
Minggu depan kita bakal menunaikan ibadah berpuasa. Tentu pelbagai persiapan yang dilakukan untuk memastikan rutin harian berjalan lancar termasuk memastikan bahan-bahan masakan disediakan bagi memudahkan urusan memasakan menu sahur dan berbuka.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk pastikan kesihatan tubuh badan juga sentiasa sihat supaya dapat melakukan ibadah berpuasa dengan sempurna dan sihat.
Perkongsian oleh puan Zariza Che Ani sungguh menarik untuk dicuba. Beliau berkongsi minuman herba yang dikatakan membantu merangsang tenaga tubuh badan. Malah melihat bahan-bahan ramuan membuat jus minuman herba ini adalah salah satu sumber yang merangsang kesihatan tubuh badan.
SEKALI MINUM SAMPAI BASAH BAJU, BADAN PUN RASA SEGAR JE!
“Sampai terpaksa stop minum, baru minum sekali Miss B rasa penuh. Elok sangat kalau amal masa bulan puasa, badan pun segar dan tak lemau.”
“Bila preggy mesti HB LOW, minum air rebusan ni sebelum checkup. Alhamdulillah, HB naik. Leganya, tak payah nak telan ubat lagi. Tak menahan baunya.”
KHAS BUAT IBU MENYUSU DAN IBU HAMIL 4 BULAN KE ATAS !
Yang ade masalah;
1) Nak banyakkan susu badan!
2) Nak pekatkan susu badan!
3) Nak naikkan HB bagi ibu hamil!
4) Nak kurangkan keletihan dan rasa bertenaga sentiasa!
SESUAI UNTUK LELAKI, WANITA DAN WARGA TUA SEBAGAI PENAMBAH TENAGA !
(ENERGY BOOSTER)
Anak dan mak dara boleh amalkan air rebusan ini untuk masalah ;
1) Senggugut!
2) Period tak teratur!
3) Kurang tenaga dan letih!
4) Awet muda! (rosebud/goji agen antioksida)
5) Kurangkan keputihan berlebihan!
BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAANNYA
Sama-sama sebarkan #share kebaikan air rebusan ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu masalah mereka
Bila Perasan Rezeki Seperti Tak Cukup, Semak Balik Diri Kita Tentang 2 Perkara Ini

Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.
Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.
Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;
1. Sembahyang kita.
Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?
Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.
Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.
2. Semak tentang zakat pendapatan.
Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.
“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”
Ambil mudah begini yang jadi isu.
“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”
Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.
Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.
Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?
Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.
Percayalah.
Firdaus Mokhtar,
Sama-sama koreksi diri semul
Nak Beli Emas Kosong Dan Emas Padu Ada Caranya. Ikuti Nasihat Pemilik Kedai Emas Ini.

