Minum Air Serai Bukan Je Sedap. Paling Best Terasa Sihat & Awet Muda!

Share

Penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan bagi seorang wanita adalah sesuatu yang sangat penting. Hingga ada sesetengahnya akan sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dan menawan.

Malah bukan suatu yang pelik, jika sanggup menghabiskan masa yang panjang di spa kecantikan bagi memastikan tubuh kekal cantik dan bertenga. Semua ini menjadi keutamaan wanita masa kini.

Pun begitu tahukah anda selain kaedah dan cara tersebut,  ada satu cara yang ringkas dan mudah dalam menjaga kesihatan tubuh yang boleh diamalkan.  Lain tidak bukan adalah dengan mengamalkan minuman air serai.

Apa menarik dan istimewanya minuman serai ini? Jom kita semak apa yang dikongsikan oleh dua wanita ini; Puan Mastura Rashid dan Puan Siti Fatimah Haji Shamsuri.


Ini diajar oleh bidan yang mengurut saya. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda, walaupun usianya dah lebih 50 tahun. Mulanya saya agak umurnya lewat 30an atau awal 40an. Saya panggil kakak, tapi rupanya dah pangkat makcik. hehe

Katanya, dari muda, hingga tua, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau, tak pernah beli pun. Makcik ni asal kelantan. Jadi saya agak resipi-resipi jamu dia mesti dari sana juga.

Berbalik pada cerita air serai tadi,.gunakan serai segar ya. Bukan yang dibotolkan untuk tujuan commercial (ada ke? Saya cuma sebut saja, mana tau kebetulan ada yang dah di commercial kan)

Caranya begini:

1. Bersihkan 10-15 batang serai.
2. Isikan periuk dengan lebih kurang 10L air.
3. Rebus serai tadi sehingga pekat dan keluar bau wangi.

ps: Biasanya saya rebus selama 1/2 jam.

Tutup api, biarkan suam, kemudian minum.

Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengahari dan malam.

Efek dia?
1. Banyak kentut
2. Perut kempis
3. Kulit bertambah cerah dan sihat (nampak kemerah-merahan pun ya)
4. Badan dan peluh bau wangi (atau yang ada masalah bau badan teruk, badan akan perlahan-lahan hilang bau)
5. Lawas kencing dan buang air besar
6. Buang toksin

Sumber :  Mastura Rashid


Ini pula perkongsian daripada Puan  Siti Fatimah Haji Shamsuri, di mana menurutnya, ” Disebabkan angin da menyucuk2, ku gagahkan jugak minum air serai + halia + habatussauda ni.. tambah gula merah sikit nak bagi sedap.”