Minyak Meletup-Letup Masa Masak Ikan Keli, Ini Cara Nak Hilangkan Lendir Dan Hanyir Sebelum Masak

Share

Tidak dinafikan ramai peminat ikan keli lebih-lebih lagi jika dianya digoreng rangup nam tidak dinafikan ramai yang tidak sanggup untuk menggorengnya. Malah untuk membuat gulai, ramai yang ‘angkat tangan’ kerana setiap kali menghidangkan lauk ini, ianya dicemari oleh bau hanyir dari ikan tersebut. 

Nak masak ikan keli yang enak, rangup dan sedap sebenarnya mempunyai kunci rahsianya. Anda sebenarnya hanya perlu memastikan yang lendir dan hanyir ikan tersebut dibersihkan sebelum dibuat lauk.

Oleh itu, buat peminat ikan keli semua, berikut merupakan cara yang betul untuk anda hilangkan hanyir serta lendirnya sekali supaya tidak ada bau yang kurang menyenangkan ketika menjamu selera.

CARA HILANGKAN HANYIR KELI DAN LENDIR SEKALI, SENANG NAK MASAK

1.BUANG URAT PUTIH

Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut kerana kawasan inilah terdapat darah beku. Jika dperhatikan dengan betul,  ada jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.

2. ADA KELENJAR TEPI SENGAT

Rupa-rupanya, kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga merupakan penyumbang kepada bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga sebersih-bersihnya.

3. RENDAM IKAN

Untuk menghilangkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam pula dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa. Namun begitu, ada juga yang tertanya-tana sama ada berhasil atau tidak jika menggunakan tepung gandum?

Untuk pengetahuan anda, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lendir pada ikan yang menyebabkan minyak meletup semasa menggoreng. Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih dan boleh dimasak!

Selamat mencuba dan selamat makan ikan keli!

Sumber: Arbi Mohd Arbi

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club