Dua guru maut, dua lagi parah apabila kereta dinaiki terjatuh ke tebing sungai selepas dipercayai terbabas di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar dekat Tawau, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian pada 6 pagi itu, kesemua mangsa yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.
Dua mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Dayana Damsah, 27, yang meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nurizyani Kafli@Masri, 24, meninggal ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.
Ads
Dua lagi mangsa, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin, parah dan kini dirawat di hospital sama.*
.
Dayana merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas maut di tempat kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan guru hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan, sebelum terhumban ke tebing sungai. Lebih memilukan, arwah Dayana dikatakan baru 10 hari mendirikan rumah tangga bersama Nurhan Ayub. Menurut berita, suaminya, Nurhan baru saja balik ke Semenanjung atas faktor kerja. Namun bergegas ke Tawau selepas mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpa isterinya. Ibu mentua mangsa, Pujiah Narusin 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau berkata, dia dimaklumkan menantu terbabit kemalangan pada 7.50 pagi.
“Saya mendapat panggilan daripada anak, Nurhan Ayub, 27, (suami mangsa) memaklumkan Dayana terbabit kemalangan dan meminta ke hospital segera.
Ads
“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.
Menurutnya, arwah Dayana dan suaminya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih, dekat Tawau pada hari sama.
“Pihak kami (pengantin lelaki) pula baru saja selesai mengadakan kenduri Sabtu lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan (suami Dayana) pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.
Ads
Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira 6.02 pagi sebelum tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri ke bahu jalan dan terhumban ke tebing sungai. “Empat mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan kesemua mangsa parah.
“Dua mangsa pertama berjaya dikeluarkan orang awam, sementara dua lagi oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Tawau.
Tahniah kepada Pelakon dan pengacara, Raja Farah yang melahirkan anak keduanya yang juga lelaki pada 7 April lalu.
Bagaimana pun, semalam baru sahaja mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama Ilham Iskandar.
Melalui perkongsian diinstagramnya, beliau mendoakan anaknya menjadi seorang muslim yang mendengar kata dan menjadi anak yang soleh.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t.
This is to annouce the name of our 2nd son.. Ilham Bin Iskandar.. semoga ilham menjadi anak yg Soleh, anak yg Baik Hati, yg bijaksana, menghormati mama & abah, org2 tua serta semua disekeliling kamu..semoga ilham sentiasa dimurahkan rezeki….Semoga ilham sentiasa berjaya didunia & akhirat..Aminnn…
Dedah Wajah Anak Genap setahun
“Nway, gambar adik ilham kami hold dulu k? InsyaAllah..genap umurnya 1 bulan, kami akan kongsi kan gambar wajah anakanda tercinta ini..thank you semua diatas doa yg baik-baik.”
Dalam pada itu, Raja Farah belum bercadang untuk berkongsi wajah anak bongsunya sehingga genap sebulan.
Hidup rasa sempurna apabila punya anak-anak
Sebelum itu, Farah telah muat naik diinstagamnya bahawa sejak kelahiran anaknya yang bongsu, anaknya yang sulung kelihatan sudah pandai berdikari.
Jauh disudut hatinya, Raja Farah melahirkan rasa syukur mempunyai cahayamata yang memberikan kebahagiaan buat diri dan suaminya.
“Dah lama tak post gambar Abg..kesian Abg Imran…nak manja2 dgn Mama, but in the same time Mama tgh breastfeed adik… But Imran has been a very good boy..he is so independent now…cranky & tantrum seeking for attention tu mmg ada…tapi most of the time, dia akan buat Hal sendiri je… Ya Allah..aku rasa bersyukur sgt dgn semua rezeki & kebahagian yg kau Kurnia kan ini…Alhamdulillah… Terasa hidup terlalu sempurna bila anak dah dua ni.. ? tapi…husband nak baby girl ni…Mama belum boleh rest lah Gaya nye.”
Terdahulu, Raja Farah dan suaminya, Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Imran, 3 tahun.
Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamatanya. Dan mendoakan kesejahteraan anaknya.
Dah menjadi lumrah untuk berbaik dengan jiran. Manalah tahu jika ada sesuatu berlaku pada kita, setidaknya bolehlah minta bantuan orang sebelah rumah. Namun, tidak semua mampu untuk berbuat baik dengan jiran, apatah lagi untuk menegur sapa.
Baru-baru ini ada seorang pengguna laman Tiktok berkongsi kejadian aneh yang berlaku di rumahnya, di mana hadapan rumahnya ada sesuatu bau iaitu bau busuk hancing. Kejadian yang berlaku berulang kali itu membuatkan individu ini nekad memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di luar kediamannya dan tidak menyangka itu semua berpunca dari jiran sebelah rumahnya!
Menerusi video yang dikongsikan, individu ini mendakwa tingkap rumahnya sering dibasahi dengan satu cecair yang busuk seperti air kencing. Pada awalnya, individu ini menyangka cecair tersebut adalah air kencing kucing tetapi agak pelik kerana lelehan tersebut agak tinggi.
Mula-mula ingat air kencing kucing tapi tak logik sampai ke atas tu. Lepas itu, ingat ada jin atau syaitan melekat dekat situ. Siap tabur gara, dan baca-baca sikit tapi pelik masih ada.
Meskipun sudah dicuci berkali-kali untuk menghilangkan bau hancing itu, namun cecair tersebut kembali muncul pada keesokan harinya. Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa dinding bahagian tingkap tersebut semakin rosak. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku setiap kali penghuni tiada di rumah.
Sampai berkulat dinding dah berbulan-bulan kitaorang basuh tapi masih ada balik. Start rasa pelik bau hancing busuk sampai tak boleh duduk dalam bilik.
Pelik dengan kejadian misteri itu, individu ini akhirnya nekad memasang CCTV untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku dan akhirnya segala-galanya terbongkar.
Menerusi rakaman tersebut kelihatan tindakan jiran sebelah menyimbah sejenis cecair ke arah tingkap rumahnya.
Meninjau di ruanan komen, ramai yang memintanya untuk membuat laporan polis memandangkan ada bukti dari cctv. Malah, ada juga yang memberi cadanan untuk menaikkan tembok untuk elakkan kejadian sama berlaku.
Namun difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pelaku juga dikatakan sudah ditahan pada 28 Januari lalu untuk tindakan selanjutnya.
Cinta yang kian mekar tidak seharusnya dibiarlah layu oleh kita. Baik suami atau isteri sebenarnya sama-sama berperanan dalam sesebuah rumah tangga. Biarpun sudah punya anak-anak tidak bermakna cinta dan kasih sayang terus dibiarkan sepi, sebaliknya suami harus memandang lebih hebat penuh rasa cinta pada isteri.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.