“Minta Maaf Dibu Ayah Lupa Lagi..”  Tomok Lupa Lagi Tarikh Ulangtahun Perkahwinan. Lucu!

Share

Bukan tak cinta atau sayang, sehingga lupa akan tarikh penting untuk dirai, tetapi kesibukan dengan kerja bagi memastikan keluarga bahagia dan cukup segala keperluan.

Begitulah yang dialami oleh  penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang memuat naik satu posting meluahkan bahawa dirinya terlepas pandang bahawa hari berkenaan adalah ulang tahun perkahwinannya. 

“Jadi lagi tahun ni…minta maaf dibu ayah lupaaaaa lagi..tapi ayah tak kesorangan..dibu pun lupa jugak.  Yang paling best adalah maid kitorang yang ingatkan hari adalah ANNIVERSARY kitorang..yes hari ni.

“Kira sarapan kat mamak makan roti canai banjir pagi tadi adalah hadiah ayah tahun ni. Happy anniversary sayang..semoga family kita akan terus happy dan di permudahkan segalanya di dunia dan akhirat .
shah sayang ayu.” 

Lebih melucukan, pembantu pasangan ini yang mengingatkan tarikh penting mereka itu. Namun, dalam komen berikutnya, isterinya turut menyatakan situasi yang sama dialami pada tahun lepas.

ayu_abas Terima kasih ayah….ok tahun ni kita seri….tahun depan no more k.. nak celebrate kat hotel(arrian cakap…apa pun thank u for being a good husband and ayah….i love u so much…
Dalam pada itu, para peminatnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinanya kekal bahagia sempena ulang tahun perkahwinannya itu.
Untuk makluman, penyanyi Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas, pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.
Sumber: Instagram tomokofficial