Cinta agong Nora! Hampir setahun lebih pemergian suami tercinta, penyanyi popular, Nora Ariffin, tetap mengingati momen indah bersama arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi. Setiap isteri pastinya terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Bukan tidak dapat menerima hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta. Namun perasan luluh dan ralat masih membekas dalam hati apabila rindu datang menerpa.
Menerusi kemas kini dalam laman Instagram pemilik nama Wan Noraafiza Ariffin itu, turut meluahkan perasaan sayu ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa ditemani arwah suaminya, Johan Nawawi. Sebak mendengar video yang dipaparkan setelah selesai mengerjakan umrah buat arwah suami.
____________________________________________________________
“Alhamdulillahhh
Selesai umrah terakhir khas utk suami.
Abang.
I baru selesai buat umrah untuk you kali ni. Miss you paa…
Tak pernah terfikir sebelum ni, 4 tahun lepas dtg sama2, hari ini nora datang buat umrah BERNIAT utk arwah suami Johan Nawawi.
Sangat sayu….Allah saja yg tahu.
sumber: Instagram itsnoraariffin