Emas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup menabung duit setiap bulan demi memiliki barang kemas.
Namun, wanita kena ada ilmu emas sebelum membelinya supaya tidak salah memilih. Nak jual balik dalam tempoh waktu terdekat memang emas akan susut nilai.
Memang ada emas kosong nampak besar tapi dari segi ketahanannya tidak lama. Sebalik dengan emas padu.
Namun, pemilik kedai emas ini mempunyai pandangannya tersendiri mengenai emas kosong dan padu.
Ikuti nasihatnya.
EMAS KOSONG DAN EMAS PADU
Tahan ke tak tahan? “Baru je beli dua tiga hari, dah rosak, putus, hancur”…
Harga emas sekarang dah la mahal. Takdan puas pakai, rosak pulak.
Eh, emas dari zaman nenek moyang kita memang sedia MAHAL la gaisss. Bila kita dah beralih zaman kepada 5 hingga 10 tahun, baru la kita akan sedar emas dulu murah daripada harini.
INI CARANYA
Pemakaian EMAS ni tak kira la dia KOSONG atau PADU, kita sendiri kena tengok balik macam mana cara kita pakai. Bila dah terjadinya kerosakkan pada emas kita pakai tu, memang kita TAK AKAN mengaku punya salah kita. Kita akan salahkan apa saja yang ada disekeliling pada waktu tu. Ataupun kita akan terus salahkan penjual, menjual barang yang tak berkualiti. Sedih je si penjual. Esoknya penjual tu terus resign serta merta kerana dicerca dan dimaki bertubi-tubi..
EMAS KOSONG :
TAK BOLEH pakai lasak, basahan, lenjan setiap masa. macam mana dikatakan lasak?
– kalau tidur jenis memang tak berapa nak sedar melibas sana sini, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. dikuatiri tersangkut kelambu, selimut, kain dan bebenang.
– kalau suri rumah, bila buat segala aktiviti harian seperti basuh pinggan mangkuk, cuci tandas, mop lantai, main merangkak-rangkak dengan anak kecik, bercucuk tanam di halaman rumah, dinasihatkan buka la emas yang dipakai tu. semua aktiviti tu sedikit sebanyak akan beri kesan pada emas dipakai. contoh akan kemek, patah, bengkok dan lagi teruk putus jahanam terus.
sudahnya asyik buka je, bila boleh pakai? pakai la bila dah bersiap2 nak keluar pergi dating atau makan malam diluar bersama suami atau rakan-rakan. pakai la bila ada majlis port-luck dengan jiran tetangga. pakai la bila masa anda rasa, tak berbuat apa-apa pada hari tu, duduk saja goyang kaki lagak orang kaya. duk saja pun putus, patah? tak tau la saya nak cakap apa lagi. emas tu tak suka atau ‘taktahan’ la kot ada kat badan anda rasanya. kah kah kah..
EMAS PADU :
Boleh pakai belasahan harian, lenjan setiap masa. Tapi kalau sama je jenis kat atas tu, dinasihatkan buka la. jangan terkejut, EMAS PADU 10gram pun ada yang pakai seminggu, putus. dah, penjual jugak disalahkan lagi.
Jadi.. nasihat saya selaku LELAKI yang menjual emas dan tak boleh pakai emas..
EMAS TU TAHAN ATAU TIDAK?
tengok balik diri kita sendiri sesuai ke tidak nak pakai emas pada waktu dan ketika tu. kalau rasa2 ia akan mendatangkan kemudaratan pada emas kita pakai, BUKA LA. tak payah pakai. tapi kalau nak lenjan pakai jugak, PAKAI jela. rosak beli lain.. asalkan jangan bising
Tapi ada lagi satu nasihat saya.. walaupun emas tu dah rosak, simpan la dalam masa 5 tahun ke atas sekiranya anda nak lihat keuntungan. Sekiranya baru je beli seminggu dua, nak jual semula.. sesungguhnya memang anda kerugian. Tak kisah la baru beli sehari ke dua hari, sekiranya emas sudah rosak, tidak akan ada manusia nak beli balik seperti harga semasa baru dibeli. Tapi, mujur la jugak emas ni laku walaupun hancur lebur sekalipun kan.
Saya nasihat ni sebab saya simpati kepada pembeli yang alami masalah seperti di atas. Ye saya tahu, susah kumpul duit untuk beli seketul EMAS. MAHAL pulak tu. Baru je beli rosak pulak. Ralat tak habis-habis. Rujuk kembali nasihat saya seperti di atas. Boleh ikut kiranya bermanfaat.
Dan akhir kata.. EMAS tak salah. saya dan kita semua yang salah. tolong jangan kecam saya, saya hati tisu .
Sumber: Azri Dan Shafiqah
ARTICLE LAIN
Trending: Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA
Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA
Tanam kobis di rumah: Kobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur. – KELUARGA
Petua dapur: Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
VIDEO: MASAK ROTI GORENG BERINTI COKLAT. SIAP 5 MINIT!
VIDEO: APAKAH AMALAN ZIKIR AWET MUDA. MESTI TAHU.
VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA
VIDEO: MACARONI CHEESE PAPRIKA, SIAP 10 MINIT JE
Taska Dibenarkan Kembali Beroperasi & Perlu Patuhi SOP Yang Ketat Demi Cegah Penularan Covid-19!

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam fasa keempat, menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19.
Bermula 4 Mei ini, semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska akan dibenarkan kembali beroperasi, namun ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Begitu pun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kebenaran untuk taska kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat kini, bergantung pada kepatuhan pemilik premis itu terhadap garis panduan KKM.
Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:
Waktu Operasi:
Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang
Operasi bersyif –
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi – 7 petang
Waktu kehadiran pelanggan –
8 jam
Kapasiti pekerja –
100 peratus
- Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)
Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19. - Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman
- Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti.
- Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperas
- Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)
Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan. - Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
- Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
- Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
- Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
- Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
- Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
- Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial
Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (selepas operasi)
- Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska.
- Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska.
Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19
- Menutup taska serta-merta.
- Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
- Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM