection dulu. Diorang akan duduk berdua dan therapsit akan cuba dapatkan kepercayaan supaya anak akan bercakap dengan dia. Proses ni kadangkala ambil masa beberapa sessi, kalau nasib baik satu sessi dah settle.
2. Proses rangsangan pudar (Stimulus Fading)
Anak dibiarkan bercakap dengan bebas bersama emak atau ayah atau therapist dia. Anak kalau dah selesa maka dia akan bercakap macam biasa. Waktu ni orang asing akan diintroduce dan dibawa masuk. Waktu ni mak ayah akan keluar dan biarkan anak dengan stranger tadi. So proses ni buat berulang-ulang kali. Biar anak tahu its ok dan boleh buang anxiety dia.
3. Membentuk (Shaping)
Banyak teknik shaping ni. Antaranya bagi anak dengar suara dia. Rekod dan dengarkan. Atau boleh install Tom yang kucing boleh ajuk cakap tu kat phone. Biar dia bercakap berulang dan dengar suara dia.
Selain tu boleh buat aktiviti bergilir-gilir membaca, atau permainan membaca interaktif, aktiviti bercakap berstruktur dan lain-lain lagi yang boleh leada kepada perbualan 2 hala.
4. Peneguhan positif dan negatif
Sentiasa respons dengan positif atas setiap jenis atau cara komunikasi anak dengan orang luar. Asalkan dia bercakap tak kira sepatah pun maka reward dia dengan terima kasih, senyuman, good job dan sebagainya.
Kena bagitau anak yang komunikasi itu penting. Sentiasa berikan pengalaman positif bila kita introduce dia pada orang luar dan minta dia say hello, salam ke dan bila dia bersuara maka rewards dia dengan terima kasih, senyuman, pelukan dan sebagainya.
5. Penyahpekaan (Desensisation)
Penyahpekaan pula ialah teknik yang melibatkan mengurangkan sensitiviti anak itu dengan orang luar. Instead bercakap secara berdepan, boleh cuba guna telefon, voice note dan sebagainya. Slowly anak akan terbiasa dengan suara orang tersebut dan anxiety dia akan slowly hilang dan akhirnya dapat bercakap dengan invidu tersebut.
Itulah sedikit sebanyak teknik yang aku belajar dari doctor dan juga pembacaan aku.
Terapi anak ni kena dua pihak. Selain terapist membantu anak, kita sendiri kena tahu dan sambung terapi tu di rumah.
Biasanya anak-anak yang dah jalani terapi ambil
Masa antara 12-24 bulan untuk baik dari kondisi SM ini.
Kalau tak dirawat langsung maka ia akan berlarutan sampai anak ke universiti dan alam pekerjaan nanti.
Semoga dipermudahkan buat semua mak ayah yang ada anak SM ini. Aamiin.
Sumber: Khairul Abdullah
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
“14 Tahun Penantian” Ajak Shiro Bersyukur Kakak Bakal Timang Zuriat Pertama

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat sama ada cepat atau lambat sahaja.
Menanti zuriat daripada darah daging sendiri sememangnya ujian yang sangat berat bagi para wanita yang bergelar isteri.
Bersyukur atas kegembiraan kakak yang akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pelawak Ajak Shiro bersyukur dengan khabar tersebut.
“14 belas tahun penantian. Allahuakbar.. Allah maha besar,” tulisnya.
Dalam pada itu, melalui video yang dimuat naik di laman Instagram, Ajak turut berkongsi kenangan dan jasa kakaknya itu menjaga dan menemani isterinya bersalin.
“Dialah yang teman isteri saya waktu lahirkan Jad dulu sebab saya dalam tentera bertugas di Perak.
“Dia banyak bantu jaga anak-anak sedara sampailah Had dengan Nada… usia Jad sekarang pun 13 tahun dah,” luahnya.
Sementara itu, Ajak turut berkongsi kisah penantian zuriat yang dilalui oleh kakak tersayangnya.
