Bentuk dan warna seakan-akan sama dengan daun sup dan ketumbar sering menyebabkan ramai terkeliru. Tetapi sebenarnya ketiganya berbeza. Pokok Pasli (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwi tahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah. Tidak sekadar digunakan dalam makanan, daun Pasli mempunyai banyak khasiat lain.
Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
Selain itu, Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
Terbaru! Seorang wanita di Bosnia telah membuktikan manfaat lain daun pasli ini, iaitu mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Wanita tersebut minum ramuan daun Pasli selama dua hari. Tanpa disangka-sangka, minuman daun pasli ini membantu menurunkan berat badannya sebanyak lima kg, dari 75 kg menjadi 70 kg, hanya dalam dua hari saja!
Caranya cukup mudah:
1. Hancurkan daun Pasli lalu
2. Masukan ke dalam 1 liter air.
3.Rebus air yang sudah di campur tersebut sampai mendidih.
4.Setelah itu, biarkan selama 20 minit lalu boleh diminum untuk satu hari saja.
Bagaimana daun Pasli ini dapat menurunkan berat badan dengan cepat? Campuran minuman ini dikatakan dapat membantu membersihkan air berlebihan keluar dari tubuh. Dengan begitu, air yang keluar akan membawa racun, bakteria, kotoran yang ada di dalam tubuh.
Untuk anda yang ingin kurus, gunakan ramuan daun ajaib ini, daripada anda berhabis duit membeli berbagai-bagai jenis produk kurus yang belum tentu berkesan dan baik untuk kesihatan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: sempoimedia.blogspot
Jaga Pemakanan Kalau Tak Mahu Ada Batu Karang. Lelaki Ni Kongsi Pengalamannya!
Gaya pemakanan mempengaruhi kesihatan seseorang, memang benarlah dan tidak boleh dinafikan. Apa yang dimakan itulah mencerminkan tahap kesihatan seseorang. Lantaran itu, sebagai ibu kita perlu lebih prihatin dalam membentuk budaya dan gaya pengambilan makanan sihat untuk seisi keluarga. Agar apa yang dimakan bukan sahaja mengenyagkan malah apa yang lebih penting berkhasiat dan menyihatkan.
Bercerita tentang antara penyakit yang ‘menyerang’ tubuh kesan daripada gaya pemakanan yang kurang sihat, ini diceritakan oleh Ejal tentang bagaimana dirinya mengalami penyakit batu kurang diusi masih muda. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan dan semoga dijadikan panduan untuk semua.
Assalamualaikum…salam muhibbah… Hope admin approvekan post sy nie, sekadar nak share perkongsian, pendapat dan pengalaman saya…
Makanan atau minuman yang tak baik sangat-sangat untuk tubuh badan kita…ni saya share pengalaman dan nasihat doktor pakar pada saya.. Jadi harap ia manfaat untuk anda semua.. Maaf jika ada kekurangan..
Penyakit yang mudah sangat ada dalam organ dalaman manusia tu, adalah batu karang. Ok saya share pengalaman saya..mungkin dah ada orang baca komen saya sebelum ni, tapi saya share lagi lebih terperinci…
9 tahun dahulu, tahun 2011, usia saya 24 tahun, saya penghidap batu karang hempedu, masa saya mula-mula sakit tu, doktor suspek gastrik biasa je, sebab sakit dari ulu hati sampai ke perut, jadi saya anggap ia sebagai gastrik je la, makan ubat kapor tu berbotol-botol, gaviscon tu aih dah mcm minuman harian… Ada satu hari sakit tu datang, sakit tu ibarat macam ibu nak melahirkan baby secara normal, pada ibu-ibu yang pengalaman lahir normal tu pernah la rasa sakit tu macam mana kan…macam tu la saya rasa, walaupon saya ni lelaki(jangan panggil saya sis plak ).. Tapi saya dapat rasainya betapa peritnya sakit… Guling-guling kat tanah nak menahan sakit tu..muntah-muntah, sesak nafas, walaupon anda lelaki sejati sekali pon, kalau sakit tu dah teramat, memang meraung la…
1st buat ujian scoop melalui mulut, serius la, org muda memang dia tak bagi bius ya, dia cuma kebaskan tekak je, aduh besar batang yang masuk dalam mulut tu, sebesar getah paip kat umah tu, besar tu la masuk, depan tu ada kamera, mula-mula masuk tak rasa sangat sakit, tapi bila dah sampai laluan kat hati tu, Allahu, sakit ya amat, tangan dan kaki saya dipengang oleh nurse dan atendan, sebab tak nak bagi saya meronta, memang sakit ya amat…tapi sabar je la kan, lebih sejam meronta menahan sakit, keputusannya, masih tak dapat kesan lagi apa punca sakit tu..
