Minyak Lebihan Menggoreng Ikan Jangan Dibuang. Berguna Rawat Kucing Berkurap!

Share

Ada orang berpendapat, jika memelihara Si Bulus  ini sedikit sebanyak seperti menjaga seorang anak kecil. Betulkah? Apa tidaknya, serba serbi perlu diberi perhatian dari segi pemakanan, penjagaan kebersihan dan juga kesihatannya. Dan biasanya menjadi harapan bagi setiap pemilik kucing  mahukan kucing yang sihat dan bersih.

Pun begitu, jika ada kucing peliharaan yang terkena kurap ada tip atau petua yang boleh dipraktiskan dengan hanya menggunakan bahan dari dapur untuk merawatnya.

Nak tahu bagaimana dan apakah bahan yang digunakan? Ikuti carayang dikongsikan oleh KUTIP by Jinjira ini. Mudah, Selamat dan MURAH!


KENAPA GUNA MINYAK IKAN GORENG?

Sebenarnya bukan disebabkan minyak ikan goreng, tetapi disebabkan kandungan kunyit yang menyebabkan ia berkesan untuk penyembuhan kurap pada kucing.

Q:Saya guna minyak ikan goreng tak berkesan pun?

A: Memang lah sebab anda guna minyak ikan goreng kosong tanpa ada kunyit.

Nak guna minyak ayam goreng pun boleh asalkan ayam tersebut disapu dengan serbuk kunyit. Kunyit mengandungi bahan antiseptic, anti bakteria, anti fungus, anti oksidan semula jadi.

Nak sapu kunyit terus pada kulit kucing pun boleh tetapi masalahnya bila kucing menjilat serbuk kunyit mentah mulutnya akan berbuih, jika dah bercampur dengan minyak mulutnya tak berberbuih insyallah.

Satu lagi kucing akan suka bau ikan atau ayam jadi dia akan “grooming” atau jilat kawasan berkurap atau luka, air liurnya mampu mempercepatkan peroses penyembuhan sel kulit.

MANFAAT KUNYIT

  1. Kunyit mampu memulihkan kulit secara selamat tanpa memgandungi bahan kimia yang merbahaya.
  2. Kunyit juga mampu mengelakkan lalat hurung atau hinggap dikawasan luka, jadi luka tak akan ada ulat atau “manggot”.

Selain kurap, luka kecil dan kesan lepuhan lecur terbakar terkena air panas atau api pun boleh SEMBUH, INSYALLAH, JANGAN BIMBANG.

JIMATKAN… itulah cara Janjira Shelter dalam mengurangkan kos operasi yg semakin meningkat.

Selagi boleh berjimat kita berjimat. Kucing sihat kita pun tak pening kepala nak berhabis duit ke vet.

Kalau teruk sangat bawa lah ke Vet ya. Saya pun bawa ke vet juga jika kes berat2 sahaja…

Selamat mencuba…

sumber :  KUTIP by Janjira