“Kakak Saya ni kahwin sama tarikh dengan saya. Tapi selama perkahwinan tu Allah uji.
“Lambat rezeki zuriatnya..Tapi kalini Allah bagi hadiah buat insan yang sabar.
“Alhamdulillah dan insyaallah tak sampai 2 minggu lagi dia bakal lahirkan anak pertama,” katanya
Meninjau ke ruangan komen, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti kakak Ajak.
Sumber: Instagram Ajak Shiro
Datuk Ziela Jalil Abadikan Video Khatam Al-Quran Di Majlis Perkahwinan Anak Kerana Ingin Merasai Kehadiran Arwah Suami.

Membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi bukan satu yang mudah. Namun Datin Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, terpaksa melakukannya sendiri selepas kematian suaminya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub meninggal dunia pada tahu 2008.
Namun, ibu ini cukup tabah dan berkat usaha gigih dan tidak kenal erti putus asa, kini anak-anaknya Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah sudah berjaya dan puteri sulungnya itu sudah pun selamat bergelar isteri orang.
Sejuk perut Datuk Ziela Jalil mengandungkan puteri sulungnya, apabila kini sudah bergelar doktor. Lebih membanggakan, Dr Julia juga berjaya khatam al-Quran sebanyak 3 kali ketika berumur 12 tahun. Lebih istimewa lagi, puteri kesayangan Datuk Ziela Jalil ini menyempurnakan bacaan al-Quran di Masjidil Haram, Kota Mekah.
Kisah tersebut dikongsikan oleh zielajalil menerusi laman facebooknya beberapa hari lepas. Sebak dan terharu bila Datuk Ziela Jalil berkongsi kisah sewaktu mengadakan majlis khatam al-Quran secara besar-besaran.
Ketika itulah arwah suaminya menegur kenapa dibuat majlis besar-besaran seolah-olah dia (arwah) tidak berpeluang nak melihat anaknya kahwin. Rupa-rupanya kata-kata itu menjadi kenyataan.
Bagi Datuk Ziela, biarpun arwah suami tidak sempat melihat anaknya berada berkahwin, namun dia bersyukur kerana arwah meliaht anaknya itu berada di pelamin ketika majlis khatam al-Quran.
Kerana itu, Datuk Ziela mengabadikan video khatam al-Quran di dalam majlis perkahwinan anaknya. Untuk merasai akan hadirnya suami di dalam majlis tersebut. Allahu… sebaknya bila baca.
Video ketika @juliamjunid berumur 12 thn, ketika ini anak mama dah 3 kali habis baca Quran, dah ulang 3 kali baca baru lah mama bawa waktu Umrah Ya baca khatam Quran di dlm Masjidil Haram, dan kita kerumah keluarga Abg Z, Ya baca lagi dirumah Abg Zack di Mekah di depan mak Abg Zack, seorang Hafazan..
Sekembalinya kita ke Kuala Lumpur baru lah mama buat majlis dirumah… Abah kata “apa lah mama buat besar2, macam lah nanti abah tak dapat tenguk Ya kahwin” bila abah tenguk pelamin utk khatam tu??? #2004 mama kata sebab Ya dah 3 kali habis baca quran dan kita tak pernah buat apa2…
Nasib baik juga mama buat macam tu, sekurang kurangnya dapat abah tenguk Ya diatas pelamin?…. mama abadi kan dlm video khatam sempena majlis perkahwinan Ya agar kita dapat rasakan yg Abah turut ada bersama kita meraikan nya …
Semoga Allahyarham Abah berbahagia didlm Syurga Firdaus Allah, Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu…julia menitiskan air mata selesai khatam, terkenangkan Abahnya.
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on
Baaarokalloohu Laka Wa Baaroka ‘Alaika Wa Jama’a Bainakumaa Fiii Khoirin.” “Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan .”…..
Saya kongsi kan dgn my dear followers video yg ditayangkan sewaktu majlis reception anak saya, agar kalian juga dapat berkongsi bersama dgn saya♥️?
A post shared by zielajalil (@zielajalil) on