
Bagi wanita yang sudah berkahwin dan tentu bukan mudah nak dapatkan perut yang leper, cantik dan menawan. Lebih lagi dengan faktor pemakanan yang terlampau dan amat gemar kepada makanan junk food serta makanan segera .
Lemak dengan banyak terkumpul di perut dan jika berterusan amalan ini, boleh terjadi penyakit obesiti. Sebelum meleperkan perut, perlu disarankan untuk kita membuang angin yang terkumpul dalam badan dahulu
Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :
?Kempiskan perut
?Buang angin dalam badan
?Yg bersalin czer sgt digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.
ATURAN MAKAN:
* Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
*Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.
Hasilnya:
badan akan ringan dan angin akan keluar dan akan mengempiskan perut
(Sesuai utk wanita dan lelaki)
Bahan-bahan dan langkah-langkah seperti berikut:




Selamat mencuba!
Kredit : ida zamri
‘Burn Out’ Ibu Bukan Main-Main, Kalau Letih Berehatlah, Sayangi Diri Sendiri!

Menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukan satu hal yang mudah. Ditambah pula dengan kerja hakiki dan amanah demi mencari sesuap nasi. Semuanya tak pernah berhenti. Dari pagi hingga ke malam, rutin tetap sama.
Emosi ibu jadi tambah kacau bila terlampau penat malah sukar dibendung. Ibu burn out terlampau namun masih tetap ingin mencuba menjadi seorang ibu yang sempurna di mata suami dan anak-anak.
Perkongsian Public Health Malaysia ini mama perlu dalami. Bantu dan sayangi diri kita. Biar fizikal dan emosi kita sihat!
Ibu tak perlu jadi super mom, super housewife, super professional, super woman. Hentikan normalisasi istilah tidak relaven seperti ini. Seorang wanita bergelar Ibu hanya manusia, bukan watak fiksyen dalam filem.
Jika anda rasa letih, berehatlah.
Jika anda rasa ingin berjalan jalan ke taman, tukar kasut dan mula keluarkan peluh.
Jika anda rasa ingin ke salun, pergi.
Tolonglah sayangi diri sendiri, jangan sampai burn out. Utamakan kesihatan mental ibu.
Jagalah diri, tak perlu jadi supermom mahupun untuk buktikan pada sesiapa anda ibu yang hebat.
Cegah ibu ‘burn out’!
Periksa tanda-tanda anda burn out dan kenal pasti serta bantu untuk pulihkannya sebaik mungkin. Kita bantu diri kita.
* Mula hilang minat dengan semua perkara.
* Mengalami penat dan lesu yang keterlaluan.
* Cepat melenting dan naik angin bila ada yang tidak kena.
* Lebih memilih untuk mendiamkan diri dan selalu hilang kata-kata.
* Rasa bersalah yang keterlaluan pada semua perkara.
* Tiada selera makan.
Kita bantu diri kita!
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!
Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?
Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Anak Demam Tak Kebah, Beri Anak Minum Air Kelapa Kerap, Baik Untuk Anak!

Bukan sekadar air minuman penghilang dahaga sahaja, bahkan air kelapa cukup tinggi khasiatnya. Disebabkan itulah ia disarankan untuk diminum terutama bagi anak-anak kecil kita.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air kelapa disarankan seminggu sekali diambil anak kita. Lebih-lebih lagi bagi merawat masalah demam, batuk dan sebagainya. Memang elok!
Air kelapa, bagi anak minum paling kurang seminggu sekali. Sungguh kena jadi air favourite anak, terutama waktu anak tak sihat.
Demam, cari air kelapa.
Batuk, cari air kelapa.
Kahak, cari air kelapa.
Sakit perut, cari air kelapa.
Muntah, cari air kelapa.
Cirit, cari air kelapa.
Real food, bantu penyembuhan kan, dengan izinNya. Kena cuba, baru tahu.
Kita kena tukar sikit. Kalau dulu bila anak tak sihat tak bertenaga, ada yang bagi air seratustambah. Tapi sekarang, kita cuba cari air kelapa k. Paling sihat kan.
Air kelapa berganda lagi dengan khasiat mineral dan vitamin yang anak-anak perlukan terutama waktu sakit.
Air kelapa bantu keluarkan toksin dari badan anak. Air detox semulajadi, yang kita kena ajar anak minum.
Umur berapa boleh minum?
Umur 6 bulan ke atas dah boleh minum. Sikit je beberapa sudu dah cukup.
Kalau anak alahan?
Kalau anak ada alahan naik gegatal lepas minum, elakkan dulu. Anak eczema boleh je minum kalau tak flare lepas minum.
Air kelapa potong ubat?
Air kelapa tinggi dengan mineral dan vitamin, ada sesetengah ubat tak digalakkan ambil bersama air kelapa.
Sebaiknya, jarakkan penggunaan ubat dan air kelapa dalam 1-2 jam macam tu.
Kita cuba sama-sama ya. Nampak je anak mula tak sihat, air kelapa yang kita cari dulu.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kaum Ibu Jangan Mengelat Jika Diminta Buat Pap Smear. Dr Ni Bagi Sebab Kenapa Ianya Penting!

