Apabila sebut mengenai minum susu, ada segelintir wanita tak berani mengambilnya kerana beranggapan ia penyebab kepada kegemukkan.
Apabila ia bermain difikiran ia menyebabkan ada yang tidak mengambil minuman ini sedangkan khasiatnya baik untuk kesihatan tulang dan tubuh badan.
Salah faham ini membuatkan Dr. Erna Nadia, salah seorang Pegawai Perubatan daripada kumpulan Medical Mythbusters Malaysia tampil membetulkan tanggapan ini.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
MINUM SUSU JADI GEMUK?
Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemok.
Really? Haruslah tidak.
Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.
Susu adalah sumber protein yang baik. Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi.Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.
Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu
1. susu penuh krim,
2. susu rendah lemak,
3. susu skim.
Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain.
JENIS SUSU
Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.
Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk depa yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk depa yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.
Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis yada yada yada.
Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.
Susu pekat manis atau krimer ini bukan susu ye. So jangan salah faham pulak. Susu pekat manis/krimer ni sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.
BILA NAK MINUM SUSU
Ok, bila nak minum susu ni?
Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.
Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low (darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?
Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.
Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak.
So, seeloknya minumlah susu sebelum tiduR dan sesudah bangun tidur.
Boleh faham kan apa sebabnya?
InshaAllah boleh. Jadi, janganlah takut dengan susu ye.
Lebih baik minum segelas susu bila lapaq waktu malam sebelum tidoq tu dari makan jajan
Nak minum yang sejuk ke panas? Ikutlah selera tekak masing masing
Ingat ya, sejuk atau panas sesuatu makanan/minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.
Sumber: Dr. Erna Nadia, Pegawai Perubatan, Medical Mythbusters Malaysia
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club