Setiap insan baik lelaki atau perempuan ingin kelihatan cantik,kemas,bergaya dan sebagainya.
Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah berat badan. Oleh itu, mereka sanggup mengambil makanan tambahan atau minuman masam untuk mendapat berat yang ideal.
Namun tahukah anda cara ini tidak dapat membantu mencapai impian begitu.
Sebagaimana perkongsian Dr Erna Nadia yang mempunyai padangan mengenai hal ini bahawa dengan mengamalkan hidup sihat mampu membantu tubuh badan menjadi sihat. Bukan hanya mengamalkan minuman masam seperti limau dan lemon.
Ikuti perkongsian ini.
Adakah dengan minum minuman masam seperti air lemon/ air limau atau apa sahaja yang ada unsur masam boleh memecahkan lemak atau turunkan kolesterol?
Jawapannya: Tidak.
Jadi, bagaimana nak pecahkan lemak dan turunkan kolesterol?
Jawapannya: Kena jaga makan dan bersenam.
Tidak ada produk yang boleh pecahkan lemak dan turunkan kolesterol melainkan jika perlu makan ubat.
Begini caranya
Tak perlu bazir untuk sesuatu yang tidak perlu ya.
Apakah tanda tanda kolesterol tinggi?
Selalu kebas kaki/tangan
Selalu sakit kepala
Selalu rasa badan tak selesa
Kadangkala rasa seperti sakit dada
Ada tompok kuning di kulit sekitar mata/kening
Mudah berasa letih
Bagaimana nak periksa?
Boleh ke mana mana klinik/hospital/lab untuk pengambilan darah. Puasa dahulu ya, meaning that malam sebelum pergi buat test tu, lepas pukul 10 malam, tak perlu makan apa apa dah, air masak boleh minum, pagi tu boleh terus pergi periksa darah.
Sumber: Erna Nadia