Apabila seorang wanita itu menghadapi masalah haid dalam tempoh yang lama ia dikenali sebagai darah Istihadah. Istihadah (الاستحاضة) ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

Dari segi istilah perubatan ia dikenali sebagai abnormal uterine bleeding. Ia merujuk kepada pendarahan dari faraj di luar waktu kitaran haid normal ataupun pendarahan nifas (“lochia”) selepas bersalin.

Antara punca isithadah ini boleh disebabkan oleh masalah hormon yang mengakibatkan pendarahan secara tidak stabil atau masalah fizikal contohnya ketumbuhan dari dalam rahim yang mengganggu pembentukan dinding rahim. Selain itu, ia dikaitan juga dengan salah satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita.

Terdapay pelbagai rawatan secara modern, Islamik dan alami untuk merawat masalah ini. Begitu juga dengan perkongsian oleh wanita ini,  Suzy Honey di laman facebooknya.

Beliau berkongsi petua oleh seorang ustaz mengenai masalah ini.

Ikuti perkongsianya.

Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni.
Gambar hiasan

Pengalaman mengerjakan umrah kali ini saya tertarik untuk berkongsi kisah mengenai anak angkat emak saya, Juliana yang turut sama pergi dalam rombongan umrah ini.

Lagi seminggu kami mahu pergi mengerjakan umrah dia mengadu kepada emak saya dengan masalah yang di hadapi iaitu kedatangan darah istihadah. Darah yang sekejap ada sekejap tidak ada. Lalu emak saya berkongsi satu amalan yang pernah di ajarkan oleh Arwah Tok Guru Ustaz Hashim Bin Ismail semasa emak menadah kitab bersama Arwah.

Di percayai kaeadah ini dapat membantu bagi yang menghadapi masalah darah penyakit istihadah ini. Adik bongsu saya pernah mengamalkan kaedah ini 10 tahun lalu dan sembuh dari masalah itu.

Bahan yang di perlukan ialah:

Ads

Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni.

3 gelas air
3 ulas bawang putih
3 biji lada hitam
Kemenyan arab sedikit ( kemenyan arab atau luban ini boleh beli di kedai jamu atau di shopee)
Sedikit pulur sabut kelapa

CARA PENYEDIAAN:

Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni. Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni. Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni.

1) Masukkan 3 gelas air dan 3 ulas bawang putih juga 3 biji lada hitam bersama kemenyan arab .

2)Kemudian ambik pulur sabut tersebut lalu di gosok-gosok / di ramas-ramas dengan tangan dan di baca Surah Al Masad (Surah Lahab – Tabbat yada ) sehingga habis ramasan pulur sabut tersebut.
( Sila rujuk pada video di bawah ini )

Ads

3) Setelah habis ramasan pulur sabut tersebut biarkan ramuan mendidih selama 10 ke 15 minit . Kemudian tapis dan minum bila sudah sejuk.

CARA MINUM

Minuman Ini Untuk Rawat Hentikan Darah Istihadah. Boleh Cuba Petua Ni.

Amalkan minum 2 ke 3 kali sehari untuk 3 hari berturut- turut atau sehingga sembuh.

Semasa meminum ramuan tersebut haruslah di baca Al fatihah dan selawat.
Niatkan supaya darah istihadah tersebut baik seperti sediakala.

Ads

LIHAT VIDEO INI.

Sila tengok video ini .

Posted by Suzy Honey on Monday, 21 October 2019

 

Biarkan menggelegak semua.

Posted by Suzy Honey on Monday, 21 October 2019

MOGA JADI PANDUAN BERSAMA

Saya terniat untuk berkongsi resepi ramuan ini bagi menolong ramai lagi wanita yang mengalami masalah yang sama. Semoga mujarab. Bolehlah di ikhtiarkan dengan izin Allah boleh sembuh sediakala.

Mohon hadiahkan Al fatihah buat Arwah Tok Guru Ustaz Haji Hashim Bin Ismail.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Kredit: SuzyHoney

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI