Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia. Bimbang sebaik minum, air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi. Memang tak mampu!
Bimbang dengan situasi ini, ada yang sanggup menolak minum air gula. Bolehkah? Menurut perkongsian Dr Norintan Zainal Abidin, menolak minum air gula hanya akan mengundangkan risiko kepada diri dan bayi dalam kandungan. Jadi sebaiknya minum sahaja untuk kebaikan kedua-duanya.
Elak Minum Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko ‘lari’ dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti:
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Ads
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.
Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi.
Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Ads
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
Tip minum air gula
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut. Mudah!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pelakon, Ozlynn Wati menerusi laman instagramnya memberitahu yang dia berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari. Sebelum ini, dia baru melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.
“Alhamdulillah .. genap 100 hari semlm.. terima kasih @auliyabeautycareandconfinement smp hari ni masih lagi menjaga aku.. dpt CL yg baik pun satu rezeki.. jgn tanya pasal muka kembang aku.. ye naik badan balik.. bkn sb apa tp sebab baby.. dari segi dalaman Alhamdulillah dh sihat.
“Aku dh boleh exercise dh boleh pelan2 kayuh basikal kt area umah.. so aku makan jek makanan sihat tp x control portion sb aku nak bg baby nikmat susu pekat n sihat.. so naik sikit badan xpe.. still boleh pakai Xs tp S lebih seles… nnt genap baby 6 bulan dh boleh makan.. aku akan slowly control portion makanan aku.. n lebihkan workout.. InsyaAllah..
“Sekarang ni bengkung lilit aku dh start campak tepi dulu.. sb kerja.. tp mane yg sempat mcm sauna urut tungku.. kalau cuti jek kak sri akan buat.. baby semakin kuat menyusu.. Alhamdulillah walaupon sibuk shtg skali pam dpt jugak 6-7oz .. so buat ibu2 kt luar sana jgn stress2 ok.. byk minum air suam.. ❤️💕
Isteri kesayangan Johan Rajalawak ini meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannya sudah kembali pulih dan kini sudah kembali bekerja semula.
“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.
Dalam pada itu, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, berkongsi tip penjagaan diri buat ibu selepas bersalin apabila keluar bekerja.
“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking. Itu paling penting okay.
“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ozlynn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.
Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.
Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.
Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.
Di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
Bahan-bahan diperlukan:
200g halia muda
1 sudu kecil garam
1 cerek air panas
1 cawan (200ml) cuka
70g gula (kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah epal atau pear)
Cara menyediakan dan memasak:
Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
Didihkan 1 cerek air.
Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
Semasa masih panas, masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.
Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya anda jadikan minuman ini sebagai amalan sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.
“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster untuk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh
Resepi
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit
Cara penyediaan : Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas. No gula ok..
Bila terjadinya batuk yang berterusan sama ada pada anak-anak atau pada diri kita sebagai orang dewasa, itu adalah antara petanda utama yang perlu diambil serius. Jangan pandang ringan dengan membiarkan masalah tersebut berpanjangan.
Ini berpandukan perkongsian daripada Dr Zubaidi di akaun facebooknya, berkenaan kejadian yang berlaku pada salah seorang pesakitnya yang mengalami batuk berpanjangan hingga menyebabkan terganggu tidurnya.
Difahamkan, walau pun telah makan pelbagai jenis ubat namun batuk pesakit tersebut tetap juga tidak reda.
Jadi jom kita baca perkongsian penuh daripadanya untuk kita menambah ilmu berkaitan penjagaan kesihatan untuk kita seisi keluarga. Jangan ingat batuk itu sekadar batuk yang disebabkan tekak yang gatal, namun batuk juga ada yang boleh membahawa bahaya pada diri jika tidak dirawat.
APA PUNCA BATUK BERTERUSAN?
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit.
Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.
Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.
Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks.
Photo by Towfiqu barbhuiya on Unsplash
Batuk Terbahagi Kepada 2
Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan.
Antara masalah batuk yang bahaya adalah:
1. Tibi
2. Kanser paru-paru
3. Bronchiectasis
4. COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah:
5. Asthma
6. Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik
7. Reflux
Photo by JESHOOTS.COM on Unsplash
Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.