
Lama tidak muncul di media sosial, video pelakon dan penyanyi, Nur Fazura yang meminta seorang kanak-kanak mendoakan agar dirinya hamil anak lelaki mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dikongsikan ramai, ibu kepada Nur Fatima Aisya yang sedang melayani peminatnya untuk bergambar dengan secara spontan
meminta kanak-kanak tersebut mendoakan agar dia juga dikurniakan zuriat lelaki.
“Doakan auntie dapat baby boy ye,” ungkap Fazura spontan yang mesra melayani peminatnya untuk bergambar.
Ibu penyayang ini juga turut menggosok-gosokkan perutnya ketika ayat spontan itu diluahkan.
Biarpun dilihat hanya sekadar luahan spontan Fazura, namun wargamaya mendoakan agar Fazura bertemu jodoh kelak dan impiannya untuk memiliki cahaya mata lelaki termakbul.
Terdahulu Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berada di The Strand Mall, Kota Damansara sempena jualan gudang produk jenamanya.
Pelakon cantik jelita ini juga dilihat cukup ceria malah mesra melayani peminatnya untuk bergambar seperti biasa.
Trik Bijak & Berkesan Minta Maaf Pada Pasangan, Gerenti Pasangan Cepat ‘Cair’

Isi Kandungan
ToggleMeminta maaf mungkin bagi sesetengah orang agak sukar untuk dilakukan. Ibarat bibir terkunci, ungkapan maaf tidak mampu diucapkan pada pasangan. Mungkin ada yang ego tidak kurang juga yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan tindakan memohon kemaafan.
Trik Bijak & Berkesan Minta Maaf Pada Pasangan
Berselisih faham di kalangan suami isteri dan pasangan yang bercinta itu ibarat rencah dalam perhubungan. Perkara ini menjadi lumrah bagi mematangkan lagi sesebuah hubungan.
Bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui seni meminta maaf atau memberi maaf paling terbaik dan berkesan. Trik ini mampu membuatkan pasangan anda sejuk hati dan boleh memaafkan anda dengan ikhlas.
Meminta maaf bukan sahaja untuk hari raya sahaja ya! Ia juga perlu diamalkan sebagai rutin harian supaya hubungan yang dibina lebih utuh dan bahagia.
Gerenti Pasangan Cepat ‘Cair’
Jom kita lihat ENAM trik paling bijak dan pastinya berkesan untuk memohon maaf buat pasangan anda!
1. BERANI MENGAKU KESALAHAN
Jangan sesekali malu untuk mengakui mengakui kesalahan yang anda lakukan. Rendahkan sedikit ego anda untuk meminta maaf terlebih dahulu. Tidak menjadi kesalahan dan satu dosa besar jika anda meminta maaf walaupun punca pergaduhan itu bukanlah berpunca daripada anda. Sesungguhnya, orang yang berani berdepan dengan kesilapan diri adalah ciri-ciri orang yang berjiwa besar.
2. JUJUR SAAT MENGHADAPI MASALAH
Anda harus bersikap terbuka. Jagan ragu-ragu untuk menjelaskan dasar masalah yang anda hadapi. Jika masalah itu adalah kesilapan, ia pasti difahami. Bawa berbincang bersama pasangan sekiranya anda mengalami masalah. Jangan pendam sebarang perasaan yang boleh menjejaskan hubungan anda berdua. Paling penting, kejujuran amat diperlukan dalam sesebuah hubungan. Kata kuncinya, sila beri penjelasan dan bukannya alasan.
3. ADA RASA MENYESAL
Nyatakan rasa kesal sejujur dan seikhlas hati anda pada pasangan. Ia pasti terbias dengan sikap yang anda tampilkan. Namun, jangan mengulagi lagi kesalahan yang anda lakukan pada pasangan. Kekesalah harus ditunjukkan dengan perbuatan. Bukan sekadar kata-kata yang keluar dari mulut sahaja. Syaratnya, kekesalan tersebut haruslah jujur dan seikhlas hati.
4. GEMBIRAKAN HATINYA
Selepas meminta maaf, lengkapi komunikasi dengan mengerjakan perkara yang dapat menyenangkan hatinya. Sekiranya perlu, berikan perhatian yang lebih daripada biasa. Contohnya, bawa si dia pergi bercuti atau buat kejutan dengan memberikan hadiah kesukaaanya. Mungkin ungkapan maaf itu sudah memadai buat pasangan anda, tapi tidak menjadi kesalahan jika anda sertakan dengan kejutan yang tidak dijangka. Pasti si dia lebih gembira dan rasa dihargai!
5. SEDIA UNTUK BERUBAH
Maaf dan penyesalan harus disusuli dengan perubahan sikap yang dijanjikan. Mengulangi sikap yang sama bermaksud anda mencabuli kemuliaan erti maaf-bermaafan. Ia akan membuatkan pasangan anda sukar untuk mempercayai anda lagi selepas itu. Berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik di mata pasangan anda dan orang sekeliling.
6. SEDIA UNTUK DIKRITIK
Jangan sesekali mengamalkan sikap anda selalu betul. Lapangkan hati menerima kritikan atau pandangan adalah salah satu cara meminimumkan angkara salah faham atau pertengkaran. Jangan cuba tegakkan benang yang basah jika kesalahan tersebut berpunca dari anda. Lapangkan dada untuk menerima kritikan dan nasihat dari pasangan. Sesungguhnya si dia ingin yang terbaik buat anda.
Luangkan 5 Hingga 10 Minit Aje Nak Buat Anak Tekun Belajar. Cikgu Ini Beri Pesanan.

