Jika di kampung, pokok Pecah Kaca ini atau juga yang mengenalinya dengan nama Daun Pecah Beling bayak ditanam oleh orang-orang dulu untuk tujuan diambil manfaat daunnya itu.
Dikatakan daun pecah kaca ini elok diamalkan buat yang ada penyakit batu karang.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada seorang wanita berbangsa cina ini, Amanda Tan jelaskan cara bagaimana untuk manfaatkan khasiat daun pecah kaca ini untuk tujuan kesihatan.
Jom semak agar mudah untuk kita sediakannya.
“Hari ini saya kongsikan satu petua yang anda boleh amalkan menggunakan Daun Pecah Beling /Daun Pecah Kaca / Daun Jeneral Muka Hitam. Orang Cina mengenalinya sebagai Hak Min Cheong Khuan.”– Amanda Tan
Daun ini sangat sangat bagus dan sangat berkhasiat untuk kesihatan.
Ads
Berikut adalah resipi penyediaan daun teh pecah beling ala gaya orang cina ya. Kami amalkan rebusan dibawah apabila cuaca panas, demam, batuk ataupun batuk berkahak.
Resipinya:
20 ke 30helai Daun Pecah Beling yang dikeringkan
1x pek gula sarang lebah
2x biji Luo Han Guo
4 litre air.
Cara penyediaan :
Ads
1. Mula mula masukkan Luo Han Guo Daun dan Pecah Beling.
2. Rebus agak agak air bertukar warna kehitaman dan baru masukkan gula sarang lebah.
Ads
3. Biar mendidih sampai cair gulanya dan boleh tutup api.
Ekstra info : Air ini sangat bagus diminum suam suam jika anda ada batuk , kahak atau demam.
Boleh juga dibuat sebagai minuman santapan harian untuk melegakan kepanasan badan akibat cuaca atau makanan.
Daun Pecah Beling bersifat sejuk. Jadi minumlah sekadar seminggu 1 atau 2 kali untuk penjagaan badan.
Sumber : Amanda Tan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada anak kecil, pasti ibu-ibu kena alert terutama ruang dalam rumah tak boleh sarat dengan barang-barang. Lebih-lebih lagi yang boleh mengundang bahaya kepada si kecil.
Pun begitu ia bukan alasan untuk mengabai dan membiarkan keadaan rumah jadi berselerak. Bila punya anak kecil, ibu-ibu sepatutnya lebih peka pada setiap susun atur rumah demi keselamatan anak-anak.
Perkongsian ibu muda bernama Hani Mynis ini membuktikan anak bukan penghalang untuk merias rumah bahkan lebih peka dengan susur atur yang baik demi keselamatan anaknya. Jom ikuti perkongsiannya.
Walaupun rumah sewa kitorang kecil comel je ?, hani sediakan satu ruang khas : cleaning section untuk Hani letak semua barang membersih dan agen pembersihan kat sini supaya senang nak cari dan lebih organised.
❤️Tips mengadakan cleaning section kat rumah:
1. Sediakan sebuah almari @ rak untuk menyimpan barang membersih.
2. Gunakan bakul @ bekas, kumpulkan barang yang dalam satu kumpulan disatu tempat. Contohnya agen pembersihan pakaian satu bakul, sabun2 membersihkan pinggan mangkuk satu bakul. Bila guna bakul nampak lebih kemas dari biar je berlonggok di satu tempat/para.
3. Sediakan satu cleaning caddy (mudah alih) supaya senang nak dibawa ke mana- mana bila nak buat deep cleaning kat mana2 bahagian rumah.
4. LABEL LABEL ? key to organising is label ?. Jangan takut2 nak melabel. Bila label kita tahu mana satu-satu tempat untuk setiap barang. So tangan kita akan ringan je rasa nak mengemas dan meletakkan satu barang pada temptnya so less clutter ?
5. Kalau ada anak kecil2 lagi (baby and toddler) pastikan agen2 pembersihan letak di rak atas2 yang tak mudah dicapai. Sabun basuh baju hani letak kat bawah sebab aqil dah faham benda tu bukan mainan.
❤️tutorial menyediakan cleaning caddy kat rumah.
1. Sediakan satu bekas/bakul/baldi khas untuk simpan barang2 membersih ni. Pastikan bekas cukup besar dan senang nak diangkut ke mana2. Kalau ada handle lagi bagus.
2. Sediakan dua caddy berbeza. Satu untuk bilik air dan satu untuk pembersihan bahagian lain kat rumah.
Penerangan lanjut setiap barang2 dalam cleaning caddy hani ada kat gambar.
Apabila anak jatuh sakit hatta demam ringan sekali pun, kita sebagai ibu dan ayahlah orang yang paling bimbang. Pasti segera akan dirawat agar anak-anak kembali sembuh seperti sedia kala. Ini apatah pula bila berdepan dengan situasi anak alami kemalangan serius.
Benar, cukup hebat dugaan ini dan pastinya tidak tergambar betapa besarnya ujian yang ditanggung oleh keluarga Mohd Bukhari Zainal Anuar apabila berdepan dengan situasi cemas saat anak mereka dihempap peti sejuk. Dan kisahnya mendapat simpati daripada seluruh warganet. Segunung harapan, usaha dan doa dititipkan, agar keluarga dan anak kecil itu terus tabah.
Melihat posting terkini daripada ayahnya, sedikit sebanyak melegakan hati ramai pihak yang mengikuti perkembangan adik Fawwaz.
