Menikmati air lemon dicampur madu sama ada panas atau sejuk, diakui memang enak dan menyegarkan.
Selain diminum untuk membasahkan tekak yang dahaga, diakui juga lemon ini banyak khasiatnya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu yang kerap berkongsi petua dan khasiat makanan di media sosial.
Kelebihan Minum Air Rebus Lemon Setelah Bangun
Penyediaan
– Ambil 5 lemon dan basuh hingga bersih. Kemudian potong dua
– Masukkan ke dalam periuk berisi air, kemudian didihkan selama 3-5 minit
– Dinginkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapis lemon dan minum air rebusannya pada waktu pagi
– Sekiranya anda tidak menyukai rasanya, tambahkan satu sudu teh madu ke dalam air, kemudian minum
Inilah faedah yang anda dapat dari minum air rebusan lemon setiap pagi :
1. Membantu meningkatkan imuniti
Lemon adalah salah satu buah yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, lemon dikenali sebagai salah satu herba terbaik yang membantu meningkatkan imuniti.
2. Mengubati demam
Ads
Lemon adalah buah yang mempunyai sifat antioksidan. Oleh itu, lemon membantu dalam merawat demam dengan sangat berkesan.
3. Meningkatkan kesihatan pencernaan
Lemon adalah buah yang mesti anda makan untuk kesihatan mental. Kerana, lemon membantu membuang sisa yang tidak diperlukan oleh badan.
4. Membantu menurunkan berat badan
Salah satu buah yang kaya dengan serat pektin adalah lemon. Ini akan membantu mengurangkan rasa lapar, seterusnya membantu menurunkan berat badan.
5. Menambah tenaga
Lemon membantu meningkatkan tenaga. Bukan buahnya, tetapi juga aroma kulit lemon yang keluar ketika direbus, yang membantu meningkatkan tahap tenaga.
6. Meningkatkan metabolisme
Lemon membantu dalam membakar kalori dan lemak. Selain itu, lemon kaya dengan kalium dan magnesium, yang membantu meningkatkan metabolisme.
Ads
7. Buangkan toksin
Asid nitrik terdapat dalam lemon, jadi ia akan memberikan manfaat penting bagi tubuh. Asid nitrik meningkatkan fungsi enzim dan membantu menyahtoksin badan.
8. Mencegah sembelit
Kandungan asid tinggi dalam lemon membantu melancarkan pergerakan usus. Oleh itu, minum air rebus lemon dapat membantu mencegah sembelit.
Seminggu anda amalkan perubahan pada tubuh Anda
Pertama, setelah menyelesaikan cabaran ‘air lemon seminggu’, anda melihat bahawa kulit di wajah menjadi hampir sempurna.
Bebas jerawat, tiada minyak berlebihan, tidak ada bekas di wajah.
Ketika disentuh, anda merasakan kulit menjadi lebih lembut dan kelihatan lebih cerah.
Anda juga mendapati bahawa air lemon dapat membuat nafasnya tidak berbau, kerana kandungan lemon membantu melawan bakteria di dalam mulut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menjadi suatu kelaziman ramai antara kita kaum ibu ini, bila ingin memakai selendang atau tudung mesti menggunakan pin atau jarum peniti bagi memastikan tudung yang dipakai terletak elok dan kemas untuk digayakan.
Sementara sedang kita kemas dan selaraskan selendang pada kedudukan yang kita inginkan, kita akan ketip pin atau jarum peniti tersebut dibibir.
Alasan pada tindakan itu, nak memudahkan kita. Namun tahukan kita semua, perbuatan tersebut sebenarnya mengundang bahaya pada diri sendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan. Menurutnya, tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.
Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.
Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.
Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.
Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.
Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.
Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.
Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.
Memiliki rumah kediaman yang kemas adalah impian semua orang.
Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Ini namanya, Rumahku Syurgaku. Tetapi sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas.
Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas & tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stress.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
Gambar sekadar hiasan
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot. – tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan – mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya – kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat – kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR – stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya. – jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi. – ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi. – cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi. – contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’ -bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti. – jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’. – boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA – anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka. – mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri. – latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA – mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa. -jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil. -jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula. – galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU -kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain. – jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll – ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN – kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat. – jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain. – sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah. – cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga. – alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran. -para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA -paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak. – kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga. -contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah.Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah. Angkut anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah. Ni antara perkongsian hari ni. Cukuplah 10 point. Jika ada lagi kita boleh tambah selepas ini. Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Perkongsian daripada Hanif ini tentang tip untuk menghasilkan kek sarang semut yang ‘menjadi’, sangat bagus dijadikan info. Jom semak perkongsiannya dan bolehlah dicuba resipi yang disediakan olehnya itu.
Tip Buat Kek Sarang Semut
Salah satu sebab kek sarang semut terbahagi kepada dua layer setelah dibakar (atas gebu bawah bersarang) adalah kerana telur dipukul hingga kembang, telur hendaklah cuma disebatikan tanpa perlu dipukul hatta diwhisk sekali pun….untuk mendapatkan kek sarang semut yang cantik, pantang larang telur ini perlu diikuti tanpa gagal. Selamat mencuba.
Kek sarang semut yang menjadi adalah apabila kek itu kenyal dan meliuk-liuk, jika kek sarang semut yang anda buat menjadi gebu maka ianya tidaklah menjadi, resipi saya ini 100% menjadi dengan syarat ikutlah 100% , jangan memandai nak ejas sana sini…jangan memandai nak derhaka..
(RESEPI KEK SARANG SEMUT@GULA HANGUS) Bahannya, 1 1/4 cawan gula halus 1 cawan air panas 125gm butter 4 biji telur A 1/4 cawan susu pekat manis 1 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla, 1sudu kecil serbuk koko@milo
Caranya 1. Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
2. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul,pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.(takut pahit)
3.Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. (hati hati kerana akan mendidih yang amat menakutkan)campurkan serbuk koko
4.Bila dah cair sejukkan hingga mencapai suhu bilik.
5.Dalam bekas lain cairkan marjerin@mentega.
6.Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik.
7.Ketepikan kedua bahan ini, Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah disediakan bahan yang lain.
8.Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, JANGAN PUKUL, JANGAN PUKUL, JANGAN DERHAKA MANDAI MANDAI NAK PUKUL SAMPAI KEMBANG, CUMA KACAU DENGAN WHISK HINGGA SEBATI SAHAJA, JANGAN PUKUL JANGAN PUKUL.
9.Kemudian masukkan susu pekat (SUHU BILIK)
10.Kemudian gaul rata perlahan sahaja, Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan,tambahkan esen vanilla Kemudian ayakkan tepung dan soda bikabornat gaul hingga rata perlahan lahan.
11.Akhir sekali tuangkan gula hangus dan gaul rata,tapiskan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan parchment paper kemudian perapkan selama sekurang kurangnya 3 jam atau lebih(saya perap selama 4jam)
12. Setelah itu bolehlah dibakar pada suhu 170c selama 45 minit atau sehingga masak.
13. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letakkan di atas redai untuk menyejukkannya..setelah sejuk bolehlah dipotong untuk dihidangkan.
Sumber : Hanif Muhammad via Resipi Dari Dapur Kita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...