Semua ibu bapa inginkan anak yang pandai. Tetapi adakah kita meluangkan masa untuk mengajar anak-anak di rumah sebagai pelengkap setelah guru di sekolah.
Perkongsian guru matematik ini, Mohd Fadli Salleh menjelaskan ibu bapa supaya luangkan masa untuk anak.
Ikuti perkongsianya.
Teringat beberapa tahun sudah aku masuk kelas tahun 1. Aku bimbit soalan peperiksaan baru-baru ini masuk kelas. Masih ada beberapa kertas yang belum siap ditanda.
Setiap kertas yang aku tanda, aku panggil pemilik kertas itu untuk berada disebelah. Aku tunjuk satu persatu soalan yang mereka buat salah. Kebanyakannya sebab mereka cuai dan nak siap cepat.
Sampai giliran seorang murid perempuan ni, aku perasan dia buat banyak sangat kesalahan yang senang-senang. Sampai nak eja nombor 5 dalam perkataan pun dia tulis mengarut.
“Awak tak pandai membaca ke?” Soalku lembut.
“Tak pandai, cikgu.”
“Awak ada berapa adik beradik? Belajar la dengan kakak atau abang. Tak pun suruh mak ajarkan.”
“Saya seorang je cikgu. Tiada abang dan kakak. Adik pun tak ada. Mak asyik tengok henpon je. Tak ajar pun,” jujur balas murid tahun 1 ini.
Aku terkedu mendengar jawapan itu. Kelu.
Aku pandang wajah murid ini dalam-dalam. Cantik budaknya. Budak ini senang diajar. Cepat dapat. Bukannya murid bermasalah pelajaran.
Budak-budak sebesar ini, senang diajar sebenarnya. Tambah-tambah jika diajar ‘one-to-one’. Macam tuisyen individu. Kat kelas, murid ramai, mana sempat cikgu nak bagi tumpuan satu demi satu.
IBU BAPA LUANGKAN 10-15 MINIT
Jadi aku menyeru kepada semua ibubapa, luangkan sekejap masa bersama anak. Beli buku latihan. Setiap malam ajar mereka.
Tak perlu lama. Tak perlu banyak. Cukup ajar satu atau dua muka surat sahaja. Ajar dan ulang sampai mereka faham.
Satu dua muka surat ini tuan puan, hanya makan masa 10-15 minit. Bukan lama pun.
Apa mahal sangat masa kalian hingga tak mampu luang 10-15 minit untuk anak-anak sendiri?
Sedang mampu membalas diskusi merepek kat group wasap berjam-jam tanpa henti. Sedang ralit membelek insta artis dari petang sampai ke malam.
Tapi kenapa mahal benar masa 10-15 minit untuk anak kita sendiri? Untuk zuriat yang bakal mendoakan kita saat kita pergi nanti.
Ingatlah, ibubapa itu merupakan GURU PERTAMA setiap kanak-kanak.
– Teringat di suatu ketika –
.
Ramai Suka Tengok Anak Maryam Tertib Habiskan Makanan, Pandainya!

Untuk buat anak-anak suka makan dan tidak memilih, kita perlu rajin memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada mereka. Bila dah biasa mencuba, nak akan okay dan lebih ‘open’ untuk makan apa saja yang diberikan pada mereka. Salah satu tip untuk buat anak suka makan, elakkan beri jajan atau makanan proses.
Kalau tengok Rina makan, rasa seronok sebab dia sangat berselera. Anak kepada Ryzal Ibrahim dan Maryam ni juga tak kekok makan sendiri. Kalau tengok hidangan yang disediakan Maryam, macam orang dewasa yang nak makan. Lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat dan dihidangkan tanpa perlu ‘sembunyi’.
Sesetengah kanak-kanak kita perlu campurkan sayur dalam masakan tapi Rina boleh makan salad timun macam tu saja. Dahulu, Maryam pernah kongsikan bersama Pa&Ma salah satu tip untuk buat anak suka makan, jangan marah mereka. Beri saja anak cuba pelbagai jenis makanan, tapi kalau anak tak suka jangan marah.
Satu video yang dikongsikan oleh Maryam ketika makan mencuri perhatian ramai. Maryam sediakan nasi, sup bebola, kek ketam dan salad timun beserta epal untuk anaknya itu. Seperti biasa, Rina sangat teruja setiap kali waktu makan dan sangat menghargai masakan omma.
Selesai membaca doa makan, Rina menikmati hidangan tersebut dengan berselera sekali. Dia makan salad timun dan kek ketam kemudian nasi dimasukkan ke dalam sup. Dari cara Rina makan, memang nampak dia seorang pemakan tetapi sangat tertib.
Tengok video ini;
Untuk kanak-kanak berumur lebih kurang dua tahun seperti Rina, cara dia makan sangat kemas dan sopan. Lebih bagus lagi, dia sangat menghargai makanan serta bersyukur dengan rezeki yang ada.
Bukan saja ajarkan anak untuk tidak memilih makanan, tetapi pujian harus diberikan kepada Ryzal serta Maryam kerana turut mendidik Rina menjadi anak yang beradab. Tengok Rina makan, kita pun jadi terliur!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my