Syukur Alhamdulillah..Setelah hampir 3 minggu Muhammad Fawwaz Adli mendapat rawatan di Hospital, harini Fawwaz dah bule discaj..Terima Kasih Kepada ahli keluarga,sahabat-sahabat,jiran tertangga serta seluruh rakyat malaysia yg tak putus-putus berdoa dan memberi sumbangan kepada anak kami..Semoga Allah merahmati hidup kalian smua..Aminn.
Terdahulu kami ada berkongsi kisah tentang adik Muhammad Fawwaz Adli yang parah dihempap peti sejuk di rumah keluarganya yang terletak di Taman Cempaka, Nilai.
Perkembangan terbaharu adik Fawwaz yang dimuat naik di dalam perkongsian fb milik ayahnya, Mohd Bukhari Zainal Annuar. Ada dimaklumkan bahawa anaknya telah dibenarkan keluar wad setelah tiga minggu di rawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur. Ini adalah kesan kecederaan dialami di bahagian kepala dan keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Umum mengetahui peria mempunyai rasa yang pahit dan bukanlah menjadi pilihan sayuran popular di kalangan anak-anak malah sebahagian orang dewasa juga kurang menggemarinya.
Namun sewajarnya rasa pahit itu harus ditolak ke tepi dek kerana terdapat begitu banyak kebaikkan dan manfaat daripada peria jika dimakan atau diamalkan.
Jadi sebagai ibu yang selalunya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pengambilan pemakanan anak-anak dan keluarga, apa kata ajar sedikit demi sedikit untuk seisi keluarga dapat menerima rasa istimewa daripada buah peria tersebut.
Terasa rugi pula jika dilepaskan begitu sahaja, tambah-tambah lagi dikatakan peria sayuran yang bagus untuk penjagaan kesihatan dan dalam masa yang sama menjadi agen melambatkan proses penuaan.
Selain peria boleh dimakan sebagai ulam, ada pelbagai lagi menu atau resipi berasaskan peria ini yang boleh dicuba. Hal ini diamalkan oleh Puan Nurafiza Mahmud atau mesra disapa Cik Oya apabila tekaknya terasa mual, pasti akan disediakan jus epal bersama peria katak.
Apa yang bagus tentang jus ini adalah Ianya boleh menghilangkan rasa muak di tekak cik oya. Jus ni memang pahit sedikit.
Kebaikan peria katak:
+ mengatasi deabitis
+ menurunkan berat badan
+ menjaga kesihatan mata
+ memperlambatan pertumbuhan sel kancer
+ kulit lebih cantik dan awet muda
Disarankan
Untuk yang baru berjinak jinak untuk kurus dan cantik. Cik oya sarankan mulakan dahulu dengan jus epal hijau bersama halia setiap pagi.
Selain itu melalui perkongsian Puan Shafinaz Shafie pula dia amalkan makan peria untuk lancarkan darah haidnya.
Korang kena cuba amalkan minum air buah peria atau makan sebagai ulam…tak perlu membazir duit… Sebelum ni fynaz ada masalah 3 4 bulan tak datang priod…. Kadang2 boleh kira dalam setahun brapa kali je datang priod… Lepas amal jus peria ni… Alhamdulillah tiap2 bulan datang… Lagi2 orang yang ada OVARIAN CYST macam fynaz.. Sangat2 bagus Sebab dia membantu mengecutkan pertumbuhan cyst…. Paling bagus dia adalah ANTICANCER! ! ! Dan mengawal kestabilan gula dalam darah..
Selain dari tu.. Korang yang nak cantik dan awet muda.. mmg wajib minum… sebab setiap 100g BUAH PERIA mengandungi 120ml VITAMIN C! Tak perlu cucuk2 dah… sebab tu orang dulu2 cantik semula jadi..
Untuk yang ingginkan bentuk badan yang langsing…buah peria memang bagus untuk pencernaan.. Tak tipu tau.. Fynaz minum.. Mmg takda masalah sembelit… Lancar je dia pegi.. banyak lagi khasiat dia..
Nak Amal Buat begini
➡Cara fynaz.. Korang bland je skali dengn biji2.. Biarkan beberapa minit.. Hampas dia akan naik atas mcm dalam gambar tu…. Korang buang hampas.. Baru tapis.. Then boleh minum… Boleh juga campur dengan apple..klu taknak pahit sangat. Boleh buang biji dia dulu baru bland…. Kalau tak silap.. Kapsul buah peria pon dah ada jual skarang.. Korang yang tak tahan pahit.. Boleh la Try kapsul tu… (paling bagus minum pada waktu datang priod… Minum untuk sbulan skali sudah memadai) tidak digalakkan minum hari2..
Manakala ini pula perkongsian daripada Mohd Fauzi Abdul Rahman, pengidap kencing manis menjadikan peria sebagai penawar bagi mengawal bacaan gula dalam darahnya stabil. Dia juga turut berkongsi amalannya untuk sama-sama dimanfaatkan.
Buat ubat kencing manis plak…Raya makan tak hingat…check darah baru ni 13.0 oiii…dan dan lemah badan… pada yg ada kencing manih mai kita buat ubat ni dan amal minum 2 kali sehari pagi bgn tidoq sebelum mkn apa2 kena secawan dulu pastu mlm nak tidoq boh secawan…ok mai nak bagi resepi dia.
Bahan-bahan:
Buah peria hat kecik2 tu dlm 3 biji
Halia dalam 4 ulas besaq ibu jari
Lemon dlm 4 biji
Cara2
1. Baca Bismillahitawakkaltualallah
2. Potong halus peria dan halia tue
3. Perah lemon
4. Masukkan air secukupnya
5. Masuk dalam blender blend sampai halus
6. Pastu perah dan buang hampas dia ayer dia tapis dan boh dalam botoi simpan dlm peti ais bila nak guna ambik secawan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...