2nd buat ujian scoop juga melalui lubang dubur, urm sakit gak, ibarat macam kena sula. Pon jawapan yang sama, tak dapat kesan..sampai la buat xtray jugak pon tak dapat kesan. Hampir sebulan saya keluar masuk sepital, last doktor pakar bagitau, kena buat ujian scan, scan macam scan perut ibu mengandung tu, akhirnya terjawab la apa sakit saya, saya kena batu karang hempedu, tahap 5 dah, sebab hempedu saya dah langsung tak berfungsi..
Kesannya, badan saya semakin halus, cengkung, rambut saya gugur, ibarat macam kena kanser, sampai kengkawan saya cakap saya ni amek pit ke, tomahan, segala cacian kawan-kawan sedara mara, namun saya sabar je la, dah sakit macam nie, nak buat macam mana…
Saya buat pembedahan, tebuk 3 lubang di badan, masa operation tu, bius seluruh badan, jadi saya tak tau apa jadi masa pembedahan tu, sedar-sedar tengok dah bertampal kat badan saya, ada 3 kapas, doc cakap badan saya tu kena tebuk 3 lubang, doktor ada tunjuk hempedu saya tu, saya ingatkan batu karang, rupanya hempedu, hempedu dah disaluti batu karang, dia macam coklat bebola yang penuh dengan kacang tu, macam tu la, kalau nak bayangkan…
Tau tak apa sebab penyakit ni ada, pertama sekali dari segi pemakanan…
Saya dulu kuat sangat makan makanan segera, makan megi, keropok, cekedis2, memang hantu giler la, terutama keropok super ring tu, aduh sedap wey hahaha, makan je tak fikir kesihatan… Lepas tu bab minuman, saya ni suka sangat minum air bergas, dulu saya sebelum sakit, saya memang hantu coke, sarapan pagi pon minum coke…memang hari-hari air bergas, sebab tu la punca nya jadi nya batu karang… Makanan pedas nie, saya kalau makan ape je mesti kena ada ulam cili padi, kalau tak de memang tak boleh kalau makan mee sup cili jeruk kena ada, lau tak ada memang takla saya nak makan, kalau cili kicap tu, sampai hitam kuah sup tu saya kerjakan hehehe .
Masakan pula, kena tau minyak masak kita gunakan tu sebenarnya, tak berapa elok, kalau boleh kalau nak masak menggoreng, contoh goreng ayam, ikan, udang atau apa je la, minyak lebihan tu pasti kita simpan kan, sebenarnya tak boleh ya, doktor ada bagitau, minyak masak lebihan kita guna untuk goreng tu, tak boleh simpan dah, memang kena buang, sebab apa, sebab dari lemak-lemak yang kita goreng tu, simpan je dan akan jadi sebati dalam minyak tu, pastu guna lagi masak benda lain…memang mudah nak dapat batu karang..ingat batu karang boleh bawa maut…batu karang juga boleh lukakan usus kita, boleh juga buat usus kita bengkak tanpa kita sedar…jadikalau nak masak goreng-goreng tu, minyak lebihan tu buang la, guna minyak baru, tapi kalau nak guna minyak tu lepas goreng apa je, nak terus buat sambal takde masalah, yang jadi masalahnya, jangan simpan minyak tu semalaman…
Ok ni perkongsian makanan dan mnuman yang sepatutnya elak amalkan, bagi mereka yang ada gastrik, asid dalam perut, apendix, atau batu karang…
-makanan yang jenis berkacang, contoh kacang goreng, badam, sayur kacang, bendi yang ada kacang tu, kalau blh elakkan lah, tapi saya bedal je, sakit tanggung sendiri.
–minuman yang ada campuran kacang, contoh susu kacang soya, ni memang pantang bagi yang ada gastrik ni, ulam-ulaman pon kena jaga macam petai, jering dan kerdas, sebab banyak angin, angin tak lepas ni la yang boleh mnyebabkan pedih ulu hati..
