
Teringat suatu masa dulu, air tebu menjadi antara minuman yang mudah didapati dek kerana banyaknya dijual oleh penjaja tepi jalan.
Berbanding kini lebih ramai yang berniaga pelbagai jenis air yang viral seperti Teh Ais, Ais Kepal, Air Mangga dan sebagainya hinggakan jika teringin merasa kelazatan air tebu agak sukar dicari.
Bercerita tentang air tebu ini, siapa sangka bukan sahaja nikmat diminum ketika cuaca panas, malah sebenarnya banyak khasiatnya untuk kesihatan.
Hal ini dijelaskan oleh pakar saintis kita iaitu Dr. Suri Roowi yang tidak asing lagi namanya.
Jom semak perkongsiannya.
KHASIAT AIR TEBU
Air tebu akan memudahkan aliran kencing dengan cepat, yang akan terus membantu buah pinggang untuk berfungsi dengan lebih baik. Jika ia ditambah jus limau lebih baik untuk rawatan demam kuning (J. Food Ag-Ind. 2010, 3(04), 453-461).
Selain daripada itu, asid glycolic dalam air tebu boleh mencegah jerawat, mengurangkan parut, mencegah penuaan dan membantu menjaga kulit daripada kering.
Sumber : Dr Suri Roowi
Principal Scientist
Resipi Air Jamu Mantapkan Dalaman Wanita Selepas Datang Haid Selain Pecah Lemak dan Bau Badan.

Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.
Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
sumber: VANILLA KISMIS
Cuci Mesin Basuh Guna Baking Soda & Cuka Je. Buat 2-3 Minggu Sekali, Hasilnya Awesome. Lelaki Ni Kongsikan Caranya!

Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Dia hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Wahh macam makanan pulak dah.
Khairul Abdullah
#SuperDaddy
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ni Kongsikan Resipi Bako Ubi & Lepat Ubi Kayu Versi Orang Dulu-Dulu. Mudah & Sedap!

Pernah tak dengar tentang resipi bako ubi kayu atau Kuih Boko Ubi Kaya. Bagi admin ini pertama kali dengar tetapi rupanya agak familiar. Seakan-akan kuih talam ibu kayu tapi bezanya kuih talam boleh dipotong manakala bako ubi agak lembut dan dimakan menggunakan sudu. Namun kedua-duanya sama yang mana atasnya santan (kepala santan) manakala di bawahnya ubi kayu.
Bagi ibu-ibu yang nak mencuba sendiri kuih Boko Ubi Kayu ni, jom admin kongsikan resioi air tangan nenek kepada SuiSan Aliezsha . Moga bermanfaat!
Hai selamat ptg..smlm blik kg dpt belajar 2 in 1 bt bako ubi & lepat ubi dr uwan sy,resepi org dulu²..pd yg minta resepi utk lepat ubi & bako ubi sy sertakn disini,utk kepala bako tu uwan xbg sy pkai tepung beras sb bila dh sejuk nt tepung beras akn jd cair,lbih elok guna tpg gandum sb ia kekal brkepala..
Resepi bako ubi => lapisan bawah
1. Ubi agk² dlm 2 buku (fresh yg cabut dr pokok,jgn guna ubi yg dh masuk angin nt lepat atau bako jd pahit,pesan uwan sy)
2. Parut guna mesin kelapa,kemudian perah air ubi guna towel bersih asingkn air & ubi tersebut..(air ubi yg diasingkn td akn brkanji,amik kanji ubi yg putih tu dlm sesudu)
3. Gula merah,gula pasir bancuh dgn air suam main agk² je uwan sy xda sukat² then tapis ikot manis korg..org lamakn pakar bab masak,he² 😅😅..
4. Masukkn air gula merah kedlm ubi yg siap diperah, gaul sebati,masukkn kanji ubi sesudu gaul sampai sebati,so korg xperlu lg guna tepung ubi utk campur lapisan bwh tu,uwan sy ckp kanji tu lg ori dr tepung ubi😊..sediakn talam,ratakn ubi dlm talam jgn tebal² agk² nipis gitu kemudian kukus dlm 25 minit klu xmasak kukus 30minit brgantung api gas masing²,nk thu ubi dh masak atau blm,ubi dh masak akn jd warna coklat gelap..
Bahan untuk kepala bako =>
1. 1biji kelapa parut,perah amik pati 2 cawan
2. 3 sudu makan tepung gandum.
Cara membuat:
- Gaul santan dgn tepung gandum,kemudian masukkn sesudu teh garam halus atau lebihkn sedikit,gaul sebati rasa lemak² masin,tapiskn agar santan nampak lebih kemas.
- Kemudian tuangkn kedlm ubi yg siap dikukus td dan kukus semula dlm 15-20 minit..agk² santan dh brkepala manja angkat sejukkn,nk mkn panas² trus pon boleh 😘..
Utk lepat ubi
1.layur daun pisang..masukkn ubi td dlm 2 sudu ratakn,lipat kemas²..kemudian kukus dlm 20-25minit ikot api gas masing².
selamat mencuba resepi daria uwan saya,doakn beliau dipanjangkan umur agar kami dapat menumpang kasih seorang mak ,moga ilmu yang dikongsikn ianya manfaat buat generasi akan datang..tq admin 😘😘