Ada ke dalam dunia ni, orang tak rasa stress dengan kerja? Kalau ada tu, bahagia betul dia dengan kerjanya tu ye! Tapi….Tipulah! Setiap orang pasti akan alami stres kerja. Banyak atau sedikit bergantung kepada bagaimana dia mengawalnya.
Cakap pasal kawal stress atau hilangkan stress ni, banyak cara yang boleh dilakukan ikut pada individu tersebut juga. Ada yang suka habiskan masa hilangkan stress dengan melakukan hobi seperti mendengar musik, menyanyi, memasak dan bersukan.
Eh tapi ada satu lagi cara nak hilangkan stress paling best iaitu bercuti! Tapi.. Nak bercuti kenalah lebih dari sehari barulah puas kan? Barulah betul-betul tenang kan? Seperti yang dikongsikan oleh Prof Aziz Shah ini, kena ambil sekurangnya 3 hari cuti untuk tangani stres kerja!
Ads
Stres Kerja, Ambillah Me Time!
Dalam perkongsian tiktoknya memberitahu bila kita stres dengan pekerjaan dan hanya ambil cuti sehari untuk berehat. la tidak banyak membantu untuk kita rasa lebih tenang. Ini kerana, ruang stres dan saki baki masih ada dalam diri kita.
Menurutnya, dalam lingkungan psikologi, sekurang- kurangnya kena ada tiga cuti baru boleh release stres. Ambillah cuti minima tiga hari, tinggalkan pekerjaan, tutup hp, mute grup watsap dan tumpukan pada keluarga.
Ads
Bawalah pergi bercuti bersama keluarga, gembirakan diri dan keluarga dan nikmatilah percutian itu.
Selain itu, boleh juga bercui dengan pergi ke pantai, masuk hutan atau tempat peranginan lain.
Ads
Bergembiralah. Sampai tempohnya, masuk kerja kembali dengan rasa semangat baru.
Carilah me time untuk betul diri betul-betul happy dan tenang.
Menanam sayur-sayuran dengan menggunakan biji benih, nyata memerlukan masa untuk biji benih bercambah dan seterusnya membesar menjadi anak pokok.
Namun ada baiknya anda mencuba cara yang dikongsikan ini untuk lebih mudah dan cepat sayuran seperti kangkung dan bayam merah dituai.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Bayam dan kangkung ni pun saya tanam guna yang ada akar. Kadang-kadang kesabaran tu tak berapa nak ada bila tengok orang lain tanam dari benih.
Jadi saya nak timbulkan minat, saya guna keratan akar yang sedia ada daripada saya buang begitu sahaja. Kot lepas ni saya lebih berazam dan bersemangat .
Kangkung dapat juga 2 pasu panjang.
Bayam satu pasu panjang. Tapi sampai bila dia bertahan pun saya tak tahu.
Nak tahu kronologi kejadian kena tengok gambar.
Saya pakai tanah organik sahaja. Lebihan keratan batang kangkung dan bayam saya tanam macam tu sahaja.
Kalau saya tahu senang hidup dan menjadi tanam guna kaedah ini, lama dah saya cucuk batang-batang cik kangkung dengan cik yam ni.. boleh jimat duit sayur!
Pokok keluarkan tunas
Selepas 1 minggu
Semuanya baru seminggu lebih.
Selain itu, perkongsian ini turut mendapat komen daripada warganet dan antaranya menurut Ramlah Lulu Doery, “tanam kangkung dari keratan batang, lebih cepat tuai hasil daripada semai biji,,. Saya selalu buat.”
Manakala AdDawanda Azal turut berkongsi pengalamannya di ruangan komen, “Insya allah hdup.dlu ms ank kecik sy selalu cucuk je keratan kangkung n bayam yg berakar tu kat pasu2 yg penyewa lama tnggal dpt 4,5 pasu.siram berkala n chaya ckup.hidup je.siap blh repeat berapa kali potong amek buat sayur utk mknan ank n buat cucur.pun jdi laa.ms tu sy berdua je ngan ank.so ckup laa”
Begitu dengan komen daripada Ummi Ana, “Kangkung saya tanam pun guna keratan btg yg ada akar cucuk2 je alhamdulillah tumbuh merimbun sampai la ni nanti nk try bayam plak sbb semai lambat lah nk tumbuh pokoknya”
Apa yang pasti dengan membaca perkongsian dan komen berkenaan menanam menggunakan keratan batang, ianya nampak lebih mudah dan cepat pula tumbuh, jadi boleh sangatlah dicuba.
Sekurang-kurangnya, tidaklah perlu kita membeli biji benih atau anak pokok untuk menanam sayur-sayuran, sekali gus kita dapat juga menjimatkan kos belanja barangan dapur.
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki lima anak. Baru-baru ini penulis bertemu dengan isteri kesayangan Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat,. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu. Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama. Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.
Siapa kata jika ingin menanam ubi keledek Jepun kena ada ruang tanah yang lapang dan luas? Sebenarnya jika anda tinggal di kawasan perumahan pun anda boleh juga menanam keledek dan menikmati hasil tuaian yang memuaskan hati.
Ini seperti perkongsian daripada Puan Aqella Ayda yang berjaya menanam ubi keledek Jepun di laman rumahnya dengan hanya menggunakan polybag yang disusun rapi di tepi pagar rumahnya.
Bahkan apa yang lebih mengujakan di dalam perkongsiannya itu turut ditunjukkan ubi keledek yang telah dituai. Ianya begitu besar dan jelas nampak dilihat pokok yang ditanam begitu subur sekali!
Hal ini membuatkan warganet teruja untuk mengetahui rahsia penanaman keledek bahkan tidak dinafikan ianya nampak begitu bersih dan sekali gus menjadi sebahagian lanskap dekorasi di ruangan laman rumah yang dihuni.
“Seronok saya, dulu selalu beli dekat supermarket nak cuba buat benih tak jadi. Kalau jadi pun kecil-kecil dan tidak manis isinya. Kemudian saya beli dengan Encik Mohd Ijat, dia pembekal benih Jepun. Sampai sekarang saya tanam boleh makan satu famili,” ujarnya di awal bicara.
Tidak dengan itu dia turut berkongsi tips untuk pastikan pokok ubi keledek yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah yang mempunyai saiz yang besar malah pokoknya terlihat rapi di laman rumah.
Tip 1 : Saya tanam dari keratan yang menjalar
Tip 2 : Tanam dalam polybang boleh cari polybag yang besar. Tanam dalam 3 keratan paling maximum
Tip 3 : Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organic
Tip 4 : Tak perlu siram kerap. Agak panas betul-betul baru siram.
Tip 5 : Bila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut namun pastikan jangan sampai terlalu pendek. Selepas dipotong letak baja siraman.
Tip 6 : Pastikan angkat daun yang merayap itu letak dekat keliling pokok supaya dia tak jadi ‘gila’ daun.
Tip 7 : Apabila usia pokok ubi keledek Jepun 2 bulan, kita sudah boleh petik pucuk buat makan masak pucuk sementara menunggu matang.
Tip 8 : Tempuh tanaman telah matang dan boleh dituai hasilnya adalah setelah 3 bulan 15 hari.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.