Sebagai ibu yang telah pun mengalami proses kehamilan beberapa kali, tentu sudah maklum akan kesan atau masalah kecantikan yang akan dialami setelah melahirkan anak.

Antara yang biasa terjadi kepada ibu selepas beranak atau dalam tempoh berpantang adalah  seperti lingkaran gelap bawah mata, wajah berjerawat, kulit kusam dan tidak kurang juga ada yang mengalami keguguran rambut.

Semua ini terjadi kesan daripada perubahan hormon dan tidak dinafikan juga kerana biasanya ibu di dalam pantang kurang tidur dek kerana menjaga anak kecil siang dan malam.

Jika dibiarkan tanpa usaha untuk menjaga kecantikan diri, bimbang juga wajah tidak berseri selepas beranak.

Untuk itu, usah bimbang ada petua dan amalan yang boleh dijadikan rutin harian untuk mengembalikan semula kulit wajah yang berseri dan sekali gus menjadikan tubuh badan sihat.

Melalui perkongsian dari Mardziah Abdul Rahman via MAHN diharapkan dapat membangtu ibu-ibu untuk kembali cantik. Malah menurut Mardziah, minuman yang diamalkan itu juga berperanan sebagai menambah susu badan.

Ads

Minuman Terbaik Untuk Ibu Berpantang Nak Cantik, Nak Sihat & Tambah Susu!

Ikuti perkongsiannya

“Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik n nak sihat…”-Mardziah 

Bahan-bahan:

Ads

Minuman Terbaik Untuk Ibu Berpantang Nak Cantik, Nak Sihat & Tambah Susu!

1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya

Cara penyediaan : 

Ads

Minuman Terbaik Untuk Ibu Berpantang Nak Cantik, Nak Sihat & Tambah Susu!

Rebus semuanya sampai kembang. Saya x letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.

Katanya lagi,

“Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, x dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga”.

sumber : Mardziah Abdul rahman Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI