Minum Air Kosong Banyak-Banyak Tak Boleh Kurangkan Gula Berlebihan Dalam Badan. Baca Perkongsian Dr Ni

Share

Untuk menjaga kesihatan tubuh, pengambilan air yang mencukupi  amat penting bagi  membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Tubuh memerlukan air untuk mengawal suhu badan, membekalkan nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan dan sebagainya.

Pengambilan air sebenarnya tidak hanya mengira air kosong, tetapi merangkumi minuman lain termasuk kopi mahupun teh serta sup. Dalam pada itu, ada pendapat yang mengatakan jika seseorang mengambil minuman manis, boleh bilas dengan mengambil air kosong banyak-banyak. Sebenarnya kaedah ini tidak bagus. Jom baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan


Sebenarnya, jika kita minum air manis kemudian kita bilas air kosong banyak-banyak, ia tetap tak bagus!

Contoh:

1 hidangan boba milk tea(250ml)

= 10 sudu teh gula

= 50g gula

Kita minum 1 cawan/hidangan, bermakna kita ambil 50g gula. Kemudian kita minum 1 liter air kosong. Rasa macam ia akan kurangkan kepekatan gula dalam darah kita kan?

Hakikatnya, tak begitu! Air banyak-banyak yang kita minum tadi akan keluar dari badan sebagai air kencing, dan gula tadi kekal dalam badan.

Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap ada 50mg gula telah masuk dan berada dalam tubuh kita.

cNak bakar 50g gula ni perlu berjalan 1 jam, atau jogging 30 minit.

Kalau tak buat aktiviti ini, mana gula tu pergi? Jadi lemak. 50g gula ada sekitar 200 kalori, jika tak dibakar ia akan jadi sekitar 30mg lemak.

Ikut saranan WHO, satu hari kita perlukan tidak lebih 50g gula sehari. Bermakna 1 cawan boba milk tea sahaja dah ngam-ngam atau lebih jumlah saranan harian.

Kesimpulannya: gula berlebihan dalam badan, tak boleh dikurangkan dengan minum air kosong banyak-banyak. Sebab gula tu tak akan keluar melalui air kencing.

Kalau dah tahap keluar melalui air kencing, itu dah kena kencing manis namanya.

Salam Merdeka!

Merdekakan diri kita dari gula!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nota: boleh minum, tapi jangan kerap, dan pastikan bakar semula kalori berkenaan.