“Alahai, malunya nak buat ujian pap smear ni, boleh tak tak yah buat? Lagi pun saya ok, tak ada sakit apa-apa pun. Lagi pun selepas kelahiran anak pertama dulu saya pernah buat sekali, ini anak dah masuk tiga, tak perlulah kot, sekali cukuplah ye….”
Mungkin ini antara alasan yang diberikan oleh ramai wanita bila diminta untuk melakukan ujian pap smear. Sedangkan ujian ini sangat penting untuk dilakukan, lebih-lebih lagi inilah salah satu cara untuk dapat mengesan kenser pangkal rahim diperingkat lebih awal lagi, jika ada.
Menurut perkongsian info yang diberikan oleh Dr. hawa Fatimah, My Health Clinic Pekan & Kuantan bahawa Di Malaysia, sebanyak 60% kes kanser pangkal rahim di kesan apabila penghidapnya sudah berada di tahap 3 dan 4. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan betapa kurangnya kadar keprihatinan rakyat Malaysia terhadap bahayanya kanser pangkal rahim.
Sangat dukacita jika kanser serviks dikesan terlalu lewat sedangkan terdapat kaedah saringan awal iaitu Pap smear. Pap Smear adalah proses pemeriksaan, pengesanan dan diagnosis awal tisu serviks yang diperlu dijalankan setiap tahun. Melalui pemeriksaan Pap smear, pengesanan awal kanser serviks bukan sahaja mudah, malah ia dapat cepat dan selamat.
Walaupun pemeriksaan Pap smear adalah mudah, selamat dan tidak menyakitkan, namun masih ramai antara masyarakat kita yang memanandang mudah perkara ini dan sering mengabaikannya. Bayangkan, statistik dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyatakan 11.9% wanita enggan melakukan pemeriksaan Pap smear kerana alasan takut dan 6.9% wanita pula memberi alasan malu untuk melakukan pemeriksaan tersebut.
Oleh kerana alasan-alasan tersebut hanya 2 daripada 5 orang wanita Malaysia melakukan Pap smear secara berkala. Pemeriksaan Pap smear disarankan pada wanita berusia 21 tahun ke atas yang aktif mengamalkan hubungan kelamin. Jika hasil pemeriksaan didapati normal, pemeriksaan Pap smear dapat diulang secara berkala setiap 3 tahun sekali sehingga monopause. Namun demikian, jika keputusan tidak normal, beberapa pemeriksaan lanjutan akan disarankan demi memastikan sama ada terdapat sel kanser ataupun hanya jangkitan kuman.
Jika anda merancang untuk melakukan pemeriksaan Pap smear, pastikan
- Anda tidak sedang mengalami menstruasi
- Elakkan penggunaan sebarang douche
- Elakkan melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pemeriksaan Pap smear dijalankan.
- Hadirlah untuk berbincang dengan doktor anda tentang sebarang masalah yang sedang anda hadapi ketika itu, contohnya seperti kehamilan, keputihan yang tidak normal, jangkitan kuman air kencing, penggunaan alat/ubat perancang keluarga atau apa sahaja masalah sakit puan yang dihadapi sebelum ini.
Keputusan pap smear boleh didapati dalam beberapa hari sahaja dan anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk penerangan lanjut. Jika negatif atau normal, ini bermaksud sel pangkal rahim anda berada dalam keadaan sihat dan tiada sel kanser dijumpai. Namun demikian, jika keputusannya adalah positif atau tidak normal, ini bererti terdapat kelainan pada sel pangkal rahim anda. Walaupun tidak normal, tidak bererti anda menghidap kanser pangkal rahim.
Jangkitan kuman pada pangkal rahim misalnya oleh chlamydia, candida ataupun gonorrhea, boleh menyebabkan sel pangkal rahim meradang dan memerlukan rawatan segera. Sesudah dirawat, sel pangkal rahim boleh kembali menjadi normal. Sesudah rawatan selesai, doktor anda akan menjadualulang pemeriksaan pap smear bagi memastikan sememangnya tiada sel-sel kanser pangkal rahim.Jika terdapat tanda-tanda kesihatan, segeralah bertemu dengan doktor anda bagi menjalankan pemeriksaan pap smear sebelum terlambat.
Ekstra Tips
- Selain melakukan pap smear sebagai usaha menyaring kanser pangkal rahim, pengambilan vaksin HPV yang ditawarkan.
- Amalkan gaya hidup yang sihat seperti menjauhi rokok, amalkan hubungan kelamin yang selamat, elakkan bertukar-tukar pasangan.
- Amalkan pemakanan yang sihat.
- Perlu bersenam.
- Dapatkan berat badan yang ideal bagi mengurangkan risiko kanser.
Ingatlah bahawa didiagnosis sebagai penghidap kanser bukanlah hukuman mati. Dewasa ini, dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden mendapati berbagai-bagai cara dan usaha boleh diambil bagi mengawal dan merawat penyakit ini sehingga penghidap kanser masih mampu untuk hidup seperti biasa.
Oleh itu, saringan dan pengesanan awal kanser pangkal rahim sangat penting. Konsult doktor anda sekarang bagi maklumat yang lebih jelas tentang kanser servik dan bagaimana anda boleh mencegahnya.
sumber : DR HAWA FATIHAH, MY HEALTH CLINIC PEKAN & KUANTAN