Misi Buat Bento Menu Cantik Anak Suka, Dapat Sambutan Daripada Mak-mak Untuk Turut Serta!

Share

Keseronokkan anak-anak menikmati hidangan berganda bila hidangan disediakan oleh ibu cantik berhias. Kesenian yang boleh dipelajari ini bukan sahaja istimewa malah bila dibuat bersama-sama dengan anak secara tidak langsung boleh dijadikan aktiviti bonding time menjadi lebih menarik.

Sehubungan dengan itu, Keluarga telah menganjurkan aktiviti E-Keluarga Gader, Misi Buat Bento Menu Cantik Anak Suka yang telah disertai oleh 61 keluarga dan mereka mendapat tunjuk ajar daripada Puan Hasnawati Yahaya untuk menghasilkan dekorasi bento yang comel dan mudah.

Sepanjang program berlangsung, Puan Hasnawati juga tidak lokek berkongsi tips dan info kepada peserta program bagi menghasilkan bento yang disukai oleh anak-anak. Bahkan menurut pengalamannya, kemahiran buat bento ini juga boleh mendatangkan pulangan jika dibuka untuk tempahan. Ada sahaja pelanggan di luar sana akan membuat pesanan terutamanya untuk dijadikan ole-ole dalam meraikan majlis sambutan hari jadi anak-anak dan sebagainya.

Palbagai Aktiviti
Tidak hanya peserta mempelajari teknik dan skil menghasilkan bento, bahkan di dalam program yang berlangsung turut diadakan sesi cabutan bertuah dan sesi soalan kuiz yang melayakkan peserta untuk memenangi hadiah istimewa daripada pihak Keluarga.

Pemenang di segmen Kuiz Cepat & Tepat adalah Puan Khadijah Ishak, Puan Sahhila Sulaiman, Puan Safirah, Puan Zai dan Puan Huzaimah Mokhtar. Manakala yang bertuah di dalam segmen lucky draw pula adalah jatuh kepada puan Khairul Safwati Muda, Puan Zarina Uzulli @Razali, PUan Nazlina Wahap, Puan Zainon Ahmad dan Encik Muhammad Khairul.

Program ini juga turut disiarkan secara live di facebook keluargamagazine.