Saya rasa cukup la ni perkongsian saya, kang tulis bebanyak takde pulak yang nak membaca nya, cuma satu je nak pesan, makanan segera seperti megi tu, kalau nak masak, rebus dulu mee megi tu, buangkan air kapur yang ada dalam megi tu, baru la masak… Cara berkesan… Rebus megi tu dengan air paip…dah lembut cuci dengan air paip jugak, toskan,pastu nak masak perencah nya, guna air yang dah dimasak..ni cara yang betul, doktor yang rawat saya yang bagitau..nampak renyah, leceh, tapi ni la cara untuk jaga perut kita…
Oh lupa nak share st lg, cili kering…sebelum nak mesin cili tu, pastikan tampi dulu buangkan biji cili tu, biji cili kering ni ada salah satu punca utama terjadinya batu karang..tak kira la cili kering ke, cili padi ke, kena ingat tu….jaga pemakanan kita, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri… Dah kena sakit tu, baru la tau azab nya macam mana… Saya ok je sesiapa dalam ni nak post gambar masakan masing-masing, tapi beringatla makan tu, yang hantu pedas tu, hati-hati la, usus jaga, sakit usus ni, dia memang tak rasa, bila rasa bila nak pecah atau bocor…masa tu nyawa hujung tanduk kalau tak cepat bawak jumpa doktor… Sekian terima kasih…maaf jika bosan mmbacanya…
9 tahun menderita hempedu tak ada, nak makan pon kena pantang, sebab pas makan tak sampai 5 minit akan ke toilet, membuang, sebab makanan tu dah tak ada tempat untuk cernakan makanan tu, so terus jatuh ke usus, ada sakit batu karang hempedu nie badan makin berisi, itu mungkin antibodi kuat, macam saya antibodi lemah, jadi badan saya semakin kurus…maintain kurus, nak gemok memang tak boleh dah….itu je saya nak share..harap tak bosan membacanya…
Sumber : Ejal via MAHN
Rakyat Sedang Susah, Perdana Menteri Arah Menteri Kabinet Batal Cuti, Pulang Segera Ke Malaysia Bantu Mangsa Banjir.
Hati mana yang tidak sebak mendengar khabar duka apabila banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas.
Selepas pasca banjir, rata-rata di media sosial kisah duka saban hari dikongsikan oleh mangsa banjir. Pelbagai usaha bantuan kerjaaan dan NGO dan persendirian yang diberikan kepada yang terlibat termasuk sumber kewangan, makanan serta khidmat cuci rumah.
Cakna kesukaran rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak tegas dengan mengarahkan barisan kabinet menteri yang sedang bercuti dan berada di luar negara supaya segera pulang ke Malaysia untuk bersama rakyat dalam waktu sukar ini.
Kenyataan ini dinyatakan menerusi ucapan ketika melawat mangsa banjir yang dimuat naik di Instagram milik beliau semalam ( 24/12/ 2021; Jumaat)
“Saya arahkan semua menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk BATALKAN.
Dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk PULANG SEGERA untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.”
Sumber: ismailsabri60
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Upgrade Pagar Rumah & Rasa Lebih Privasi, Buat Begini Je. Kos Pun Tak Mahal, Bawah RM300!
Membina pagar rumah dengan lebih bergaya dan menarik hakikatnya boleh menjadi satu projek mega yang memerlukan kos yang tinggi. Namun tidak lagi bila anda sendiri hasilkannya dengan menggunakan material share plank yang kian menjadi trend masa kini. Pemasangannya cukup mudah dan sesiapa pun boleh membuatnya walau tiada kepakaran dalam bidang pertukangan.
Apatah lagi bila melihat perkongsian facebook Zabiratul Azra, untuk menaik taraf pintu pagar rumahnya, dia hanya berbelanja anggaran RM300 sahaja, dan hasilnya memang cukup hebat. Memang berbaloi!
Di sini dikongsikan cara yang perlu anda buat untuk pemasangan share plank sepertimana yang dikongsikan oleh Zabiratul Azra. Selamat mencuba.
Pagar Share Plank
Menurut Zabiratul Azra, untuk projek diy membuat pagar rumahnya dia mengambil idea yang dikongsikan di dalam group Tukang Apa Hari Ini iaitu dengan menggunakan share plank.
Langkah 1 : Potong Shera plank
Shera plank 6inci x 10kaki = 1 pcs RM17, saya beli 10 keping dan minta kedai potong siap-siap (kedai hardware area JB ,kg melayu majidee dekat-dekat dengan taman ungku mohsin) plus kos cat dan skru semua sekali bawah RM300.”
Langkah 2 : Coating
Sesi mengecat mula-mula coating. Coatings tu dia macam cat jernih berminyak macam gam sikit, fungsi dia kalau ada lubang-lubang halus dekat kayu dia tutup bagi smooth. Lagi satu kalau kita nak apply cat colour lebih senang lekat warna tu pada kayu dan warna die lagi timbul cantik.
Langkah 3 : Cat
Selepas itu guna cat top plus high gloss (cat minyak) untuk colourkan kayu tu. Kedai hardware yang suggest..walaupn shera plank diperbuat daripada fibre simen tapi shera plank ni dia ada kemasan macam corak urat kayu tu. Kalau guna cat simen urat-urat kayu tu jadi tenggelam tak berapa jelas. Dan salah satu sebab kena cat coating dulu pun sebab nak bagi corak urat-urat kayu tu nampak timbul.
Pandangan dari dalam
Pandangan dari luar rumah
sumber : Zabiratul Azra
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club