Jika anak-anak atau keluarga kita mengadu kembung perut atau rasa semacam satu badan berangin, pasti sahaja membuatkan mereka tidak selesa. Mengurangkan rasa kesakitan yang dirasai, biasanya kita akan mencari minyak angin untuk disapu rata pada bahagian perut dengan tujuan memberi kelegaan.
Namun andai masih lagi tidak berhasil usaha itu, apa kata amalkan pula dengan minum air yang dicampur dengan halia. Dikatakan cara ini juga dapat membantu dengan berkesan. Malah banyak dikongsikan di media sosial dan antaranya oleh tiga wanita ini.
Nak tahu lanjut, jom semak.
Perkongsian 1
Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya.
Bahan-bahannya:
Susu kotak ( brand apa pun boleh )
Halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.
Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.
Sumber : Leha Yusuf
Perkongsian 2
Mudah je nak buat, guna bahan-bahan kat dapur je.
Rebusan Serai dan Halia:
3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
Cara-cara:
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air.
Tunggu suam diminum.
Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Ibu menyusu boleh amalkan.
Rebusan ini untuk buang angin dalam badan.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf, embuang toksid dan lemak.
Dan tersangat banyak khasiatnya jika diamalkan selalu.
sumber : Suzyhonyherbs
Perkongsian 3
Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh,sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas,kaki rasa tak selesa, sebu,tambah-tambah Kak Zana yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin,mujur bukan angin helium je,kalau tak dah terbang naik ke langit.
Ni antara tanda-tanda badan banyak angin:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Ada tak simptom-simptom ni,kalau ada #ELOK sangat buat resepi ni,lepas tu angin kalau keluar macam belon angin pecah tu.
Angin medu ni ialah angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Angin kotor biasanya datang dari makanan yang berangin (makanan yang hasilkan gas semasa lalui proses pencernaan dalam badan kita )
Bila angin medu menyerang, kita akan rasa tak selesa, sebab tak boleh nak keluarkan angin tu dan rasa tak lega lega.
Petua untuk buang angin yang paling mujarab ialah dengan meminum air halia. Tapi admin tahu, mesti ramai yang tak lalu minum air halia begitu saja. Jadi Kak Zana nak kongsi harini, macam mana cara nak buat Minuman halia yang sangat sedaappp, tapi angin dia.. ermm. Double Tuju Keluar! . Hehe
Bahan-bahannya :
Sekotak susu ( brand apa pun boleh )
Halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia nie ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit. kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
Hiris halia tadi nipis-nipis reneh dengan susu tadi sampai mendidih atas api perlahan.Taraaaa sedia diminum.
Seeloknya minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta,memang sendawa dan kentut non stop .
BOLEH DI MINUM OLEH :
Lelaki dan wanita. Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak,cukup 2-3cm ja
1) Ibu Berpantang yang Bentan
2) Sembelit
3) Angin disebabkan Gastrik
4) Nak buang Water Retention berlebihan dalam Badan
Petua ni sangat berkesan,bila-bila pun boleh minum. Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tue. Seminggu 2-3 kali pun ok.
sumber : Puan AnisZabella via MAHN