
Meskipun zaman sudah moden, bukan bererti kita tidak lagi mengamalkan budaya minum herba atau jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan sekarang ini seakan menjadi trend ramai antara kita kembali mengamalkan jamu.
Bercerita tentang jamu atau minuman herba untuk awet muda, bukan sahaja wanita suka mengamalkannya.
Malah kaum lelaki juga tidak terkecuali, seperti Johanis Haslan yang turut berkongsi minuman herba kegemarannya yang sering dihasilkan sendiri untuk tujuan kesihatan dan awet muda.
Nak tahu apa ramuannya, jom teliti bahan dan cara penyediaannya. Jadi bolehlah disediakan untuk En Suami, pasti suami hargainya.
Bahan-bahan :
Kunyit
Halia
Daun Sirih
Temu Kunci
Kencur
Asam jawa
Lemon
Gula Organik
Kulit Kayu Manis
Cara penyediaan :
- Masukkan semu bahan di dalam pengisar.
2. Kisar halus.
3. Rebus hingga mendidih.
4. Kemudian tapis dan biarkan suam sebelum diminum.
Selamat mencuba!
Gelagat Segelintir Jadikan Tongkat Khutbah Sebagai Bahan Lawak. Ditegur & Usah Ambil Mudah!

Alhamdulillah, raya tahun ini terkandung 1001 hikmah dan kisahnya yang tersendiri. Malah jika ingin diceritakan, mungkin bab ramai kaum adam telah berpeluang menjadi imam untuk solat aidilfitri di rumah, menjadi satu perkara dan pengalaman istimewa dan tersendiri untuk dikenang.
Pun begitu, membaca laporan daripada Bernama tentang gelagat segelintir individu yang telah menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak dan diviralkan, itu suatu yang amat mengecewakan.
Dan ini dikongsikan petikan penuh maklum balas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator Daruk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilaporkan Bernama.
Ini petikan akhbarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.
“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.
“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, para ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.
— BERNAMA
Periksa Tanda-Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir, Jangan Tersalah Langkah!

Melahirkan anak pertama sememangnya saat yang dinanti-nantikan oleh yang baru bergelar ibu dan ayah.
Namun dalam rasa teruja itu banyak perkara yang perlu dikisahkan terutama permasalahan pada bayi yang baru lahir.
Sedikit demi sedikit ibu belajar mengenai bayi dan belajar mengenal mereka. Namun ini panduan dan tanda aras bayi patut diberikan perhatian dan jangan terleka. Tanda aras bahaya!
Sembilan tanda di bawah ini perlu dirawat segera oleh doktor. Jangan sesekali ambil ringan demi keselematan si manja.
1. Tak boleh buang air besar
Tidak boleh membuang air besar selepas 24 jam dibawa pulang ke rumah, merupakan tanda bahaya pada bayi baru lahir. Hal ini boleh berlaku disebabkan masalah usus tersumbat atau dubur kurang berkembang.
Jika bayi menyusu dengan baik, najis akan bertukar warna daripada hitam kepada hijau tua. Sementara itu, bayi yang diberi susu formula mungkin mempunyai najis yang lebih cair dan berwarna kuning atau coklat.
2. Sesak nafas
Tanda bahaya pada lahir baru lahir yang seterusnya adalah sesak nafas. Kekerapan pernafasan bayi secara amnya lebih cepat daripada orang dewasa, iaitu sekitar 40-60 kali seminit.
Jika bayi bernafas kurang daripada 40 kali seminit atau lebih daripada 60 kali seminit, ini bermakna mereka mungkin ada masalah kesihatan. Sekiranya keadaan ini berlaku, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.
3. Tali pusat kemerahan
Tali pusat bayi yang kemerahan boleh menjadi tanda jangkitan. Semasa menjaga tali pusat bayi, anda perlu memastikan ia kekal kering dan bersih.
Hujung tali pusat akan kering dan gugur dalam tempoh satu hingga tiga minggu selepas kelahiran. Semasa proses penyembuhan, mungkin terdapat sedikit darah berhampiran tali pusat. Namun sekiranya darah terlalu banyak, anda perlu segera membawa si kecil berjumpa doktor.
4. Kerap menangis
Bayi yang baru lahir sudah tentu tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa. Jika anda mendapati si manja kerap menangis berterusan walaupun sedang diberi susu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
5. Mata bernanah
Mata bernanah pada bayi baru lahir boleh menjadi tanda jangkitan yang berpunca daripada proses kelahiran. Jika si manja mengalami perkara ini, amma boleh bertindak dengan membersihkan mata bayi menggunakan kapas dan air suam.
6. Bayi alami kuning
Jika jaundis bayi berlaku kurang dari 24 jam selepas lahir atau lebih 14 hari selepas kelahiran, ini boleh menjadi simptom demam kuning.
7. Kulit bayi jadi biru dan lebam
Bayi yang baru lahir mungkin menunjukkan tangan dan kaki yang sedikit kebiruan jika mereka berasa sejuk. Walau bagaimanapun, jika kulit berterusan biru sehingga menyebabkan sukar bernafas, itu merupakan tanda bahaya yang ibu ayah perlu tahu.
8. Kekejangan
Jika sawan bayi disebabkan oleh demam, anda boleh memberi ubat penurun demam mengikut sukatan yang disyorkan doktor.
Namun, jika keadaan bayi mengalami sawan tetapi tidak disebabkan oleh demam, anda perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
9. Bayi tak mahu menyusu
Tanda bahaya pada bayi baru lahir adalah tidak mahu menyusu. Perkara ini boleh menyebabkan mereka lemah kerana mengalami dehidrasi teruk.
Jadi, sekiranya bayi anda ada tanda-tanda di atas, jangan biarkan. Cepat-cepat bawa berjumpa doktor segera.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bersemut Tengok Video Throwback Keluarga Ajak Shiro, Raih Perhatian Ramai.

Muat naik video terbaru pelawak dan pelakon, Ajak Shiro bersama keluarganya telah meraih perhatian peminatnya.
Video throwback memaparkan mereka sekeluarga ketika anak-anak masih kecil. Beberapa keping gambar dipaparkan dalam video berkenaan yang memaparkan merek sekeluarga sedang bercuti.
Video itu disertakan dengan kapsyen ringkas menunjukkan Ajak merindui momen anak-anaknya ketika masih kecil.
“Rindu masa diorang kecik..Rindu jugak masa bini aku kecik. Semoga anak2 Baba berjayalah dunia dan akhirat.”
PEMINAT TURUT HIBUR
Melibat video berkenaan peminat turut terhibur dengan kapsyen yang ringkas tetapi penuh makna.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club