Setiap orang dianugerahkan nikmat dan rezeki yang berbeza-beza. Ada yang mampu hidup senang lenang, hidup sederhana dan ada yang cukup-cukup sahaja untuk menampung ahli keluarganya.
Malah demi kelangsungan hidup, ada yang memohon bantuan agar ahli keluarga dapat meneruskan kehidupan. Jangan kata mereka tidak berusaha. Sedangkan kita tidak berada di tempat mereka. Bak kata perpatah, berat bahu yang memandang berat lagi yang memikul. Begitu juga kesusahan yang ditanggung!
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Bak kata perpatah tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Biar sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan. Ia memberikan sinar kebahagian buat keluarga itu.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai kisah sebuah keluarga meminta sedekah RM30 semata-mata ketiadaan wang untuk menukar tong gas. Mungkin pada yang berduit apalah sangat dengan RM30 ringgit. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan nilai itu begitu besar dan bermakna buat mereka. Setiap kesusahan orang ada pelbagai rupa! Moga kita muhasabah diri.
Allah Allah… sebak bercampur syukur. Adik ini datang rumah minta duit RM30 nak tukar tong gas. “Gas dah habis bang,mak suruh datang minta duit”. Saya kenal adik ini. Sebelum ini ibunya pernah datang minta bantuan persekolahan anak-anak. Suami meninggal tahun lepas,mahu atau tidak kena ikhtiar cari rezeki besarkan anak anak.
Saya pernah pesan jika terdesak duit nak beli barang dapur datang je rumah,insyaallah saya bantu sikit sikit. Saya bukanlah kaya,tapi tak sanggup apabila orang datang jauh jauh mohon bantuan.
Rumah saya ini memang selalu stanby beras,gula,kicap dan keperluan lain hasil dari sumbangan kawan-kawan di facebook dan rakan niaga. Yang datang rumah semua tinggal jauh jauh. Kadang-kadang tak kenal pun hanya datang nak minta sardin dan gula.
Allah Allah,mereka diuji kita juga diuji. Kita diuji lihat orang susah apa tindakan kita. الله hadirkan orang begini nak uji kita,apa yang kita boleh bantu mereka,apa kata hati kita. Jika kita taknak bantu sikit pun tak terkesan bagi الله. Tapi kitalah yang rugi.
Saya pesan kat adik ini,nanti cuti sekolah mari lepak rumah saya,kita belajar mengaji ramai ramai,nanti kita pergi jalan jalan ke kuala lumpur tengok KLCC,kita pergi zoo negara,kita pergi tidur di masjid sri petaling jumpa orang bak baik.
Saya selalu cakap kat anak,jangan bazirkan makanan,jangan kedekut makanan,jika nak beli makanan,kena beli untuk kawan kawan,kena beli untuk maksu.
Saya doakan moga adik ini satu masa nanti akan jadi jutawan yang soleh,jutawan yang taat kepada mak,sayang adik adik bantu orang susah.
*Maaf Saya tidak terima apa apa sumbangan buat masa ini.
Kredit: Muhammad Hassan