“’Mimpi Ngeri’ Bertukar Jadi Kenangan Tak Dapat Dilupakan.” Terlibat Kemalangan Seminggu Sebelum Nikah, Wanita Ini Diijab Kabul atas ‘Stretcher’.

Share

Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang boleh diungkapkan dengan wanita ini. Melihatkan rupa keretanya mungkin ramai menyangka, pemandunya sudah tiada lagi. Namun Allah masih mengasihinya.

Tarikh 23 Mac yang lalu pasti menjadi detik yang sukar untuk dilupakan oleh Farah Amirah lebih mesra dengan panggilan(Famie).  Dia yang memandu sebuah kereta Perodua Bezza terlibat dengan kemalangan arah Bulatan kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15 berhampiran Kompleks Media Karangkraf .

Dalam kejadian tersebut, pemandu sebuah lagi kenderaan maut di tempat kejadian manakala Famie dikejarkan ke Hospital Shah Alam. Famie mengalami Kecederaan di bahagian kepala dan bahagian kaki(lutut dan peha) Kepala berjahit dan 3 kali menjalani pembedahan bahagian kaki.

“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” Demikian luahan Famie yang terpaksa melangsungkan pernikahan di atas “stretcher”.

Kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) memberitahu, terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana kad undangan telah diedarkan kepada tetamu.

Sementara menunggu proses untuk keluar daripada hospital dan Ambulans, Famie bersiap dengan berbaju pengantin, berinai di Hospital. Famie yang dibawa keluar hospital Pantai Klang menggunakan ambulan dan berada di atas ‘stretcher’, tetap gembira ketika melangsungkan akad nikah kerana dapat memenuhi impian dan harapan keluarga.

“Dalam tempoh mendapatkan rawatan di hospital saya hanya berdoa untuk diberi kekuatan bagi meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.

“Ketika kejadian memang saya tak sedar, dan tak percayapun saya boleh selamat apabila melihat gambar kedua-dua kereta remuk teruk.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun terpaksa berada di atas katil,” katanya.

Sumber: Sinar harian &  Famie Amirah