Mini Pancake Tambah Selera Anak, Cara Paling Mudah Nak Buat

Share

Hujung minggu ni tentu ibu akan membuat menu special buat anak-anak.

Nak cuba resipi yang mudah iaitu mini  pancake .

Jom buat cara luar biasa sikit. Anak-anak pun teruja makan cara gini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Ini resepi “Superdaddy Cereal Pancake” yang mudah sangat

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum.
1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja.
1 sudu gula.
1 sudu kecil garam
1 sudu besar baking powder
1 biji telur
2 sudu butter yang telah dicairkan.
1 sude kecil esen vanilla jika ada.

Cara nak buat dia:

1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.

2. Panaskan non-stick pan dengan api paling kecil.

3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.

Siap.

Lihat gambar

Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.

Tapi kan, bercinta jugaklah nak dapat semangkuk cereal tu. Empat round baru dapat semangkuk kecil. Kalau kau sejenis orang tak gigih, maka tak payah buat lah yer.

Kalau kau rajin dan gigih macam aku, maka selamat mencuba.

Sumber: Khairul Abdullah

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club